Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nukilan Hati

Salam Kerinduan...

Imej
Tatkala hati teringatkan teman,  terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hati kalian,  tatkala hati rindukan teman,  terfikir diminda adakah aku juga dirindui,  tatkala kaki berat untuk melangkah pergi,  hati tertanya, adakah kalian ingin bersamaku lagi   Aku rindu benar pada kalian.  Moga doaku diterima  agar aku tak kan kehilangan teman seperti kalian.  Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA. KembaraHati : Lama tak jengok blog sendiri dan blog kengkawan..Sekadar kerap berinstagram yang dilinkkan dengan FB...Terima kasih pada yang masih sudi singgah dan menjadi follower2 baru.. mama aryan ... Ira ..., akak  alhamdulillah sihat .. Syukra n sudi bertanya khabar.. cuma bermula dari kekangan masa , tetiba perasaan untuk menjengok blog pun  jadi pudar , seperti tiada hati untuk berkongsi cerita.....  entah men g apa...2013 ini, sering di dalam fikir kematian menjadi agenda ut...

KeHilangan demi Kehilangan

Imej
Berdepan dengan kehilangan demi kehilangan...... Bermula dengan perginya abah 13 tahun lalu....Hampir setahun Hospital menjadi rumah pertama abah..Berulang alik dari Jengka ke HKL atau kadang2 di Hospital Mentakab ketika itu adalah mainan bagi saya dan Ina..Pergi pagi, balik malam..Pergi petang balik esokan harinya..Tidur di kaki lima HKL..?? hehe..pernah dengan De..Tidur dalam kereta di stesen minyak, juga pernah bersama Jefri dan juga Ina yang sarat mengandung sulungketika itu..Tapi kami tak kesah.. Hari Isnin malam selasa.tanggal 8 Februari 1999...Saat Izrail menarik Roh abah keluar dari jasadnya..sangat tenang abah... Dikelilingi anak2 dan emak..juga jiran tetangga yang ramai..Abah telah bersedia kiamkan sendiri tangannya...Jari telunjuk abah dalam keadaan seperti ketika membaca tahiyat...Itulah kali pertama melihat sakaratulmaut ... Dihadapan mereka saya cuba bertahan...jiwa bagaikan sepi seketika... Untuk beberapa bulan menangisi abah secara sembunyi2....pernah terasa dir...

Terima Kasih Rodong2....

Imej
Moga kutemui rakan sejati di sini... Bersahabat keranaNYA..   KembaraHati : Rodong bermaksud kawan .... Belum berkesempatan sepenuhnya berziarah ke laman sahabat2... Insya Allah akan...akan bertandang juga tiba saatnya dengan izin NYA... Terima kasih yang mengingati dan memahami situasi saya sekarang ini..TERIMA KASIH.. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Sahabat2...Mohon Doakan...

Imej
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’ Buat kawan2 yang singgah sini,  mohon doakan Kak Lang, kakak ipar saya yang kini berada di Hospital Besar Kuala Lumpur... sedang menjalani radioterapi... Terima kasih pada yang nantinya sudi menitipkan secebis doa walau tak mengenali antara kita... Moga Allah membalas segala budi baik kalian... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Sa...

JIKA AKU JATUH NANTI...

Imej
Untuk Kalian Sahabat2 ku Yang Kusayangi.. Walau Kita Hanya Dipertemukan Melalui Dunia Maya ini. Tapi Sungguh Kalian Sangat Bererti.... Sahabat ku Inilah Permintaan ku... Jika Aku Jatuh Nanti, Bantulah Aku Untuk Bangun. Ubati Luka ku Dan Hapus Air Mata ku. Jika Aku Lemah, pimpinlah Langkah ku Dan Tersenyumlah Untuk ku. Jika Aku Buta, Bimbing Langkah ku,Terangi Mimpi ku Dan Ajaklah Aku Berkreasi. jika Aku Bersedih,Tunjukan Kebahagian Pada ku. Ajarkan Aku Tersenyum Dan Tunjukan Ceriamu Pada ku... Tapi,Sahabat ku... Jika Aku Mati Janganlah Bersedih Janganlah Kecewa Janganlah Terluka... Kerana Aku Takkan Mampu Lagi Terbangun Untuk Menghapus Perihmu... Sahabat ku,,, Aku Berjanji unTuk Tetap Hidup Dalam Hati Kalian, Sampai Kalian Sendiri Yang Akan Menghapus Nama ku Dari Hati Kalian.... Sahabat ku, Maafkan Aku Jika Aku Sering Melukai Hati Kalian. Dengan Kata2 ku,Tindakan ku Dan Apapun itu... Tapi Sungguh Aku Sangat Menyayangi Kalian. Untuk Sahabat2 ku Terimah Kasih ...

