Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Islam

Cara Tidur Terbaik..

Imej
Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.  (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan.  Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- Tidur dengan meniarap Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap...

Tolong Baca...!

Imej
Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong. Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa . Kata mereka yang anti-boikot ini: - Google pun support Israel, boikotlah! - FB pun sama, boikotlah! - McD M'sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh! - McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pun! - Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot! - Israel tak terjejas pun dengan boikot McD! Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot. Sayangnya pada McD be...

Jangan Puasa Sunat Lagi Hari Ini..

Imej
Salam Sayang semua.... Kepada sahabat2 yang istiqomah berpuasa sunat isnin dan khamis... Jangan puasa lagi hari ni.. hari ni 13 Zulhijjah masih lagi hari tasriq...Yakni hari yang di haramkan berpuasa... sekadar mengingatkan bimbang ada yg terlepas pandang.... ★☆★ Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan d...

Bilakah Kelambu KAABAH DiTukar Baru

Imej
Setiap tahun pada 9 Zulhijah iaitu hari wukuf bagi mereka yang mengerjakan haji dan sehari sebelum Aidiladha, kelambu Kaabah atau kiswah ditukar baru. Sheikh Abdul Aziz ialah keluarga Al-Shaibi yang mewarisi tugas menjaga kiswah dan mencuci Kaabah sejak Nabi Muhammad SAW menyerahkan kuncinya kepada keluarga beliau. Sejak dibina 74 tahun lalu oleh Raja Abdul Aziz, setiap tahun, kilang menghasilkan kiswah tidak pernah berhenti melaksanakan tugas menggunakan kepakaran warga Saudi sendiri. Kain sutera asli berwarna hitam 670 kilogram dan berharga RM15.21 juta (AS$4.5 juta) itu dihiasi ayat suci al-Quran yang ditenun menggunakan 150 kilogram emas serta perak. Ia berukuran 658 meter persegi dan mengandungi 47 kain yang setiap satu berukuran 14 meter panjang dan 95 sentimeter lebar. Kiswah terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu sitaar (langsir) yang menutup pintu Kaabah, tirai menutup dinding dan hizam (tali pinggang) Kaabah. Langsir pintu Kaabah setinggi 6.5 meter dan 3.5 mete...

Adab-adab Menziarahi Orang Sakit

Imej
Saya terjumpa tajuk  Kelebihan menziarahi orang sakit ni di blog seorang sahabat....Bagus perkongsiannya..Terdetik pula hati, ingin memanjangkan lagi isu ni.... Kalau ada saudara atau sahabat handai kita yang uzur ziarah lah mereka...Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkad ~ sunat yang sangat2 dituntut tau. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita. Ha..maknanya kita jangan menyimpan dendam.. .ingat tu tuan belog .. Kalau orang kafir????? Ni nak bagi tau..Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, tapi disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.Dalam menziarahi orang sakit, adakalanya kita lupa akan adab-adab yang perlu diikut sehingga niat yang baik hanya akan membebankan orang sakit dan ...

Akhirnya Ku Fahami....

Imej
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145] Setiap kali mendengar hadis ini otak saya ligat berfikir apa maksud sebenar asing yang terdapat di dalamnya...Hingga siang tadi selepas mendengarnya sekali lagi di IKIM saya nekad untuk meneroka dan mencari maksud asing itu....Akhirnya saya bertemu jawapan yang dihuraikan oleh Abu Saif di SINI .. Alhamdulillah.. Saya diberi pencerahan minda secara tidak lansung ... Suatu waktu Islam itu hadir bilamana manusia berada dalam kerosakan...Pembunuhan, pergaduhan, penzinaan menjadi sesuatu yang biasa.. Maka saat seruan dan syiar Islam ingin dilebarkan, sesuatu yang baik yang dibawa dan disampaikan oleh nabi menjadi satu perkara yang janggal pada mereka.. Jika kita kaji Islam di awalnya , berkembang dengan disulami cacian dan maki hamun..Betapa hebatnya tentangan mereka terh...

Wasiat As-Syahid Syed Qutb

Imej
Wasiat untuk pejuang : As-Syahid Syed Qutb Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’. MENYELAMI WASIAT SYED QUTB Saudara! Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh Nyalakanlah obor buat ummat ini Dan …… Teruskan perjalanan ke gerbang jaya Saudara! Kematianku adalah satu perjalanan Mendapatkan kekasih yang sedang merindu Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara! Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya Janganlah gentar berkelanan di alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba mengh...

Info :Mengenali Jin

Imej
Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus Untuk Pengetahuan Kita Bersama.... 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalan...

Tiga Tingkatan Puasa

Imej
Imam al-Ghazali telah menukil di dalam kitabnya ” Ihya’ Ulumiddin” di mana bagi orang berpuasa ada 3 tingkatannya yang menggambarkan tentang keadaan puasa dan kedudukannya iaitu : Pertama : Puasa Umum Ia ditunaikan orang orang awam setakat berpuasa dalam menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi nafsu syahwat sedangkan anggotanya yang lain tidak dikawal sebaiknya daripada melakukan maksiat terhadap Allah Kedua : Puasa Khusus Ia ditunaikan dengan turut mengawal pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota lain daripada melakukan maksiat terhadap Allah tetapi hatinya masih belum dapat sepenuhnya daripada niat yang melalaikan diri dalam mengingati Allah. Ketiga : Puasa khusus al-Khusus Ia adalah puasa yang paling sempurna dan mesti diusahakan dalam mencapainya di mana pada tahap ini maka hati turut dikawal daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain Allah secara mutlak. Malah kedudukan puasa pada tahap ini terbatal dengan me...

