Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Curang di Alam Maya...~ FB OH FB ~

Imej
FACEBOOK boleh jadi ,tempat menambah DOSA free bila :- simpan gambar seksi / tidak menutup aurat.. ... ... - tempat mengumpat /mencaci / mengata /perli memperli / fitnah.. - post status tentang aib org lain / berunsur lucah / fakta yg menipu org.. - wall - to - wall tentang keburukan org lain.. - mencarut dalam post atau komen.. - sibuk berFB hingga melalaikan SOLAT.. dan... FACEBOOK boleh jadi ,tempat menambah PAHALA bila : - bercerita tentang ilmu agama.. - saling berkongsi ilmu pengetahuan yg baik.. - saling bertukar pendapat tentang perkara kebaikan.. - saling nasihat menasihati ke arah kebaikan.. - share post2 org lain yg memberi manfaat kepada kebaikan.. - menyiarkan gambar2 atau video yg memberi manfaat kepada masyarakat FB.. ************************************************** FB atau Facebook... Alah bebudak sekarang ni suka cakap mukabuku.. Ada buruk ada baik..semua perkara pun macam tu.. Betul cara kita menguruskan nya, ia boleh mendatangkan manfaat buat semua.. Tetapi anda

KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI

Imej
Suatu malam, Imam Ahmad bin Han bal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya. Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid. Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam. Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya. Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad

Sesekali Meratah Khazanah Alam.... ♥ Oh Aku Tersenyum di kaki Gunung Mu ♥ ....

Imej
Assalamualaikum..... Ceria harapnya kepada semua yang membaca catatan ini. Nak tanya kepada sesiapa yang sedang lepak di sini... CNY tempoh hari pergi merehatkan minda ke mana...? Saya dan keluarga takde la merancang pergi jauh kali ni... Biasanya Asal bercuti aje mesti nak keluar daerah... Fikir punya fikir punya fikir... Buat plan untuk ambil angin di kawasan berhampiran tempat tinggal aje la. Tempat menarik yang ada depan mata buat tak cakna je... 'Ape ke heeee nye'....!! (kata Si Peah Gossip - tak minat pun sebenarnya citer tu...) Idea yang datang tanpa dirancang , saya pun mengajak en.suami ke satu tempat.... Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak pernah langsung mendengar nama tempat ni... Jadi jom ikut saya.... Kita lihat apa yang ada di sini...tumbuh-tumbuhanya dan persekitaran di 'koridor' kawasan ini.. Banyak juga gambar-gambar menarik yang dirakam untuk dikongsi tatap .. ..... Gunung Senyum ..... Inilah destinasi kami s

Secantik-cantik Perhiasan adalah Wanita SOLEHAH

Imej
Maksud Surah an-Nur, ayat 31 Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pu

Kecil Tapi HEBAT....

Imej
Subhanallah...Maha Suci ALLAH.... Betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai hamba ciptaanNYA... Lihatlah Kejadian Makhluk Allah ini... .... LEBAH MADU .... Untuk info... Saiz otak lebah madu sebenarnya hanyalah sebesar sebutir garam halus. Jumlah Sel otak nya pula adalah lebih kurang 960 000 sel. Berbeza dengan otak manusia yang mempunyai 100, 000, 000, 000 sel. # 9 8 A F C 7 # 9 8 Bandingkan 960 0 00 vs 100 000 000 000 Lebah Madu MAMPU melakukan pelbagai tugas yang menakjubkan... Antaranya.... Terbang.. menyentuh.. mengawal suhu dalam sarang.. membuat keputusan.. membina sel indung.. mengenali satu sama lain mengira.. berlawan .. belajar.. melihat dalam cahaya ultraviolet.. mendengar.. menghasilkan madu.. menghafal.. memelihara anak.. menari.. menghasilkan propolis.. membersihkan sarang.. berkomunikasi.. memberitahu arah Mengapa indung (sarang lebah) lebah berbentuk Heksagon..? Memilih bentuk heksagon, lebah madu dapat menyimpan jumlah madu yang maksimum dengan menggunakan jumla

..Andai manusia Sejujur Manggis..

Imej
Hitam-hitam si tampok manggis, Walaupun hitam dipandang manis.. Pohon manggis..buahnya bermusim.. Luarannya yang hitam, menutupi isinya yang putih bersih.. Itulah manggis... Ada lagi tentang MANGGIS..:~ Jika hati manusia sejujur buah manggis, pasti hidup manusia akan aman, kerana buah manggis tidak pernah menipu tentang isi di dalamnya. Sebanyak mana tampok dibelakang buah manggis , sebanyak itulah isinya. Jika hati manusia sebersih buah manggis, pasti dunia ini akan tenteram, kerana seburuk-buruk luaran kulit buah manggis, tetapi isi di dalamnya sangat putih dan bersih. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan. Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang. Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~ "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGA

Baca lah ni, Setelah Berwuduk...

