Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bicara Santai

Tok..! Tok....! Tok...! Ada Orang di Dalam....?

Imej
Assalamualaikum..... Masa untuk berjalan2 ke rumah kengkawan..... Tunggu kedatangan saya....Tak yah susah2.....Hidang ubi rebus ngn air kopi 0 pun dah okeeee...kan.....hujan2 ni sedap juga kalao pekena ubi rebus....hehe.... Sedap nya ubi rebus.... Gambo ni pinjam kat atuk google tau... :) Kawan ada pelbagai kawan...Tapi Terima kasih yg masih lagi sudi datang dan jenguk sini walau pun sy tak berpeluang ke rumah kalian...Nama blog ni pun dah ditukar atas sbb tertentu..Mana2 yang dah agak lama saya tak jenguk tu tunggu sy 'serang' yer..  :) ..Takdan masa..Akhir2 tahun ni agak bz banyak benda yg nak kena buat...Sekadar post n3 dan adakalanya auto publish shj..Ber BW pun tak semua dapat diziarah..Maaf yer.... Baru selesai menyiapkan Bloglist ...Jadi senang untuk saya selepas ni menjejaki kengkawan.. Ni Blog untuk BlogList Follower saya..masih juga lagi dalam proses mengemas kini dan memasukkan Follower yang aktif blognya ke dalam list.. Boleh la tekan bawah ka...

SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN

Imej
Bicara tentang SeSaT.... Dari segi bahasa, sesat bermaksud tersalah jalan atau tidak mengikut jalan yang betul. “Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan” ~ jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah kita menginsafinya dengan segera. Kata sesat dapat diertikan juga sebagai tidak mengikut ajaran yang benar atau menyimpang daripada kebenaran. Jadinya perbetulkan langkah, perbuatan, atau kesilapan yang telah kita lakukan. Yang ni pulak entah macam mana boleh tersesat...       Suatu subuh 31 Oktober...Tak semena-mena  makhluk Allah ni ada dalam rumah..entah bila masuk pun tak tau la...ikut celah mana masuk pun juga tak tau...sedar2 dah ada dalam rumah ke sana kemari mencari jalan keluar.. Mulalah tak jumpa jalan pulang...Opie dan Kitty panjang leher, tak kurang sibuknya ke sana ke mari...Burung ni sekejap bertenggek di kipas...   Sekejap bertenggek pulak atas kabinet...Jenuh ditunjuk j...

Awak Macam Mana..?

Imej
Kawan2..Kalau nak kenal saya, lebih kurang macam ni la.... Lain orang mungkin lain persepsi jika bertemu untuk kali pertama dengan tuan belog ni... Sesetengah orang mungkin menganggap saya orang yang pendiam... sesetengah yang lain mungkin menganggap saya seorang yang mudah didekati.. Ada sesetengah pula mungkin beranggapan saya seorang yang lucu dan gila2.. Macam2 pandangan orang pada saya..:) Tapi saya tak kisah..:)   Kadang2 saya boleh terus mesra  macam dah kenal lama  dengan seseorang walau dipertemuan kali pertama... Kadang2 yang lain pulak saya perlu mengambil masa untuk mesra dengan seseorang... Tak menentu...kan.. Lihat perwatakan orang yang ada di hadapan saya dulu... Agak2nya kawan-kawan macam mana..??? p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR...

OK Tak Hantaran Kahwin ni...? :)

Imej
Okay tak buat hantaran macam ni.... hehe... ? ^___^' JANGAN DITANYA KENAPA dan MENGAPA andai MENERIMA HANTARAN sebegini rupa. Save budget :') SELIPAR JEPUN untuk p ambik wudhuk ^^ p/s : HANTARAN sebagai ADAT MELAYU sahaja. Apa yang PENTING, MAHAR PERKAHWINAN...kan.. Senyum..Senyuuuuuum.. Jangan Maraaaaaaaah.. SUMBER: FB p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Terima Kasih Sangat-Sangat....

Imej
Malam semalam en zauj bawa balik satu bungkusan dalam kotak....Dalam kepala bayangkan tudung yang diorder..sebab sebelum tu Butik Inspirasihana ada pm kat inbox tanya kan pasal tudung.... Tapi bila tengok nama pengirim..Wah ..! Daripada adik Iman rupa2nya..sebelum tu saya baru saja membalas mesej yang dihantar ke inbox page saya.. Ini lah buah tangan yang diterima... Kordial Za'fa... Tanpa berlengah saya terus je membancuh segelas untuk en.zauj.... sedap sangat2 rasanya dia.. Kordial Za'fa adalah ekstrak habastus sauda... saya memang cukup minat dengan air yang berasaskan habatus sauda ni..lagi pun banyak khasiat yang ada pada jintan hitam ni... Teringat masa berpantangkan Ain dulu... minuman saya adalah habatus sauda.... Rasa dia macam kopi... Lepas habis berpantang entah macam mana saya terjumpa info yang mengatakan habatus sauda ni elok untuk nak membanyakkan susu ..Patutlah ...! Waktu tu air susu memang sangat banyak... dan saya menyusukan Ain sepenuhnya dengan susu ba...

