"Apa Yang Istimewa Tentang Pensel ni ?"


Pernah seorang anak lelaki bertanya kpd ibunya yg sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis ? Ibu menulis tentang siapa ? Atau pengalaman ibu ?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tp ada yg lebih penting drpd itu iaitu PENSEL ni."
"apa yg istimewa tentang Pensel ni ?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah spt Pensel ...ni. Walaupun sebatang Pensel, ada 5 Nilai yg boleh kita pelajari drpdnya. Mahu tahu ?"
"Ya, ibu."
1. Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dlm hidup ini. Jgn lupa, ibarat Pensel, ada tangan yg memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

2. Ketika menulis, Pensel kerap menjadi tumpu. Ibu terpaksa berhenti utk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dlm hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sbb utk dirimu menjadi lebih baik.

3. Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yg salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yg ibu harapkan kpd anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dlm hidup. Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana dgn memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jln yg benar.

4. Tahukah anak ibu, mana yg lebih penting; luar atau isi Pensel ini ?. Sudah tentu arang atau karbon di dlmnya. Oleh itu, berhati-hatilah dgn apa yg tidak baik dlm diri kamu itu dan hidarilah.

5. Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yg kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pd diri kamu atau pd org lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dlm bertindak.

*p/s: Inilah antara kata-kata yg baik utk si anak membawa Prinsip Yg Positif.

~Sumber: dr Majalah SOLUSI (oleh: Rashidah Mustaffa)~

#n3 auto publish#

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...