Imej
Sesudah berwuduk..., berapa ramai di kalangan kita yang meninggalkan doa ini..? Atau berapa ramai yang membacanya setelah selesai berwuduk...? Walaupun sunat, tapi mungkin boleh 'menopup' amalan2 kita yang sedia ada. Apa kata, kepada sesiapa sahaja termasuk diri saya jika tidak mengamalkannya selepas ini cuba hafal doa di bawah dan jadikan amalan ya... Berpesan-pesan untuk kebaikan..semoga bersama-sama perolehi manfaatnya.. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan. Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang. Klik butang 'SHARE'.. kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~ "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKA

Kunci..Oh Kunci...!

Imej
Suatu petang di awal November 2011.... Pulang dari kerja seusai solat zohor, bergegas ingin menghantar anak ke sekolah Tahfiz sessi petang selepas tamat persekolahan paginya.. Dalam kepala turut merangka-rangka, apa lagi yang perlu dibuat selepas ini.. Opsss..! Jangan lupa ambil Ain di rumah pengasuh (mamanya)... Mengambil alih tugas suami pada petang itu...kerana suami beraral ke KL. Tergesa-gesa kerana sedikit terlewat... Dalam keadaan segalanya ingin bersegera tangan pantas sahaja mencapai kunci kereta.. Keluar dari rumah lalu mengunci grill.. juga dengan pergerakan yang agak pantas tangan membuka pintu kereta menggunakan kunci... Entah mengapa alarm kereta meragam, jadi sehari dua itu saya lock pintu kereta secara manual sahaja.. Sebaik pintu terbuka saya dan along terus masuk ke dalamnya.... DUM..!Pintu kereta di tutup.. Adussss.....mana pula kunci tadi ye....hati menggerutu... Saya tunduk melihat ke bawah..kalau2 dalam sekelip mata kunci tadi terjatuh di celahan kaki.. Tak ade p

Pandangan Mata Selalu Menipu....

Imej
Optical Illusion Berpinar juga la mata memandang gambar-gambar ni.... Jangan pula ada yang menggenyeh-genyehkan mata.. Gambar ini sekadar ilusi optik... Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan. Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang. Klik butang 'SHARE'.. kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~

Jangan lah Berprasangka...

Imej
Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. "Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor tak ada rasa bertanggungjawab ke..??" Doktor tersebut tersenyum dan berkata : " Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.." "Bertenang doktor kata..?! kalau anak doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor bertenang..??kalau anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata si ayah dgn marah.. Si doktor tersenyum lagi dan b

Merah PADAM @ Merah PADMA.....?

Imej
ASSALAMUALAIKUM sahabat seaqidah..... Dalam keredupan cuaca petang 14 Januari ini, secara tak sengaja dapat pula info terkini .. lagi tentang kesilapan sebutan Bahasa Melayu.. Kali ini melibatkan simpulan bahasa pula... iaitu:........ ~MERAH PADAM ~ Simpulan bahasa yang tepatnya adalah ~ ' MERAH PADMA ' ~ Padma .... ,merujuk kepada sejenis bunga teratai ... Ia merupakan tumbuhan yang hidup di dalam kolam atau tasik... Padma juga mampu bertahan dan hidup lama. Bunga dan daun padma ini berdiri dan tegak di air. Ketika Bunga Padma mekar, terbentuk kelopak biji yang berisi 20 hingga 30 lubang kecil. Pada setiap lubang, tersembunyi satu buah biji. Kulit luar biji teratai ini keras dan berwarna hitam. Bila dibuka tampak biji yang berwarna merah. Kekeliruan berlaku kerana ejaan PADMA yang ditulis dalam tulisan jawi telah di salah bunyikan menjadi PADAM .... Pihak yang berkaitan seharusnya tidak memandang remeh perkara sebegini.. Kajian perlu d

Iman dan Taqwa

Imej
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan... telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini ... "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Belajarlah Memaafkan Walau Kalian Terluka...

Berjalanlah dengan penuh harapan Walau hidup kalian tak selalu bahagia Sedekahkanlah satu senyuman walau dihati kalian tak lagi mampu bertahan Belajarlah memaafkan walau diri kalian terluka.. Berhentilah memberi alasan walau kalian ingin menyatakan KEBENARAN.. Hiduplah dengan IMAN walau hari kalian dipenuhi dugaan.. Dan... Berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tak kelihatan. ~♥♥ Riba mu Selembut SUTERA ♥♥~ Catatan Pilu dari Wanita Untuk Wanita Kenangan Seorang Anak.... September Yang Penuh Kenangan 'Menikmati' SAKIT Selami Hatiku...Sahabat...❀◕ ‿ ◕❀.. "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Alahai.....Rugiiiiiiiiiii......

