Arak Menjadi Cuka...
Assalamualaikum... Diceritakan bahawa Umar bin Khatab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membata botol disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan Engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan Engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka.” Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan…ternyata memang benar arak itu cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya keranat takut kepada makhluk sahaja, Allah lantas mengganti araknya kepada cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan meneri...