BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.
Kekadang penulis turut melakukan perkara ini...
Jadi ini adalah pesanan dan ingatan buat diri penulis khususnya
dan sesiapa yang mahu berfikir amnya..
tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas segala perbuatan yang kita lakukan..
2) * kalau kita upload atau share gambar yang terdedah auratnya tak kisah la kat FB ke blog ke memane ke, sekalipun bukan gambar kita mahupun non-muslim.... agak-agak kita dapat saham ke dosa ?
3) * Jika kita upload gambar kita tidak menutup aurat, sedarkah semua itu terdedah kepada mata-mata orang lain setiap detik walaupun tanpa pengetahuan kita? Ketahuilah mata-mata yang melihat itu akan menjadi saksi di akhirat kelak.
4) * Andainya gambar yang diupload atau di'share' boleh menaikkan nafsu syahwat orang lain yang melihat...,adakah saham kita sebagai tukang upload atau tukang 'share'.
5) * Sedarkah kita, bahawa gambar-gambar yang kita upload atau 'share' itu mungkin mengaibkan seseorang?
6) * Sedarkah kita..., gambar-gambar yang kita share atau upload mungkin mendatangkan fitnah?
7) * Gambar orang berbuat dosa terang-terangan , bergambar berpegangan tangan walaupun belum bernikah contohnya. Perlukah kita LIKE ? Tidakkah kita seperti menunjukkan sokongan seandainya kita LIKE gambar tersebut ? Lebih-lebih lagi kalau kita yang berbuat demikian.
8) * LIKE sahaja sudah menunjukkan sokongan kita, bagaimana pula jika kita komen yang indah-indah,kata-kata semangat, dan puji-pujian terhadap gambar-gambar berkaitan yang telah disebut di atas??
9) * Cuba bayangkan jika semua yang telah disebutkan di atas itu, kita bukan sahaja upload, kita tag orang pulak..., tu satu hal, kalau ada yang share dari kita ??
10) * Bagaimana pula jika apa yang kita upload atau share itu dicopy, di download oleh insan lain.. Mereka pula upload pada blog atau pun FB meraka..?
Kita fikir2kanlah bersama...Tanggungjawab kita adalah menegur,jika kita yg berbuat demikian,. sepatutnya kita elakkan la. bila2 sahaja kita boleh menemui ajal,. bimbang tidak sempat untuk kita mgambil tindakan sewajarnya, ingtlah, dunia internet tiada hari cuti... kalau ada gambar kita terdedah auratnya, tak kan nak biar dosa mengalir sentiasa kot. inilah antara hikmah penutupan aurat dan menjauhi tabarruj,.
Apalah salahnya jika kita upload, like, komen, ataupun share gambar2 yg mmbawa manfaat. contohnya, gambar yg diedit dan ditulis hadis2 nabi contohnya,. kata2 nasihat ke,. ayat2 quran.. ucapan2 ke,. teguran2,.. kalau letak ayat Quran contohnya, kalau org lain yg membacanya? agak2 kita dpt saham x?
Ingatlah,
DuNia Ni HaNya PeRSiNgGaHaN YaNg SeMeNTaRa. KeHiDuPaN Di DuNia MeNJaMiN KeHiDuPaN Di aKHiRat. SeDiaKaNLaH BeKaLaN SeCuKuPNya. SeMeNtaRa MaSa MaSiH aDa.
'BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ..'
Semoga Allah merahmati pemilik page yang boleh memberi manfaat ini..
Ulasan
Boleh sahabat...panjang2kanlah moga2 ia memberi kebaikan kpd kita dan rakan2... Semoga ALLAH merahmati @izan mama mia
hmm dibibir kita mgukapkan allah itu tuhanku tp bnarkah bicara itu, sedangkan p'lakuan sharian lbih btuhankan nafsu dan syaitan..allahu allah..tgu laa azab drNya..