Salam Kemerdekaan....31 Ogos.... Islamkan Sambutan Merdeka Raih Syurga Idaman.

Imej
... Inilah puncak Segala KEMERDEKAAN... ~ Sumber Kartun ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Lain Yang di Rancang Lain Yang Jadi

Imej
Dah lama saya anak beranak tak keluar ke Temerloh macam dulu-dulu...Maklumlah bila dah bermastautin di Bandar Jengka, dan selalu ada kekangan masa Temerloh terasa begitu jauh...Semalam lepas asar kami bertolak ke Temerloh kononnya nak bawa anak dara dan anak bujang saya beriadah di Taman Permainan berdekatan surau Bukit Angin... Bawa sekali anak buah saya si Hasya... Sayangnya dalam perjalanan hujan turun membasahi bumi..Alhamdulillah hujan rahmat...Tapi kesian pulak Ain, dalam hati ada taman bila kata nak bawa ke taman rekreasi... Sebab kesian punya hal, abah Ain bawa juga la Ain , along dan Hasya tengok taman dari dalam kereta..Hujan pun boleh tahan lebatnya.. Tak tahu nak kemana, akhirnya kami ke sini..Huajn-hujan ni lapar la pulak kan.. Alhamdulillah.. setelah kekenyangan berpatah balik ke surau Bukit Angin untuk bersolat maghrib... Buat Ain terliur je nampak buai dan papan gelongsor dalam kesamaran malam..Dalam kereta Ain bisik kat abah dia, esok datang sini lagi... Alahai anak....

Alahai ...,Malunya..Nasib Baik Takde Yang Perasan...

Imej
Kalut sangat ke berkejar-kejar ke tempat kerja pagi tadi ha...? Memanglah tadi agak kesiangan..6.20 baru tersedar... Hinggakan niat along dan abahnya nak berpuasa tertangguh gara-gara tak sedar alarm berbunyi... Bertolak pagi tadi pun sedikit lewat....memecut juga lah di jalan raya, sebab nak kejar masa... Bimbang2 nama di bawah line merah... Alhamdulillah sempat... dengan penuh bergaya dan melenggang kangkung serta berwajah selamber nya duduk mengadap murid2 di perhimpunan pagi. Selepas habis dua masa mengadap 'anak2' kesayangan di kelas kesayangan , saya menuju pula ke kantin....maklumlah perut dah riuh berbunyi, tadinya tak sempat sarapan walau pun dengan setitik air.. Sambil menjamu selera sambil berborak2 dengan kengkawan yang kebetulan sama2 free dan ada di situ.Dah makan terasa pulak nak ke tandas... Selesai semuanya, sebelum melangkah keluar dari tandas sempat lah mengerling sekilas kat cermin....Tetiba ... mata ni rasa macam ada yang tak kena jer bila tengok diri di ...

Cermin Oh Cermin Mata..

Imej
Dah empat hari c'jai tak mencoret di sini.... Tadi Sesudah mengaji selepas solat maghrib , ralit pulak c'jai melihat kembali gambar2 yang ada dalam phone c'jai.. Tetiba jumpa gambar kat bawah ni... Lebih 20 tahun c'jai berkaca mata, keadaan ni sebenarnya cukup merimaskan... Sebab itu c'jai selalu pesan pada anak2 supaya menjaga penglihatan yang dipinjamkan ni sebaik mungkin.. Selalu tegur kalau dia orang rapat dengan skrin tv... atau kalau berlama-lamaan di hadapan skrin komputer.. Tiada apa yang seronoknya berkaca mata.. C'jai kalau boleh tak pakai , tak mahu pakai... tapi bila nak keluar rumah , atau nak drive mahu tak mahu kena juga letak kat atas batang idung.. Sebab tu bila berada di rumah dan di dalam kelas memang c'jai akan cabut.. rimas sangat... Penyudahnya botol air c'jai pulak yang bercermin mata... Godek-godek en.google tadi jumpa ayat untuk menyembuhkan mata yang rabun... c'jai nak cuba amalkan cara ni..mudah2an Allah beri kesembuhan.. ...

Hijau Pink PULAK...