Dengarkan Suara Hati Ini...

Imej
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Cuak Seketika..

Imej
Alhamdulillah segalanya kembali normal.... ^ ^ ^ Ada apa dengan statement di atas tu ye... Begini ceritanya... Dalam pukul 11 malam ,selepas terjaga dr tidur dek kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.. saya mengisi ruang masa duduk di hadapan lappy.. Hajat hati ingin menyambung kembali n3 yang tersadai di dalam draf...Tapi bila log in , malangnya blog saya tak ditemui..Haish..! Terkejut dengan kenyataan itu..saya cuba berulang kali..tapi setiap kali itulah dinyatakan blog saya telah diremove..... Cuaknya rasa... terbayang kembali catatan2 dan nukilan2 yang telah dihasilkan di dalam blog ini... Saya tak akan mungkin mampu menulis dan mencatat kembali sekiranya blog ini 'ghaib'... Saya check semula kotak email.... pukul 9.49 malam masih menerima komen daripada rakan blogger..Komen terakhir yang diterima adalah dari Aisah Jahirah   yang mengomen n3 Alkisah Seorang Penjual… Maknanya dalam tempoh waktu tu blog saya masih dilihat oleh rakan-rakan... ...

Engkau Tetap Menerima Walaupun Terkadang Aku Alpa..Syukur Ya Kholiq...

Imej
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada ku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu.    Aku berdoa semoga dengan bertambahnya umur ku pada tarikh ini 29/9/2012, diharap agar engkau berkatilah hidup ku, redhailah setiap perjalanan ku dan sihatkanlah tubuh badan ku.  Agar dengan nikmat dan kurnia yg Engkau berikan itu, semoga aku dapat meningkat kan lagi ketakwaan terhadap-Mu,Ya Allah... Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi ku walaupun...

Terima Kasih Mendoakan.....

Imej
Terima kasih saudara2 yang sudi mendoakan saya sempena hari yang bersejarah dalam hidup ini pada tanggal 29 September tempoh hari....Inilah tarikhnya di mana saya di bawa ke dunia dengan susah payah,dan berkorban nyawa oleh seorang yang saya panggil emak... Betapa debaran jantung seorang abah untuk menyambut seorang lagi kehadiran puterinya... Sesungguhnya saya berhutang jiwa dengan seorang ibu terhutang budi pada seorang abah... Al Fatihah untuk emak... Al Fatihah untuk abah.. Saya paparkan beberapa ucapan,doa dan ingatan yg di ambil dari FB...Maaf printscreen kurang memuaskan... kalau sudi, Klik pada gambar untuk lebih jelas.. Ingatan dari saudara2 dan anak buah ..... Ingatan dari kawan2 lama..Kawan2 di bangku sekolah dulu..   Kawan seperkerjaan...     Anak2 didik.... Jiran-jiran....hehe..     ...

'26 September' Datang Lagi

Imej
Tak mudah sebenarnya untuk membentuk diri menjadi ibu yang benar2 tabah.. Dan saya mungkin bukan lah dari golongan itu..Namun saya sentiasa berusaha ke arah itu...Walau mulut sering berkata redha dan sabar , tapi hati selalu juga terkenang-kenang... Selalu menerima pertanyaan.." tak nak mengandung dah ke" Apa yang boleh saya katakan..Sekarang saya tak akan berharap seperti dulu.. Andai ada rezeki adalah.. Jika tidak..., Allah itu lebih mengetahui..barangkali saya hanya mampu menjadi ummi kepada sepasang cahaya mata.. Di sekeliling saya pun berapa ramai wanita2 yang menanti untuk menjadi ibu,ummi dan mama sejak bertahun-tahun...Jadi saya bersyukur dengan apa yang ada di depan mata...Saya pasrah takdir yang telah dicorakkan dalam hidup saya... Walau sebenarnya saya sangat2 mengimpikan sebuah keluarga yang besar sebagaimana keluarga saya dan keluarga sebelah en.zauj... :) .... Satu lagi nukilan untuk Ai'syah .... September 2012.... 26 September datang dan singg...

SENYUMLAH TANDA KEKUATAN

Imej
【ツ】 senyum itu hanya luaran.. indah terlihat secara fizikal.. siapa yang melihat merasakan orang yang senyum itu bahagia, gembira.. 【ツ】 【ツ】 namun dalam hati tiada siapa yang tahu. setelah beribu-ribu perkara terjadi, dia hanya mampu senyum.. andai ada yang mengguris, dia hanya mampu senyum.. 【ツ】 ~~ TABAHLAH WAHAI HATI ♥ SENYUMLAH TANDA KEKUATAN ~~ BELAJAR Tentang IKHLAS Rahsia Surah Al-Kautsar BerCINTA Sebelum NIKAH Baca lah ni, Setelah Berwuduk... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Hidup Ini Ibarat Sebuah Buku...

Imej
Hidup Ini Ibarat Sebuah Buku... Sampul depan adalah tanggal lahir dan sampul belakang adalah tanggal kematian... Tiap lembarnya adalah hari-hari dalam hidup kita... Ada buku yang tebal dan ada pula yang tipis... Hebatnya, seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yang bersih, baru dan tiada bercacat...... Sama dengan hidup kita, seburuk apapun hari kelmarin, Allah selalu menyediakan hari yang baru untuk kita, kesempatan yang baru untuk bisa melakukan sesuatu yang lebih baik setiap hari, dan lebih berhati-hati, kerana kita tak tahu kalau tiba-tiba lembaran hidup kita akan berakhir...??? ~ Tetaplah SEMANGAT dan SEMANGAT untuk terus menjadi yang LEBIH BAIK ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah sauda...

Kisah Raya Kami : Al-Fatihah Untuk Ai'syah

Imej
Bergambar sebelum beraya ke rumah Pak Lang.. Menjelang raya, Along dan Ain lah yang paling gembira... Awal-awal lagi dah dapat duit raya daripada abah... Tapi kami pesan kalau beraya ke rumah orang jangan tunggu duit raya... Kalau tuan rumah bagi baru ambik, minta, jangan sekali-kali..! Saya tak mahu anak-anak terlalu fokus pada duit raya..Tak dapat tak apa, dapat alhamdulillah..itu rezeki..Tujuan beraya itu nak mengeratkan hubungan silaturrahim.. Rumah alang rumah pertama kami kunjungi... Selesai beraya dengan alang sekeluarga...Kami bertolak ke Sg Nerek , rumah mak mertua... Sebelum ke Nerek saya mengajak en zauj beraya dengan Bidadari Kecil kami terlebih dahulu... Kereta dipandu menuju ke Pusara Damai yang terletak di atas bukit di tepi lebuh.. Telah ada beberapa buah kereta seawal pagi itu.. Memasuki pagar Pusara Damai... ''Assalamualaikum Ya ahli Kubur..'' ''Assalamualaikum Ai'syah, anak ummi....'' ''Ummi datang ni..ummi datang dengan ...

Kisah Raya Kami : Mencari Kesederhanaan di 1 Syawal...

Imej
Baru berkesempatan nak berkongsi cerita tentang kisah raya saya sekeluarga... Beraya di rumah sendiri di pagi 1 Syawal...Memang benar-benar sederhana... tidak seperti kebiasaan 1 syawal sebelumnya juadah penuh terhidang.. Pagi itu kami menikmati juadah pagi lebaran seadanya sahaja... Petang di akhir ramadhan saya memasak rendang ayam organik..dan malamnya pula merebus sedikit ketupat segera...Sebelah petangnya en zauj ada membeli beberapa batang lemang dan seikat ketupat pulut..Inilah juadah kami.. Bukan tidak mahu beramai di pagi hari kemenangan untuk yang berpuasa, tetapi sekadar ingin merasai kesederhanaan di pagi Syawal.. Tanpa juadah yang berlebih-lebihan... Satu lagi, saya teringin nak bersolat sunat Aidil Fitri di masjid kejiranan saya kali ini.. Biasanya bila di kampung saya kerap tak berkesempatan, disebabkan ramai, selalu saja saya terlewat .., nak berebut bilik air lagi, sama2 menyediakan juadah untuk sarapan pagi, nak menyiapkan anak2 dan akhirnya saya'tercicir'.. P...