Imej
::..ALANGKAH RUGINYA..:: ALANGKAH RUGINYA Orang Yang Tidak MEMBACA AL-QURAN .... dan selalu berALASAN tidak punya MASA untuk MEMBACA AL-QURAN ,, ... BUKU-BUKU lain diBACA, tetapi AL-QURAN tidak diBACA,, RUUUUUUGI... ... HARI-HARI Dengar MUZIK, tetapi AL-QURAN tidak diBACA,, RUUUUUUGI... ... SIBUK berNIAGA, tetapi tidak sempat MEMBACA AL-QURAN ,, RUUUUUUGI... ... SIBUK beKERJA, tetapi tidak ada MASA untuk MEMBACA AL-QURAN ,, RUUUUUUGI... SIBUK berPOLITIK, tetapi tidak pernah untuk MEMBACA AL-QURAN ,, RUUUUUUGI... PANDAI meNYANYI, KARAOKE, DANGDUT, JOGET2, tetapi tidak PANDAI untuk MEMBACA AL-QURAN ,, RUUUUUUGI... PANDAI ILMU2 AKADEMIK, tetapi tidak PANDAI untuk MEMBACA AL-QURAN ,, RUUUUUUGI... BOLEH MEMBACA AL-QURAN , tetapi tidak MAHU untuk MEMBACA AL-QURAN ,, RUUUUUUGI... TAHU TIDAK BOLEH MEMBACA AL-QURAN , Dan tidak MAHU BELAJAR MEMBACA AL-QURAN ,, RUUUUUUGI... ... RUUUUUUGI... ... RUUUUUUGI... ... RUUUUUUGI... sekali, RUGI DUNIA & RUGI AKHIRAT... Kerana ..

Apa Yang 'SILAP' pada PEPATAH ini...?.... "Batok dan Pegar..."

Imej
Masyarakat melayu kaya dengan pepatah pepatihnya....Tapi sedar tak kita ada antara pepatah yang kita gunakan sejak sekian lama itu disebut dengan sebutan yang salah... Tentu kita biasa dengar  " Melepaskan batuk di tangga" .... dari kanak-kanak hingga dewasa inilah pepatah yang begitu 'mesra' dibibir kita.. Sewaktu berada di bangku sekolah dulu pun pepatah ini jugalah yang diajar untuk digunakan dalam karangan Bahasa Melayu... Jadi... apa yang silapnya tentang pepatah ini...???Sebenarnya kesilapan bermula dari perkataan 'batuk' ... Perkataan yang sebetulnya adalah 'batok'. .dan pepatah ini sepatutnya berbunyi "Melepaskan 'batok' di tangga" . Apa itu 'batok'. ..?.

Aduhai ...Bertuahnya Kita,.. Wahai Isteri Wahai Wanita.....

Imej
Allah mewajibkan isteri melayani suami. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan layanan itu..? Ramai yang beranggapan bahawa melayani suami itu tertumpu pada hubungan untuk memenuhi naluri manusia, atau hubungan tubuh semata-mata. Lalu perkara lain seolah-olah tidak termasuk di dalamnya. Tidak pula saya berniat untuk menghuraikan lebih lanjut tentang perkara di atas.. ^ Cuma saya ingin kongsi bersama apa yang saya temui.. dan selitkan dalam n3 hari ini.. Wahai Isteri-isteri... pernah tak melakukan perkara-perkara ini untuk suami......??? Kalau telah dijadikan amalan, ALHAMDULILLAH... dan kalau belum.. masih belum terlambat ... mulakan saat ini juga.. Melakukan nya, suami isteri kelihatan begitu 'romantik' sekali.. Bukan itu sahaja.. Bahkan yang lebih penting sekali, lihat ganjaran yang ALLAH sediakan untuk isteri2 yang sentiasa menyenangi hati dan perasaan suami... Sebaiknya lakukan kerana ingin mendapatkan keREDHAan ALLAH.. Menyentuh tajuk berkaitan 'layanan' isteri t

Kata-kata Imam Hasan Al-Basri

Imej
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan. Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang. Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~ "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPER

Erti Anak Bagi Orang Tua: Mak..! Kenapa Buat Saya Macam ni....

Imej
Setiap orang akan merasa bangga, teruja dan begitu bahagia sekali apabila dikurniakan cahaya mata. Sedarkah kita, disebalik ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat harus dipikul. Kehadiran cahaya mata ini amat bererti kepada ibubapa, antaranya:

Ada Masalah Nak Tenangkan Hati..? Teliti petua Dr.FK ni...

