Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Secebis Kisah

Tiang Lampu 0h Tiang Lampu...!

Imej
"Tu mak itamnya tak dengo lagi cerita pasai tiang lampu..."sampuk abang de waktu kami rancak berborak di depan meja makan ketika bersarapan.. "ngape...??? ada apa ngn tiang lampu" cuba menyungkil rahsia.. Begini kisahnya.... Menurut kata Hanis anak buah saya, beberapa kali ketika mereka hendak ke Kg Teroh pada waktu malam mereka akan melalui Kg Mangin.. Di Kg Mangin mereka akan menempuh pula rumah waris kami , Sahak... Setiap kali melewati rumah Sahak, ada sebatang tiang lampu jalan di hujung jalan rumah berkenaan...Cahaya lampu jalan tersebut melimpah hingga ke laman rumah Sahak...menerangi jalan dan halaman rumah... Beberapa kali juga mereka lalu di kawasan tersebut begitulah keadaannya...Pernah sekali satu malam , sewaktu melewati tiang lampu jalan tersebut, kelihatan banyak kelkatu berterbangan menandakan hari ingin hujan.. Suatu malam... Abang De, De, Hanis dan Wani ke rumah Sahak... Tujuannya ingin menolong dan membantu apa yang patut..Sebab keesoka...

Kisah Pengemis

Imej
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan, diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar ...

Betapa Sucinya Hati Seorang isteri Pada si Suami..

Imej
Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal dan ustaz tu kata tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.." membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.." membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kas...

Mimpi Bertawaf Tanpa Seurat Benang....

Imej
Kisah ini diceritakan oleh Tuan Guru Haron Din di salah satu kuliah beliau beliau suatu masa dahulu. Kuliah tersebut dibukanya dengan satu pertanyaan kepada hadirin. Soalan beliau adalah : Pernahkah anada semua bermimpi melihat diri anda berbogel ? Hadirin sedikit tersentak kerana tidak menyangka soalan sebegitu yang akan dilontarkan oleh tuan guru. Namun tiada seorang pun di kalangan hadirin yang mengangkat tangan. Selepas beristighfar Tuan Guru Haron Din menyambung kuliah dengan menceritakan satu kisah. Menurut beliau kisah tersebut diambil daripada satu majalah berbahasa arab. Dalam majalah itu ada satu artikel yang menceritakan tentang satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Sudais. Dalam program wawancara tersebut ada diselitkan sesi soal jawab melalui telefon. Kemudian satu panggilan telefon telah diterima daripada pendengar.Pemanggil itu bertanya berkenaan dengan tafsir mimpi. Sheikh Sudais berkata bukanlah orang yang arif sangat tentang tafs...

Ulama Sunnah vs Ulama Syiah

Imej
Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka. Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewatbebanding Ulama' Sunnah yang lain2. Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya. Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?" Ulama' Sunnah itu menjawab, "Saya terdengarbahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!" Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasazaman Rasulullah s.a.w." Ulama' Sunnah seraya berkata, "Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?" -Sheikh Ahmed Deedat- ~ n3 auto publish ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NAS...

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Imej
Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.Bila bertanya kepada orang kamp...

Abang nak beli kuih..?

Imej
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-...

Wanita Tua dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci

Imej
Kepada yang tidak suka ataupun yang sangat mengasihi kucing, singgah sebentar di sini..Kita baca seketika kisah teladan di bawah ini.. ...Ini Kisah seorang wanita tua yang menunaikan haji.... Wanita tua ini, semasa tawaf dan saie menggunakan kerusi roda kerana beliau sudah tua dan keuzuran..Lututnya pula lemah dan sentiasa sakit. Dia telah mengupah petugas Arab menolaknya untuk melakukan tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau hanya menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Disebabkan masalah kesihatan beliau tidak mampu melakukan ibadah sunat . Lagi pun wang yang dibawa hanya secukupnya sahaja. Namun, ada satu amalan mulia yang dimiliki Muslimah ini. Wanita tua ini sangat mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.Salah satu Sunnah nabi yang diterapkan ke dalam dirinya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya terdapat banyak kucing. Dia juga memungut kucing yang dibuang orang. Lalu diberikan makan dan minum. Kucing-kucing itu j...

Cinta ♥ Tidak Memerlukan Sebab

Imej
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka : : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang ...

Kisah AKU, LIM dan ISLAM

Imej
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna ...

Manusia Berjiwa Syaitan..

Imej
....ASTAGFIRULLAHAL'AZIM..... Binatang pun lagi kasih pada zuriatnya.....Betul-betul macam sampah...Hanya Allah yang layak MEMBAKAR .... Bersedialah tangan yang melakukan perbuatan ini untuk menerima azab Allah yang Maha PEDIH .... ~Tengok la sendiri gambar ni ... Malas nak tulis lebih-lebih... MOOD : Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~

Kisah Malaikat Kecil

Imej
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu...

“Tuhan ni wujud ke?” tanya Si Penggunting Rambut.

Imej
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. “Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut. Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambu...