Imej
Ta daaaaaa.... !!!! Blog cik jai dah di 'renovate'... Ubah suai warna sket... Buat tema warna hijau pink... Untuk seru balik mood menulis... Hehehe... sampai cam tu sekali... Salam JUMAAT MUBAROKAH untuk yang datang singgah sini.. Nota: Diberitakan semua malaikat, gunung-ganang, serta langit, bumi dan lautan, takutkan kepada hari jumaat! Kita manusia bagaimana, hari jumaat sibuk fikirkan soal makan, soal pergi ke pusat membeli belah dan sebagainya. Fikir-fikirkan lah!

'Tumpul' dan Mood yang HILANG...

Imej
Salam SaYaNg SeMuA.. Lama dah tak 'mengerjakan' blog ni... Entah kenapa kepala ni rasa tumpul semacam.... Ide untuk menulis hilang tak tahu menyorok ke mana... Paha hal, bukan tak boleh untuk mencari bahan yang bermanfaat , salin dan tampal untuk di kongsikan bersama....tapi..entahlah... Kalupun ada ide, tetiba mood menulis plak terbang melayang-layang.. korang pernah tak lalui saat-saat begini...? insyaALLAH...bila keinginan untuk menulis kembali hadir, cik Jai akan bersama-sama kalian semula... rindu pada kawan2 blogger yang selalu menyapa satu ketika dulu... izan mama mia, shida, etuza, alqassam, cik ah, Aisyah Jahirah Aisyah Jahirah......terima kasih bertandang dan bertanya khabar.. Cik Jai sihat..dan walau apa pun keadaan diri cik jai ketika ini, cik jai ingin hadapi nya dengan TABAH... mungkin sedikit ujian dalam bentuk kesihatan atau apa jua adalah sebagai pembasuh dosa2 kecil yang pernah kita lakukan dahulu... Moga kalian sentiasa dalam LINDUNGAN NYA.. Wassalam..

Berhujung minggu di Morib

Imej
Salam sayang semua.... Alhamdulillah c'jai dan keluarga sedang berhujung minggu di Pantai Morib....Dah lama teringin nak tengok sendiri sunset... Selalunya hanya tengok gambar-gambar yang pakcik google punya jer. Alhamdulillah Allah izinkan.. Subhanallah....cantiknya memandang matahari yang perlahan-lahan terbenam untuk beradu kala siang melabuhkan tirainya...bersama hembusan angin laut yang menyegarkan...... Sungguh terpesona..... Selamat bercuti pada semua dan buat warga Pahang yang berada di bumi Pahang tentunya cuti kita bersambung lagi hingga ke Hari Isnin...Jumpa lagi next entri.... Tungguuuuuuu...

Tuah Bunga Pink...

Imej
Salam Sayang semua... Nak bercerita pasal GA yang c'jai sertai hari tu... GA anjuran si pemilik blog mia duniaku ... Jeng..jeng..jeng... Tak sangka la pulak kalau blog c'jai ni dapat perhatian anak kecil berusia 3 tahun <---Mia... Lalu si mamanya menyenaraikan blog ni salah satu antara blog yang si comel mia suka tengok... Mia suka header blog c'jai ye...? header kengkawan c'jai yang lain pun lagi comey2,hebat2... Tapi Mungkin kerana ada warna kegemaran mia kot...bunga pink kareeeee..hehe... Itu yang menyebabkan ia terpilih... satu lagi, lagu tu tajuknya 'Ku Bersujud' c'jai memang suka sangat lagu ni... Apa pun terima kasih sayang... Alhamdulillah hasilnya kengkawan blogger c'jai semakin bertambah..walau tak seramai kengkawan mama mia...tapi tetap ada penambahan... semoga ukhwah fillah antara blogger di alam maya ini penuh dengan keikhlasan Lillahitaala ... Mari kita Bersahabat kerana ALLAH .. Walau kita tak pernah ketemu atau mungkin tak berpeluan...

MiaDuniaku 1st Giveaway

Imej
Assalamualaikum..... Mula-mula nak ucap terima kasih pada pemilik blog mia duniaku .... Terima kasih sebab sudi jemput c'jai sertai GA yang dianjurkan oleh Pn Izan buat julung-julung kalinya... Mudah-mudahan ramai yang menyertai... Ada hadiah lagi.. tapi sebenarnya c'jai tak sedikit pun mengharapkan untuk menang dan memiliki hadiah yang disediakan... Blog-blog yang menyertai GA ni pun kebanyakannya bukanlah calang2 blog .... jauh berbanding blog c'jai yang baru merangkak-rangkak ni... Penyertaan c'jai ni kerana begitu menghargai jemputan tersebut dan seronok sebenarnya berkawan di alam maya.. walau tak pernah bersua tapi bila Izan selalu datang komen rasa diri hampir dengan Si mama mia ni.... Untuk melengkapkan GA ni c'jai kena tag 2 orang rakan blogger.... hmmmm....sapa lah yang c'jai nak tag ni ye.... okey la c'jai tag..... i. Aishah Jahirah ii. Liza @ Adzriel AB ....Salam Sayang dari c'jai untuk semua.... ~ ♥♥ c'jai @ ummuainries ♥♥ ~

Tulisan Terbalik La pulaaaak....!!!!!

