Dan Pemenangnya Ialah........
Alhamdulillah... akhirnya selesai jugak 'juri' yg dilantik memilih pemenang Segmen : Nostalgia Ramadhan setelah membaca kesemua 30 catatan kenangan sahabat2 yang menyertainya...
Hari tu dinyatakan di SINI pemenang akan dipilih sehingga tempat ke 3.. Tetapi hari ni rasa berbesar hati menambah hadiah hingga ke tempat ke 4.... Tengok kat atas tu , hadiah pun dah ada 4...Ulasan juri :Kesemua peserta mempersembahkan kisah yang cukup menarik.....Tahniah...!
Para pemenang dipilih berdasarkan kisah yang dipapar, cara persembahan serta kelainan dalam penceritaannya..
Maka dengan ini di umumkan.....
~Kepada pemenang-pemenang~
Manakala peserta yang bertuah melalui cabutan undian pula ialah...
missmeraa
anisalya
are_lin@yu
Deqla manjew
ELFarahin
♥ Anis
Norul natheha bt mustafa
♥♥cikHannah♥♥
missmeraa
anisalya
are_lin@yu
Deqla manjew
ELFarahin
♥ Anis
Norul natheha bt mustafa
♥♥cikHannah♥♥
Beg (boleh digunakan sbg beg telekung untuk pergi solat trawih), Pashmina dan jam .
Ikutkan kan hati nak bagi hadiah pada semua yang terlibat dengan segmen ni ..Tapi apakan daya tak mampu tu laaa..hehe.. Pada yang tak de rezeki di segmen ni jangan kecil hati ye..InsYa Allah ada rezeki yang lebih hebat menanti anda di laman blog yang lain, mungkin..
Kepada pemilik nama yang tertera di sini sila berikan nama penuh dan alamat lengkap anda... Inbox kan nama dan alamat ke peti inbox page ..
Jika ada dikalangan kita yang punya nostalgia sedikit 'tersasar' dalam memenuhi tuntutan agama, berpuasa di bulan Ramadhan , semoga tahun ini ibadat puasa kita semakin baik dan tidak di cemari dengan niat untuk membatalkan puasa sebelum tiba waktunya...Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu keinsafan dalam diri kita. Ibadat puasa juga bukan suatu perkara yang boleh di buat main dan di pandang remeh...semuanya akan di bawa ke SANA sebagai bekalan dan dihisap dihadapan ALLAH....(ingatan untuk pemilik blog)..
Akhir kalam maafkan penganjur jika ada komen2 dan kata2 yang membua buat anda semua berkecil hati sepanjang segmen ini berlangsung dan selepas segmen ini berakhir.... SALAM SAYANG dan SALAM UKHWAH semua..
Sedikit kisah untuk bacaan bersama sebelum saya mengundur diri....
Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba datang dua orang lelaki. Kemudian, mereka membawaku ke sebuah gunung yang sulit untuk dilalui. Mereka berkata, "Naiklah." Aku pun menjawab, "Aku tidak dapat naik." Mereka berkata, "Kami akan menjadikannya mudah bagimu."
Aku pun naik ke atas, ketika aku sudah sampai di puncak gunung, aku mendengar suara-suara yang sangat keras. Aku bertanya, "Suara-suara apa ini?" Mereka menjawab, "Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka."
Kemudian mereka berdua membawaku hingga aku melihat suatu kaum yang digantung dengan menggunakan urat-urat tumit mereka lalu mulut-mulut mereka dirobek, hingga mulut-mulut mereka itu mengeluarkan darah. Aku bertanya, "Siapa orang-orang itu?" Mereka berdua menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum puasa mereka berakhir.
Imam at-Tirmizi dan Abu Daud meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sengaja membatalkan puasa satu hari di bulan Ramadhan bukan kerana suatu keringanan ataupun sakit, maka puasa satu tahun belum dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan."
Allahu Rabbi...temanku yang dikasihi. Begitulah azab yang bakal dilalui oleh orang Islam yang membatalkan puasa mereka dengan sengaja tanpa alasan yang kuat. Mengqadarkan puasa yang ditinggalkan secara sengaja takkan dapat sama nilainya seperti satu hari dalam bulan Ramadhan sekalipun kita berpuasa seumur hidup kerana barakah dan rahmat yang ada di bulan Ramadhan takkan bisa terdapat dalam bulan yang lain.
Ayuh teman-temanku sekalian, marilah kita sama-sama menuju ampunan Allah SWT dengan kita mendekatkan diri kepada~Nya dengan beramal soleh, bertaubat dan pohonlah keampunan kepada~Nya pada bulan yang mulia ini. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.
Ya Allah! Anugerahkan kami rahmat~Mu yang luas yang dengannya dosa-dosa kami diampun dan kesalahan kami dihapuskan...aamiin.....SUMBER
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
Syukur alhamdulillah....Tahniah pada yang berjya....
tiranaaduka@gmail.com
thanks atas penyenaraian sy sbg tmpt ke-3..thanks bebyk pd pihak juri, penganjur n sponsor juga rakan2 yg turut terlibat sm dlm segmen ni..nnt sy inboxkan details ke KMRI..
SALAM RAMADHAN
Berat sungguh seksaan org meninggalkan puasa dengan sengaja. Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan dan kesempatan.
mintak maaf byk2 lmbat text c'jai..
terima kasih kepada c'jai, juri, penganjur, semua yg terlibat dalam segmen nostalgia ramadhan..
semoga segalanya dibalas Allah dengan sebaik-baik kebaiukkan dan dilimpahkan dengan segala rezeki yg halal..
terima kasih sekali lagi dan tahniah buat semua peserta..ukhuwwah fillah dunia dan akirat insyaAllah!
Ummu Muhammad
no 7, lorong 2,
jln suria 6,
tmn matahari,
86000 kluang, johor.
013-3575915
terima kaseh sekali lagi ;)
patut ambil iktibr dgn kisah tu kan...
http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/08/ha-apa-ni.html