Imej
Anda stres..???? Ada kalanya bila stres kita akan melakukan pelbagai perkara untuk mengurang dan melarikan diri dari perasaan tersebut...Kadang ada yang cuba menenangkan hati dengan mendengar lagu2, tak kurang juga yang 'menikmati' rokok hingga berbatang..batang..batang..dan batang...Paling tidak berakhlak dan tidak bermoral ada yang meneguk air 'kencing syaitan'..Huh..! Betul ke cara yang dipilih tu..? "Stres bukan untuk dihapus , tetapi untuk diurus . Dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres . Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan , ia akan menyebabkan pelbagai masalah" ~Solusi ISU No 39~ Ni nak kongsi lagi dengan pembaca..Cuba baca, fahami dan hayati..Bukan sekadar baca dan baca sahaja.

~♥♥ Riba mu Selembut SUTERA ♥♥~

Imej
'T iada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri . . ' Dan..... saya tak akan berpeluang lagi untuk mengulangi saat-saat ini.. sampai kapan pun... untuk.. meletakkan seminit dua kepala dengan berbantalkan ribaan bonda.. diiringi tepukan lembut nya di bahu saya .. tatkala kepala ini meminjam seketika ribanya. . ..¸.•*´¯) Aduhai... Betapa rindunya saya pada dia ... . ¸.•*´¯)* ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Yang Mana Pilihan Anda....??? Ikut Atau Lawan Jam...

Imej
Ikut arah jam atau lawan jam... ?? PusinganYang mana satu anda selalu amalkan.... Setiap kali menyediakan air , mengacau gulai, membalik-balikkan sayur yang digoreng di dalam kuali arah pusingan mana yang  BETUL...Mahu pun ketika menyapu dan menggosok ubat,minyak atau apa pun di anggota tubuh badan... Tentulah arah Lawan jam ..Peliklah pulak kan..Bukan ke arah pusingan jam tu arah yang betul...Hehe..itu fakta yang telah diputar belit oleh orang2 barat.. Hatta ketika mencuci muka sekali pun gunalah arah putaran yang betul.. Anak-anak , sejak dari awal lagi saya latih untuk biasakan diri dengan pusingan lawan jam dalam melakukan perkara berkaitan. Saya sudah terbiasa melihat emak yang kidal mengacau air mengikut arah bertentangan pusingan jam.. Hanya jam yang mengikut pusingan jam dalam dunia ni.. yang lain semuanya ikut arah lawan jam. Rasulullah SAW, mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam . Jadi apa tunggu lagi..Jom ikut s

Isteri Mengandung...! Ooo.. Suami pun Kena Ada ADAB ye...

Imej
Assalamualaikum... Tahukah suami... betapa sukarnya seorang isteri ketika berada di sepanjang proses kehamilan.. Kadang2 terdapat segelintir isteri yang mengalami alahan yang agak teruk ... Kerana itu suami perlu menghargai isterinya ... Tetapi ada berita gembira untuk wanita di atas 'kesusahan' ini, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk ber ....anak? Bahan bacaan ini ingin saya khususkan untuk LELAKI.. yang rasanya boleh dimanfaatkan sebagai tambahan ilmu rumah tangga... untuk para lelaki yang bergelar suami dan bakal2 suami di luar sana anda perlu tahu ini... Lelaki seharusnya mengetahui adab-adab terhadap seorang isteri, bila mana isterinya sedang mengandung.. Selain isteri yang juga perlu menjaga adab-adab ketika diri mereka sedang hamil.. Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri san

"Isteri Saya Hilang , En.Polis.."

Imej
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula..., namun tidak pulang-pulang. "Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis. "Saya tidak pasti pula.Pagi tadi atau tengahari kot." "Dia pakai baju warna apa?" "Tidak pasti la tadi.Mungkin hitam atau putih.Tak pun kelabu"

Aku Berebut Jawatan..Tapi Lihat bagaimana Umar .....Malu nyaaaaa..

Imej
Kata-kata Imam Al-Ghazali kepada murid-muridnya: yang paling dekat dengan kita di dunia ini , bukanlah ibubapa,saudara mara atau sahabat handai... melainkan kematian . Yang paling jauh bukan bintang ataupun matahari, melainkan masa lalu . Yang paling besar , bukan bimasakti atau andromeda, melainkan hawa nafsu . Yang paling berat adalah AMANAH ... sedang, Yang paling ringan adalah meninggalkan solat .. Terakhir.... Tidak ada yang lebih tajam dibandingkan lidah manusia Lihat saja bagaimana reaksi Umar bin Abd Al-Aziz ketika terpikulnya satu amanah di atas bahu beliau sebagai seorang pemimpin. Kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah : Beliau seakan terngamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculan setelah dilantik, mereka berbisik menanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Katanya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercuc