Kenapa Umar Al-Khattab Menangis..?


...Assalamualaikum...

Suatu hari Umar bin Khattab pergi ke rumah Rasulullah SAW.
Ia mengelus dada ketika melihat Nabi ikutan dan pemimpin umat selama ini tidur berbaring di atas tikar usang. Nampak bekas jalur tikar itu pada tubuhnya.

Dilihatnya almari, Umar hanya mendapati segantang gandum kasar, lain itu tidak.

Melihat akan itu Rasulullah ini Umar menangis di hadapan Nabi.
"Apa yang menyebabkan engkau menangis hai Umar."tanya Rasulullah.

"Aku melihat para Kaisar dan Kisra dan raja-raja lain nikmat tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini." jawabnya.

"Wahai Umar, tidaklah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan akhirat sedang mereka memilih dunia." Hanya itu jawapan Rasulullah SAW.

Mendengar jawapan itu luluhlah hati Umar melihat kesederhanaan Nabi sebagai pemimpin dan ikutan umat, dan bertambah kepiluan di hatinya.

************
Semoga kisah yang sedikit ini mampu meresap dan berbekas pada jiwa kita yang mengaku umat baginda... Manusia Agung yang telah dijanjikan syurga meninggalkan begitu banyak contoh teladan untuk dijadikan panduan pada umat terkemudian..
Bukan tidak boleh menikmati dunia, tetapi alangkah indahnya jika kita pegang dunia dan akhirat kita genggam kemas agar tidak terlepas...

Barangsiapa yang menjadikan akhirat matlamatnya,
maka Allah menjadikan dunia datang menyerah diri kepadanya, tanpa diminta.
~maksud hadis yg sahih~

Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah nabi untuk renungan kita.

Gambaran Rumah Rasulullah saw..
kisah Nabi Luth dan Laut Mati
Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam
SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA
Wahai Lelaki..Secantik-cantik Perhiasan adalah Wanita SOLEHAH

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya..
.Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,
TEGURLAH saya.. NASIHATKANLAH SAYA dengan HIKMAH,
moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS
dan kerana kamu adalah saudara Saya (seagama) dan padamulah saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
astaghfirullahalazim.. )=
umiawadah berkata…
sekarang ramai yang bermegah-megah dengan kekayaan duniawi..hingga lupa akhirat yang bakal ditempuh...semoga cerita ini memberi pedoman hidup buat kita yang sedang menuju ke arah kebaikan..
Jahirah berkata…
pemimpin dulu hidup sederhana dan ada antaranya hidup susah,sekarang semua bermewah2..;(

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...