Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kisah Suri Teladan

Akibat Suka Mempersenda

Imej
Ada seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau saja-saja. Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah di kalangan penduduk setempat dan lebih bahaya lagi apabila soalan-soalannya menyentuh soal keimanan.

Di Balik Kehidupan Insan Bernama: "Muhammad"

Imej
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dap ur Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah me...

Kisah Wanita Berpurdah Membeli Belah

Imej
 Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk membayar. Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya. Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja. Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sa...

Mimpi Bertawaf Tanpa Seurat Benang....

Imej
Kisah ini diceritakan oleh Tuan Guru Haron Din di salah satu kuliah beliau beliau suatu masa dahulu. Kuliah tersebut dibukanya dengan satu pertanyaan kepada hadirin. Soalan beliau adalah : Pernahkah anada semua bermimpi melihat diri anda berbogel ? Hadirin sedikit tersentak kerana tidak menyangka soalan sebegitu yang akan dilontarkan oleh tuan guru. Namun tiada seorang pun di kalangan hadirin yang mengangkat tangan. Selepas beristighfar Tuan Guru Haron Din menyambung kuliah dengan menceritakan satu kisah. Menurut beliau kisah tersebut diambil daripada satu majalah berbahasa arab. Dalam majalah itu ada satu artikel yang menceritakan tentang satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Sudais. Dalam program wawancara tersebut ada diselitkan sesi soal jawab melalui telefon. Kemudian satu panggilan telefon telah diterima daripada pendengar.Pemanggil itu bertanya berkenaan dengan tafsir mimpi. Sheikh Sudais berkata bukanlah orang yang arif sangat tentang tafs...

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Imej
Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.Bila bertanya kepada orang kamp...

Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

Imej
Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.” Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.” Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?” SUBAHANALLAH!! Masih tak terkesankah dengan secebis Kisah di ATAS, Wahai HATI..Wahai Pemilik Blog.. Astgfirullahal azim.... Astgfirullahal azim.... Astgfirullahal azim....

Wanita Pembakar Roti

Imej
Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandaglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran." Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain main dengan bara api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita...

Kisah AKU, LIM dan ISLAM

Imej
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna ...

Siapakah Zainab Al Jahsy Radhiallahu Anha ....

Imej
Pagi itu, suasana pemanduan agak tenang, bergerak dari rumah agak awal jadi tiada lori panjang terpaksa diekori dan tiada kereta yang mengekori rapat dibelakang.. Sambil itu Telinga menangkap suara manja juruhebah Radio IKIM Siti Rohani yang lunak membacakan Biografi tentang salah seorang Ummul Mukminin..Zainab binti Khuzaimah...Dengan diiringi alunan perlahan muzik latar, hati tersentuh tika mendengar riwayat tentang Zainab ini.... Siapakah Zainab Al Jahsy Radhiallahu Anha Datuknya dan datuk Rasulullah adalah satu. Bapa saudaranya adalah pemimpin para syuhada’, asaduLlah (Singa Allah), dan penunggang kuda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam , iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib. Saudaranya adalah pembawa bendera Islam yang pertama kali dikibarkan dan orang yang pertama digelar dengan sebutan Amirul Mukminin , juga salah seorang syuhada’, iaitu Abdullah bin Jahsy radiallahu anhu . Zainab binti Jahsy radiallahu anha adalah isteri Rasulullah yang dikenal dengan kebaikan, kederma...

Kisah Malaikat Kecil

Imej
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu...

Kisah Hajjaj bin Yusuf Dengan Tetamunya..

