Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bulan2 Islam

BENAR ATAU BATHIL?

Imej
Salam Maal Hijrah.... Terdelebih dahulu ingin mengucapkan selamat menyambut 1 Muharram 1434. Moga tahun ini membwa lebih kebaikan pada diri kita..dan cuba untuk islah diri kepada yang lebih baik.. Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang dishare oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman ( Abu Anas Madani ) di mukabukunya... Artikelya saya gali dari SINI untuk dikongsikan bersama.. ********************** DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN - ADAKAH IA BENAR ATAU BATHIL? Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun. Berikut adalah doa yang dimaksudkan: Awal tahun "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tet...

Rugi 'melepaskan' lailatulqadar

Imej
Tumpukan masa beramal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan Hari dan minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari kita sudah berada di sepuluh terakhir Ramadan. Maka tempoh terakhir ini adalah masa berharga perlu direbut bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Masa yang terakhir inilah akan menentukan sama ada puasa kita mendapat keberkatan dan menjadi penebus segala dosa telah dilakukan selama ini. Inilah masanya yang Allah SWT janjikan kepada kita semua jika kita benar-benar beriman kepada-Nya. Allah SWT telah menganugerahkan hamba-Nya pada Ramadan satu malam dinamakan lailatul qadar. Pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Malam itu juga malam paling istimewa bagi umat Islam kerana diturunkan al-Quran al-Karim. Kelebihan malam itu dinyatakan Allah dalam firman: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam lailatulqadar, dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui, apa dia kebesaran malam lailatul qadar itu? Malam lail...

ZON 10 Malam Terakhir..Mencari Malam Yang Kebaikannya Seperti 1000 Bulan.

Imej
Alhamdulillah, Kita semua telah memasuki fasa yang ketiga di bulan Ramadan, ZON 10 Malam Terakhir.. Zon Yang membawa misi untuk mencari Malam yang dipangil malam LAILATUL QADAR. Persiapakan diri kita moga kita semua dapat bertemu dengan malam yang kebaikkannya seperti 1000 bulan... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

PERISTIWA-PERISTIWA RAMADAN

Imej
Pernah tak kita selidiki sejarah silam, peristiwa-peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan... Selain dari turunnya Al-Quran Nul Karim Pada bulan yang penuh kemuliaan ini, kebanyakan peperangan juga berlaku di Bulan Ramadhan.. 1. Perang Badar Al-Qubra Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan. 2. Peristiwa Nuzul Al-Quran Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke...

Tiga Tingkatan Puasa

Imej
Imam al-Ghazali telah menukil di dalam kitabnya ” Ihya’ Ulumiddin” di mana bagi orang berpuasa ada 3 tingkatannya yang menggambarkan tentang keadaan puasa dan kedudukannya iaitu : Pertama : Puasa Umum Ia ditunaikan orang orang awam setakat berpuasa dalam menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi nafsu syahwat sedangkan anggotanya yang lain tidak dikawal sebaiknya daripada melakukan maksiat terhadap Allah Kedua : Puasa Khusus Ia ditunaikan dengan turut mengawal pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota lain daripada melakukan maksiat terhadap Allah tetapi hatinya masih belum dapat sepenuhnya daripada niat yang melalaikan diri dalam mengingati Allah. Ketiga : Puasa khusus al-Khusus Ia adalah puasa yang paling sempurna dan mesti diusahakan dalam mencapainya di mana pada tahap ini maka hati turut dikawal daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain Allah secara mutlak. Malah kedudukan puasa pada tahap ini terbatal dengan me...

Jangan Jadi Macam Ni eh..!

Imej
Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31). Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan). Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demiki...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem...Alangkah Bagusnye...

Imej
Ramadhan bakal datang. Alangkah bagusnya kerajinan menyemak status facebook ditukar kepada menelaah Quran. Alangkah bagus jikalau boleh mengingati waktu tepat maghrib bkn krn lapar tapi krn takut terlewat sembahyang. Alangkah bagusnya jika azam bangun awal diteruskan bkn kerana sahur tapi ingin mengingati Allah dalam sembahyang subuh. Alangkah bagusnya jika semua diteruskan dalam kehidupan seharian bukan di ramadhan sahaja. ~Senyumlah~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

10 Muharram ~ Kelebihan Bulan Asyura

Imej
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)