Sebarkan SALAM..

Imej
Sebarkanlah salam kerana salam itu merupakan amalan ahli syurga... Allah menyatakan didalam al-Qur'an bahawa penghormatan yang akan diberikannya kepada makhluk ciptaannya ialah ucapan salam. Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera) dan Dia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia. Nabi Muhammad s.a.w. juga menunujukkan peradaban yang menjadi contoh pada kita walau kepada budak-budak sekalipun. Hadis Anas bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w pernah datang kepada kanak-kanak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka Dan Rasulluah s.a.w. juga bersabda akan pentingnya memberi salam ini sebagai salah satu dari kewajipan umat sesama islam. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiri...

Aurat Dengan Siapa?

Imej
Assalamualaikum... Peringatan kembali buat diri dan sahabat-sahabat. Kadang-kadang kita tahu kepada siapa aurat kita boleh diperlihatkan atau dengan siapa kita boleh bersentuh juga bersalaman. Kita juga tahu dengan siapa kita perlu melindungi aurat kita , atau dengan siapa haram kita bersentuhan.. Tetapi dalam tahu itu juga kita masih membiarkan aurat kita terjuntai sesuka hati kepada orang yang bukan mahram.... Ada ketika kita mungkin berada dalam keadaan tersepit, bila ada yang menghulurkan tangan... Kita jadi serba salah dan akhirnya kita menyambut huluran tangan tersebut.. Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati manusia walau dalam keadaan yang salah hingga kita tidak menjaga larangan yang telah Allah gariskan kepada kita.Kita lemah, hingga kekadang kita tak mampu bertegas... Lihat carta di atas... Petak yang berwarna hijau adalah lelaki yang boleh kita sentuh, yang boleh kita dedahkan rambut di hadapan mereka.. Itulah mahram kita . Manakala petak merah adalah lelaki yang Hara...

Bersikatlah Dengan Cara Yang Betul

Imej
Assalamualaikum semua... Bagaimana cara kita bersikat rambut...? Jangan dianggap remeh apabila kita bersikat. Bersikat juga ada adabnya... Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi ker ana perbuatan itu melemahkan umbi rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. "BerPrasangka Baiklah kepada ALLAH dalam apapun juga keadaan.Kerana Kasih Sayang ALLAH itu mendahului Kemurkaan~NYA." Membina Jati Diri.. ..Andai manusia Sejujur Manggis.. Ada Masalah Nak Tenangkan Hati..? Teliti petua Dr.FK ni... Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa Dendam Yang Terindah Cerita Si Tukang Kayu.. Kerja Biar Ikhlas...

SUBHANALLAH...Kebesaran ALLAH

Imej
Surah Dan Bilangan Ayat Al-Quran Lihat foto yang dipaparkan betul-betul dan kaji. Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya. Jika diplotkan, inilah yang terhasil. surah dan bilangan ayat ) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab pegangan kita ini. ... Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran: DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI -...

Proses Kejadian Manusia : BUKTI KEAGUNGAN TUHAN

Imej
Juru foto Swedia bernama Lennart Nilsson terkenal dengan foto-foto in vivo embrio manusia dan subjek-subjek kedoktoran.Gambar-gambar menakjubkan ini terhasil dengan menggunakan sebuah endoskop .. Foto-Foto di bawah ini merungkai sebuah rahsia, bagaimana kehidupan manusia bermula di alam rahim.. Inilah endoskop..Alat yang digunakan menguak Keagungan Ilahi untuk menjadi tatapan kita melihat BUKTI KEAGUNGAN TUHAN... Bayangkan manusia yang berenang di lautan Atlantik, dari tebing Aatlantik ke satu tebing yang lain. Umpama berenang di dalam lautan air gula yang pekat dan likat .. Begitulah Perjalanan panjang sperma menuju sel telur.. Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur.. Proses Pembuahan Dinding rahim yang baru siap dibuahi Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala Sudah mulai berbentuk.. Manusia sempurna, yang siap berjuang melawan hidup... SUMBER ... Merawat Marah Tip : Untuk Mu...

Merawat Marah

Imej
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Setiap manusia mempunyai sifat marah..... dan sabar sebenarnya adalah perisai kepada sifat itu. Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri. Bagaimana kita boleh merawat perasaan marah..? Apabila datang kemarahan dalam diri ...,perkara yang harus kita lakukan adalah seperti berikut: Baca ta'awuz. Apabila datangnya marah. banyakkan membaca TA'AWWUZ.Brlindunglah daripada syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.Bacaan TA'AWWUZ itu ialah Maksudnya: aku berlindung diri kepa...