Secantik-cantik Perhiasan adalah Wanita SOLEHAH



Maksud Surah an-Nur, ayat 31
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman,
supaya mereka menahan sebahagian penglihatan,
memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya)
selain daripada yang nyata
(mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu
dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).
Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher
(tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya),
dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya,
anak-anaknya, anak-anak suaminya,
saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki,
anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam,
hamba sahaya kepunyaannya,
lelaki yang menjalankan kewajibannya
tetapi tidak mempunyai keinginan
(terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua
dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)
dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.
Dan janganlah mereka pukulkan kakinya,
supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi
(misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka
atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak).
Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah,
hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung...

Maksud surah al-Ahzab, ayat 59
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wahai anakku Fatimah!
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam neraka
adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian,
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.

Hadis riwayat at-Thabrani
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang merubah ciptaan Allah.

Hadis riwayat Muslim dan Bukhari
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasulullah:
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."


✿CINTA SELEPAS NIKAH (1)..✿~
Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam
Buah Hati Ku Yang Pergi...
Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..
MESTI BACA !!! SERAI PENAWAR KANSER !!!!
PENGGUNAAN MINYAK WANGI KASTURI DALAM PERUBATAN ISLAM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...