Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

.~ .KISAH AMING GI SEJID.~

Imej
Bace kesoh ni...tingak ke Ustaz Azhar Idrus ... kang... Ambe suke beno dengo ceghamoh2 dia....
Ayoh ye kate doh tok bolih ikut.
Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising.
Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh.
Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang.
Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang.

Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing.
Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia...

Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..

Imej
Berkisar tentang ‘Hari Keluarga ‘
yang berlangsung di Pulau Santap, Janda Baik baru-baru ini.
Ideanya datang secara spontan,untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini
yang bertarikh pada 23 April 2011…
Kali kedua kami berFamily Day di sini..Kali pertama dahulu kami bermalam di D’Ark Resort… Terkadang sesuatu perkarayangdirancang dalam keadaan tergesa-gesa ada ketikanya lebih‘cantik’ dan menjadi daripada sesuatu yangkita rancang dengan penuh ketelitian...Ia menyedarkan saya sesungguhnya“wamakaru wamakarullah"..

~✿CINTA SELEPAS NIKAH (1)..✿~

Imej
Berapa ramai lagikah di kalangan pasangan moden hari ini
yang menjalani proses CINTA SELEPAS NIKAH ….
CINTA SELEPAS NIKAH berkait rapat dengan perkahwinan ibubapa dan zaman datuk nenek kita dahulu..
Bertemu jodoh bukan atas dasar cinta,
sebaliknya diaturkan oleh orang tua mereka..

Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam

Imej
Menulis entri yang satu ini,
membuat jiwa begitu tersentuh dengan ungkapannya...
Satu ungkapan yang begitu bermakna..
'Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam'
..menerbitkan seribu rasa jauh di sudut hati...
Betapa akrab hubungan Adam dan Hawa yang berpegang pada 'tali Allah'......
'Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam'...
Hayatilah setiap bait dibawah ini...


'Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam'
Kamu adalah perhiasan kepada dunia.dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..

Buah Hati Ku Yang 'Pergi'...

Imej
✿♥ ..Ai'syah..Kau Selalu Dalam Kenangan Ummi.. ♥✿

Hampir dua tahun berlalu...
Terasa masa begitu pantas berlari..
Andai ada, hampir dua tahun jugalah usia mu,Ai'syah...
Namun hingga saat ini kau tetap dalam kenangan ummi..
Terasa bagai baru semalam ummi mendakap mu ...
Dan bagai semalam
ummi melepaskan kau pergi untuk disemadikan....
Ummi bahagia menjadi ibu salah seorang Ahli Syurga....

Alhamdulillah ...
berbahagialah nak bertemu Sang Pencipta
dalam keadaan dirimu yang begitu suci bersih
tanpa sebarang noda dan dosa...
Bahagialah Anakku..

✿♥ Memori Setahun Tujuh Bulan Yang Lalu..♥✿
(Kiraaan dari tarikh catatan n3 ini dicoret)

Perasaan seorang ibu...,
berbunga sejuta kebahagiaan
tatkala menanti kehadiran permata hati yang sangat-sangat diharapkan..
Sembilan bulan kau singgah di rahim ummi..
Kasih ummi tidak sedikit pun berbeza.
Walau ummi tak berkesempatan
untuk membelai, dan menjagamu..
juga tak pernah berpeluang mendengar suara tangisan mu
tapi percayalah,
Ai'syah tetap dekat di hati ,
seperti an…

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Imej
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…


Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2....,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2....,

jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
s…

Kalau Masih Ada Waktu…

Imej
Sahabat, terlalu cepat waktu berputar... Kita bagaikan kesuntukan dalam mengejar waktu mengurusi urusan seharian .Setiap detik yang pergi terlalu berharga dan tak mungkin berpatah balik untuk bertemu kita semula....
Kalau Masih Ada Waktu…

Kalau masih ada waktu, berusahalah memperbaiki diri kerana bila sudah tiada waktu rasa kesal itu tidak berguna.

Kalau masih ada waktu, tuntutlah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin kerana bila sudah tiada waktu engkau akan merasakan umur itu pergi berlalu dengan sia-sia.

Kalau masih ada waktu, tunaikanlah impian murnimu kerana bila sudah tidak ada waktu engkau tidak akan sempat menikmatinya.

Kalau masih ada waktu, balaslah kasih sayang dan cinta insan-insan tersayang di sekelilingmu kerana bila sudah tiada waktu engkau akan kekal berhutang dengan mereka.

Kalau masih ada waktu, belajar dan fahamilah hakikat hidup ini kerana bila waktu itu sudah tiada engkau akan merasakan bahawa engkau tidak pernah belajar apa-apa dalam hidup ini.

Kalau mas…