Imej
Klik dan dengar kisah di atas...Tak lama, 2 minit 43 saat je... Hajjaj bin Yusuf at-Thaqafi adalah seorang pemimpin kerajaan Umaiyah yang terkenal dengan kezaliman , kejam dan ramai ulama-ulama yang mati di zaman pemerintahannya. Namun disebalik kekejamannya beliau juga seorang yang memuliakan tetamu . Diriwayatkan, beliau pernah menyuruh pembantu rumah/tenteranya untuk mencari seorang tetamu supaya boleh makan bersamanya. Lalu pembantu rumah/tenteranya menjemput seorang Arab Badwai masuk ke tempat Hajjaj. Apabila sampai di bilik makan, orang Arab Badwi itu bertanya, "Adakah kamu ini Hajjaj bin Yusuf?" Hajjaj menjawab, "Ya " Orang badwi itu bertanya lagi, "Mengapa kamu memanggil aku?" Hajjaj menjawab, "Kamu menjadi tetamu aku pada hari ini" Arab Badwi menjawab.."Aku tidak boleh makan kerana aku telah menjadi tetamu yang lebih tinggi daripada kamu" "Siapakah dia yang lebih tinggi daripada aku ini?" "Allah taala, sebabny...

“Tuhan ni wujud ke?” tanya Si Penggunting Rambut.

Imej
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. “Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut. Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambu...

...SAKIT MATA SEMBUH DENGAN WUDHU.....

Imej
Kisah Junaid Al-Banghdadi Suatu hari Junaid Al-Banghdadi sakit mata. Ia diberitahu oleh seorang tabib, jika ingin cepat sembuh jangan sampai matanya terkena air. ... Ketika tabib itu pergi, ia nekad berwudhu membasuh mukanya untuk sholat kemudian tidur. Anehnya, sakit mata yang ditanggung menjadi sembuh. Saat itu terdengar suara “Junaid menjadi sembuh matanya kerana ia lebih redha kepada-Ku. Seandainya ahli neraka minta kepada-Ku dengan semangat Junaid niscaya Aku luluskan permintaannya.” Kata suara itu. Tabib yang melihat mata Junaid sembuh itu menjadi kehairanan, “Apa yang telah engkau lakukan?” “Aku telah membasuh muka dan mataku kemudian sholat”, ujarnya.” Tabib itu beragama Nashrani, dan setelah melihat peristiwa itu, dia beriman. “Itu ubat dari Tuhan yang menciptakan sakit . Dia pulalah yang menciptakan ubatnya. Aku ini sebenarnya yang sakit mata hatiku , dan Junaidlah tabibnya.” Wallahua'lam

~✿❤~ Tahu tak? ~✿❤~

Imej
.¸.•*´¯) Assalamualaikum .¸.•*´¯) ~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~ "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab : 21). Tahu tak.....! Nabi banyak menangis kerana risau pada umat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

~✿~RENUNGAN : Gurauan Rasulullah SAW~✿~

Imej
•*¨*•.¸¸❤ ....Assalamualaikum... ❤¸¸.• *¨*• Rakan Pembaca Budiman .. Kali ini terpanggil untuk membawa minda kita semua melihat dan mengupas cara rasulullah bergurau senda.Mari kita kongsikan gurauan cara Baginda SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4)

Kisah Hijrah Rasulullah SAW

Imej
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Anak Ikan Yang Degil

Imej
Salam singgah ke blog ummuainries ye.... Hari ni nak selitkan satu cerita yang pernah dikisahkan oleh Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di salah satu kuliah mingguannya di suatu ketika... Perumpamaan tentang mereka yang tidak mahu menerima kata2 ULAMA.. Bacaan buat mereka yang mahu berfikir..Silakan lah.....

Dialog Ramadhan Di Hadapan Allah

Imej
Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk. Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BOR...

..: Dialog antara ALLAH swt dan Iblis Laknatullah :..

Imej
Salah seorang sahabat, Ansa bin Malik r.a. berkata: “Iblis laknat telah bertanya kepada Allah s.w.t. antaranya ialah:- Kata Iblis kepada Allah s.w.t.: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat kediamanmu ialah di dalam bilik air (tandas).” Tandas adalah tempat kediaman iblis. Gambar ini sekadar penyeri catatan Iblis berkata: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (mesjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?”

Kisah Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir

Imej
Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak. Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak. Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat “Demi Allah, sesungg...