Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Resepi

Semperit OH Semperit Dahlia

Imej
Alahai semperit...Nak tau, ni Antara kuih raya yang paling saya minat... Masa kecik2 selalu tengok kakak buat kuih ni... Sekarang , kalau pergi beraya punya lah payah nak jumpa kuih ni kat dalam balang kuih di rumah yang dikunjungi..... Sapa pandai buat...? Kalau nak cuba ni ade resepi.... Biskut Semperit BAHAN BAHAN 200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan 3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan Cara-caranya.... Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C. SUMBER #n3 auto publish#

Resepi : AIR SERAI BERLIMAU.....

Imej
Salam Saturinggit..(lawak Berita Hangit) hehe... Assalamualaikum... C'jai teringin nak berkongsi dengan kengkawan satu resepi sihat yang sangat mudah ni... Terima kasih pada insan yang sudi berkongsi resepi ni di alam maya..Moga2 Allah akan sentiasa Merahmati beliau.. Pinjam gambar ni dari Blog Secubit Garam AIR SERAI BERLIMAU Bahan: 1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg) 1 biji limau kasturi 1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis 250ml air panas mendidih Cara: Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2. Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula. Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai. Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi. Kacau dan sedia utk diminum. ~Betul c'jai cakapkan..?Memang sangat simple dan mudah...Satu lagi info tentang serai, ia boleh mencegah penyakit kanser jika kita selalu amalkan meminum airnya.Boleh cuba ye....c'jai pun teringin nk buat...Lepas ni terus nak kebelakang rumah nak ambil se...

SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM

Imej
Tentu ramai yang di luar sana suka menikmati sup... Anak-anak C'Jai pun sangat suka menghirup sup.. Ni ada satu resepi sup yang sesuai dengan mereka yang ingin mengurangkan berat badan... Credit la untuk chef yang cipta resepi ni..Sayangnya tak tahu asal usul resepi dari siapa..C'Jai cuma memanjangkan sahaja..moga-moga dia di Rahmati.. Boleh cuba siapa mau... Hamboiiiii..Tengok cendawan pun dah nampak sedap.... Ada ketam pulak.. jangan tak tahu..Ketam dan cendawan adalah pelakon utama untuk resepi ni.. SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM BAHAN: 10 keping cendawan kering (direndam dan dihiris nipis) 1 bawang besar (dihiris nipis) 3 ulas bawang putih (dikisar) 500-600ml stok ayam 3 batang cili kering(dibuang tangkainya) 6 keping filamen ketam 4 sudu besar beras perang (brown rice) 2-3 sudu besar cuka epal 2-3 sudu kecil tepung serba guna yang dilarutkan di dalam sedikit air garam dan serbuk lada suluh CARA MEMBUAT 1. Masukkan cendawan,bawang besar,bawang putih, stok aya...

Berkongsi Resepi Sihat

Imej
Cara pemakanan masyarakat moden hari ini terlalu banyak menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik... Manakan tidak, jika setiap hidangan itu terlalu mewah dengan minyak, tinggi kandungan gula dan garam. Semuanya bermula dari perut .. Jika perut dapat dijaga .. InsyaAllah kita akan dapat mengawal penyakit-penyakit kronik singgah di tubuh kita.. Di sini saya ingin berkongsi dan sebarkan resepi sihat dari Chef Islamik ... Chef Sabri Hassan . Gambar sekadar hiasan ehsan Pakcik google SALAD APPLE DAN CELERY 1 biji buah Epal hijau di potong mayang 1 batang celery- dibuang kulit dan dipotong mayang 1 cawan buah anggur merah - dipotong 4 4 sdm lobak merah - dibuang kulit dipotong mayang 2 sdm kismis 3 sdm minyak jagung 1 biji jus perahan buah lemon garam dan gula secukup rasa cara: Masukann semua bahan-bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga rata. Sangat mudah bukan.. Terima kasih kepada Master chef Sabri .. Kawan-kawan Selamat mencuba.. Saya juga tak...