Anak Perempuan Cantik yang Melihat Pelangi

Imej
Tidak banyak, pasti tetap ada sebibit kebahagian untuk manusia yang menatap pelangi. Itu yang saya percaya, dan itu yang semua manusia percaya. Sehinggalah pada hari itu, menatap pelangi itu memberi makna lain kepada saya. Pelangi itu bukan berkenaan bahagia tetapi berkenaan sesuatu yang membuatkan hati saya terjatuh ke daerah gusar. Ibu. Saya adalah ibu yang sangat bahagia. Saya fikir itulah semua perasaan ibu-ibu di dunia yang mempunyai anak perempuan yang cantik, dan beberapa bulan sebelumnya, saya melahirkan anak yang kedua yang juga cantik. Saya berasa diangkat ke langit hanya kerana status saya sebagai seorang ibu yang punyai dua anak yang meneduhkan hati. Segala-galanya terlihat sempurna, sehinggalah pada suatu hari, anak perempuan saya yang cantik itu datang menemui saya, berkata sesuatu yang saya sangkakan bahagia. Pelangi. "Ibu, mengapa saya nampak pelangi?" "Sayang, mana ada pelangi di sini," kata saya lembut. Rambutnya yang ikal saya belai pen...

'Kenangan Menjual Botol Kosong..' Kanak2 Dahulu Lebih Menghargai...

Imej
Terpandang botol-botol kosong tetiba menggamit kenangan... Sape yang sempat buat aktiviti ni.. Masa penulis berada di bangku sekolah rendah dan dia awal sekolah menengah pantang botol kicap dan sos dalam rumah kosong.... Mesti amik dan 'simpan' di perdu pokok pisang belakang rumah.. Bila di satu pagi ada suara lemak 'merdu dari apek yang bawa lori keliling kampung dari Blok A ke Blok B menjerit 'boooootol '..... 'botol'..... 'botol'..... ' botooooool'..... maka bergegaslah kanak-kanak mengambil botol-botol yang telah dikumpul termasuk penulis. Rozana Za , Zahzahraa Sharif , Naziah Riffin korang ingat tak saat-saat ni di Jengka 13 dulu... Waktu ini kita orang akan menyusun botol-botol kosong di bibir-bibir jalan di hadapan rumah,sambil mengira jumlah yang ada... Pernah penulis mengumpul sehingga seratus lebih botol kosong... Sambil menunggu apek tua itu lalu untuk pusingan ke dua kami akan terconggok di tepi jalan menunggu , bimbang botol...

Jangan lah Berprasangka...

Imej
Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. "Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor tak ada rasa bertanggungjawab ke..??" Doktor tersebut tersenyum dan berkata : " Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.." "Bertenang doktor kata..?! kalau anak doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor bertenang..??kalau anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata si ayah dgn marah.. Si doktor tersenyum lagi dan b...

"Isteri Saya Hilang , En.Polis.."

Imej
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula..., namun tidak pulang-pulang. "Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis. "Saya tidak pasti pula.Pagi tadi atau tengahari kot." "Dia pakai baju warna apa?" "Tidak pasti la tadi.Mungkin hitam atau putih.Tak pun kelabu"

TUNJUKkan...! Mana Bahagian Tubuh Yang Paling Penting......

Imej
Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-ta hun, aku selalu menebak dengan jawaban yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawabnya, "Bukan. Banyak orang yang tuli, mereka masih boleh hidup nyaman dan beberapa di antaranya menjadi sukses. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku akan menanyakannya lagi nanti." Beberapa tahun kemudian sebelum dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku memberitahukannya, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

~✿❤~ "Kenapa Siti Maslina Tak Patut Mati." ~✿❤~

Imej
Cerita 10 tahun yang lalu di bangku sekolah, aku punyai seorang teman rapat. Namanya Siti Maslina. Seorang pelajar yang sangat sederhana, pendiam, berbicara hanya bila perlu tapi dia seorang yang sangat baik denganku. Ku jadikan dia sahabat sejati ku.

~✿❤~ HEBATNYA WANITA SOLEHAH ~✿❤~

Imej
•*¨*•.¸¸❤ Assalamualaikum ❤¸¸.• *¨*• Salam ceria di hari yang indah ini.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam... Saudara saudari... Mari kita teliti secebis kisah teladan tentang seorang wanita.. Betapa hebat seorang wanita yang disaluti keimanan yang utuh... lalu tatkala disuakan perbuatan maksiat, seorang wanita solehah mampu menangkisnya dengan kata-kata.. lantas menghadirkan rasa GERUN kepada ALLAH di hati seorang lelaki..... ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~ ♥ * ~♥ * ~ Terdapat dalam riwayat yang shahih.... Ketika seorang wanita solehah akan berangkat ke sebuah tempat yang jauh bersama kafilah, maka seorang lelaki mengikutinya kerana dia menyukai wanita itu.. Tidak berapa lama kemudian ketika semua orang mulai tidur.., lelaki itu mendekati wanita tersebut dan mengajaknya untuk berbuat maksiat..., Wanita itu berkata : “apakah engkau yakin semua orang sudah tidur dan tidak ada yang akan melihat kita?”