Keistimewaan dan Peristiwa2 Penting Yang Berlaku di Bulan Ramadhan

Imej
Pembebasan Kota Makkah berlaku pada Bulan Ramadhan Banyak sekali kekhususan dan keistimewaan serta peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan, berikut beberapa diantaranya :

Tentang keutamaan Ramadhan

Imej
Nabi bersabda: ‘”Aku melihat seorang laki-laki dari umatku terengah-engah kehausan, maka datanglah kepadanya puasa bulan Ramadhan lalu memberinya minum sampai kenyang ” (HR. At-Tirmidzi, Ad-Dailami dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir dan hadits ini hasan). “Shalat lima waktu, shalat Jum’at ke shalat Jum ‘at lainnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya jika dosa-dosa besar ditinggalkan. ” (HR.Muslim). Jadi hal-hal yang fardhu ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, dengan syarat dosa-dosa besar ditinggalkan. Dosa-dosa besar, yaitu perbuatan yang diancam dengan hukuman di dunia dan siksaan di akhirat. Misalnya: zina, mencuri, minum arak, mencaci kedua orang tua, memutuskan hubungan kekeluargaan, transaksi dengan riba, mengambil risywah (uang suap), bersaksi palsu, memutuskan perkara dengan selain hukum Allah. Seandainya tidak terdapat dalam bulan Ramadhan keutamaan-keutamaan selain keberadaannya sebaga...

Nama-nama Lain Bagi Ramadhan

Imej
MENGENALI RAMADAN - Ramadan adalah bulan yang kesembilan dalam tahun hijrah kalendar Islam. - Ramadan bermaksud ”sangat panas atau membakar” – ia bermaksud bulan membakar dan menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa. Nama-nama lain bagi Ramadan 1. Syahrul jihad – Disebut syahrul jihad kerana pada bulan Ramadhan, banyak peristiwa jihad yang berlangsung dalam sejarah umat Islam. Ketika pertama kali puasa diwajibkan, saat itu juga terjadi perang Badar. Jihad qital pertama yang menorehkan prestasi emas bagi umat Islam generasi pertama. Selanjutnya, pada tahun 10 H terjadi jihad yang sangat luar biasa. Fathu Makkah. Inilah penaklukan paling indah dalam sejarah umat manusia. Penaklukan tanpa korban jiwa. Kemenangan besar tanpa tetesan darah! Sepuluh ribu pasukan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah memasuki Makkah dengan tenang, menang tanpa perlawanan. Demikian pula sejarah umat Islam berikutnya. Kurang lebih 650 tahun kemudian, Perang Ain Jaluth juga terjadi pada bulan Ramadh...

Solat Sunat Terawih : Hikmah dan Cara Menunaikannya

Imej
Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat . Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti. CARA Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya . Biasanya solat terawih ini dilakukan 20 rakaat tapi kalau yang kurang mampu boleh melakukan sebanyak 8 rakaat sahaja. Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam . Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. HlKMAH Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “bereha...

Bukti Kehebatan Ramadhan

Imej
Kenangan Badar Kubra Kemenangan di perang badar hasil daripada pejuang islam sanggup berlapar kerana Allah.. Tarikh keramat 17 Ramadhan adalah satu ulang tahun kejayaan yang tentunya menjadi kenangan manis kepada seluruh umat Islam sejagat. Tarikh di mana bertembungnya dua pasukan yang mempunyai dua visi yang berlainan ; satu pihak ingin mencari keredhaan Allah SWT manakala satu pihak mencari keredhaan dunia. Allah SWT ternyata menyebelahi hamba-hambaNya yang sabar dengan menurunkan pertolongan yang tidak sama sekali terduga oleh akal manusia. Nyata sekali betapa besarnay kudrat manusia, jika berdepan dengan kekuatan taqwa dan iman, ia terlalu rapuh dan terlalu mudah untuk ditewaskan. Siapa lagi yang dapat menyangkal pertolongan Allah di sebalik kemenangan 313 tentera muslim menentang kemaraan hebat 1000 orang tentera kuffar yang lengkap dengan peralatan tenteranya? Siapakah yang berani menidakkan keajaiban yang berlaku apabila kaum muslimin yang tidak bersedia pun untuk b...

BULAN REJAB

Imej
Syukur kehadrat Ilahi kerana Dia masih memberi peluang kepada saya untuk bertemu kembali dengan Rejab pada 1432 Hijrah kali ini.Bulan REJAB antara bulan Islam yang patut umat Islam muliakan. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w. lagi : Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku...