Fakta Menarik Tentang Kucing!
Sebelum menulis dengan panjang lebar, nak cerita sikit kisah dulu2...Teringat masa kecik-kecik kalau ada kucing baru beranak jika baby kucing tu ada tiga kaler , awal2 lagi mak akan cakap yang tu betina, walau pun tak tengok lagi jantina sebenar dia ..Bila saya chek memang betul..Pelik juga macam mana mak boleh tau.. Bila baca ni baru tahu..Kepada pencinta kucing boleh la share jika sudi..
Nak berkongsi sedikit Fakta mengenai kucing dengan pencinta2 kucing..
Kalau korang nak tahu Sekiranya seekor kucing tu mempunyai bulu 3 warna, 99.97% kucing tersebut berkemungkinan adalah betina! Sebab itu kebiasaanya kucing yang ada 3 warna itu betina..
Tetapi sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul! Memang jarang-jarang sekali lah nak jumpa kucing jantan ada 3 warna kan...
Kucing Jantan 3 Warna?
Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?
Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.
Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!
Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? Hehe.
Kucing Chimera?
Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu! Fenomena 2 zygote disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak seiras. Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, membentuk 2 zygote. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.
Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.
Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!
Ini adalah penjelasan dari sudut Sains..Mungkin sekali baca kita sukar untuk memahaminya... Tapi yang penting kita yakin itulah kekuasan Allah yang MAHA HEBAT dalam penciptaannya.
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."
Ada Gerammmmmmm...?
Jamah Secubit Garam Sebelum Makan
SUBHANALLAH...Kebesaran ALLAH
Proses Kejadian Manusia : BUKTI KEAGUNGAN TUHAN
Merawat Marah
Yang Mana Pilihan Anda....??? Ikut Atau Lawan Jam...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
Natasha...adeh..kucing cute ape...ni ada pengalaman 'hitam' ngn cik tucing ni...heee..
Wanieys cari la sekor bela..heee..