Imej
Jom rehatkan minda sekejap.... sesekali uji kemampuan kita membaca tulisan terbalik kat bawah ni.... Boleh bace agak2nye.....? cuba laaaa... ˙ʞılɐqɹǝʇ ɐɹɐɔǝs sılnʇıp ƃuɐʎ ƃolq nɐʇɐ ǝʇısqǝʍ nʇɐns ıʇɐdɐpuǝɯ undnɐʇɐ ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ uɐƃuǝp ƃolq ɐpɐd ʇuǝɯɯoɔ uɐʞʇɐdɐpuǝɯ ɥɐuɹǝd ɐpuɐ uıʞƃunɯ ˙ɥɐʍɐq ǝʞ sɐʇɐ ıɹɐp ʞılɐqɹǝʇ ʇɐɯɹoɟ uɐƃuǝp uɐsılnʇ ʇɐnqɯǝɯ ʞnʇun ıuı sɐʇılısɐɟ uɐʞɐunƃ ˙ɹoʇɐɹǝuǝƃ ɹǝʇɔɐɹɐɔ dılɟ nʇıɐʎ uoıʇɐǝɹɔ ɔsǝ ıɹɐp sɐʇılısɐɟ uɐʞɐunƃƃuǝɯ ʇɐnqıp ıuı ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ ¿ ɹɐɔuɐl uɐƃuǝp ıuı ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ ɐɔɐqɯǝɯ ɐpuɐ ɥɐʞɐsıq ˙˙˙ǝɥ˙˙˙ǝɥ ʇnqǝsɹǝʇ uɐsılnʇ ɐɔɐq uɐp ɐpuɐ ɹoʇıuoɯ uɐʞılɐq ɐqoɔ ¿ ʇnqǝsɹǝʇ uɐsılnʇ ɐɔɐqɯǝɯ ɐpuɐ ɥɐʞɐsıq Heheeee..Apalah c'jai ni buat naya kat korang je... C'jai bimbang ade yang bace sambil menonggeng pulak kang.. Apapun harap semua happy... Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~

Pantun Suke Suki...

Imej
Assalamualaikum..ceria-ceria sokmo.. Hari ni rasa nak berpantun pulak..... Jom pantun sama-sama.... Pulau Pandan So Far Ke Tengah, Gunung Daik Bercabang Triple, Benda Mungkar Together Kita Cegah, Dosa Maksiat Jangan Ambil Simple. Two Three Kucing Berlari, Mana Nak Sama The Kucing Belang, Make Sure Istifar Setiap Hari, Just In Case Ajal Menjemput Senang. Pantunnye dua rangkap je...Saja la nak release tension.. Baca tanpa prejudis ye..Jangan kata C'jai perosak bahasa pulak... Sesekali hidup perlu gurau senda.. Pantun ni bukan rekaan sendiri, tapi c'jai jumpa kat FB.. Walaupun rojak bahasanya abaikan yang penting ada isi dan nilai yang baik di dalamnya.. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~

•*¨*•.¸¸❤ Salam Ukhwah Fillah...❤¸¸.•*¨*•

Imej
... Ya akhi..Ya ukhti ...   Alhamdulillah berjaya juga dengan izinNYa dan dibantu oleh suami tersayang untuk melahirkan sebuah blog untuk saya gunakan sebagai medan meluah dan berkongsi rasa serta apa juga yang boleh memberi manfaat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi bertandang.. Saya adalah Ibu kepada seorang putera dan seorang puteri.... Merupakan anak Felda yang telah diaturkan jodoh oleh Allah swt juga dengan anak peneroka Felda.. Kami berCinta setelah nikah .. Semoga  serasi bersama hingga ke hujung nyawa dalam sebuah Baitul Muslim yang diberkatiNYA ..  .¸.•*´¯) ~ummu ainries ♥ abu faris~ . .¸.•*´¯) ~ ♥♥ ~ ♥♥ ~ ♥♥ ~♥♥~ ♥♥ ~♥♥~ ♥♥ ~ Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.. Saya bukanlah penulis heb at yg bisa membuat org terpesona dgn gaya bahasa saya.. Seorang yg suka membaca novel2 sejak dr zaman persekolahan menyebabkan ada sedikit minat menulis tertanam dlm diri.. Cuma sebelum ini saya tidak pernah cuba menga...