Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Santapan Rohani

Sebenarnya Allah Yang Beri....

Imej
ALLAH bagi kita sihat, jgn kata UBAT bagi kita sihat.. ALLAH bagi kita kaya, jgn kata DUIT bagi kita kaya..... ALLAH bagi kita kenyang, jgn kata MAKANAN bagi kita kenyang.. ALLAH bagi kita hilang dahaga, jgn kata AIR bagi hilang dahaga.. ALLAH bagi kita pangkat, jgn kata MAKHLUK bagi kita pangkat.. ALLAH bagi kita pandai, jgn kta USTAZ/USTAZAH bagi pandai.. ALLAH bagi kita bantuan, jgn kata MAKLHLUK yg bagi bantuan..(makluk hanya asbab) ALLAH bagi sampai disuatu tempat, jgn kata kederaan kita yg bagi sampai.. ~:: SAHABAT SEMUA...MARI KITA BUANG SEMUA SYIRIK KECIL INI.. KITA TANAM YAKIN SUNGGUH2 HANYA PADA ALLAH.. BERSANGKA BAIK HANYA PADA ALLAH... MAKHLUK TIADA KUASA..ALLAH SAHAJA YG MAHA BERKUASA...~:: ~sebagai peringatan & renungan bersama~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LA...

Tahu Tak Nama-Nama Neraka...???

Imej
Assalamualaikum... Semalam berkesempatan untuk ke kuliah mingguan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man... Beginilah saya, dalam cuba memenuhi tuntutan ROHANI,...ada ketika berkesempatan, dan banyak dari ketika-ketika itu yang tercicir..Allahurobbi...! Mengejar keduniaan memang tak akan cukup masa yang diperuntukkan ... Sesekali mencuri masa dalam keadaan fizikal yang agak letih dek kerana tugas, itu tak mengapa.... Apalah dikira letihnya badan jika dibandingkan dengan nilai ilmu yang akan diperolehi... Cerita Ustaz tentang azab di neraka...Ya Allah...mendengarnya pun sudah tak tertanggung rasanya... Setelah selesai dihisab nanti manusia akan dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing.Kemudian Jibril akan terbang di atas neraka sambil itu kedengaran rintihan ahli-ahli neraka yang di azab...Untuk menghabiskan perjalanannya itu memakan masa 400 ribu tahun akhirat... Bayangkan betapa luasnya Neraka Allah.... Api yang membakar sekecil ini pun kita sudah tak mampu menaha...

Sentiasa berMUJAHADAH ..

Imej
ALLAH telah meLETAKkan KEJAYAAN IKAN-IKAN,, Bila mana mereka dapat HIDUP di dalam LAUT.. NAMUN.. Apabila mereka cuba KELUAR dari LAUT,, Maka mereka akan MATI.. ... Begitu juga dengan CACING yang KESELAMATAN mereka telah ditetapkan di dalam TANAH.. NAMUN,, Jika mereka cuba KELUAR dari TANAH,, Maka mereka akan KEPANASAN.. Begitulah juga dengan MANUSIA yang ALLAH telah LETAKkan KEJAYAANnya dalam AGAMA.. NAMUN,, Jika manusia cuba KELUAR dari AGAMA,, Maka MANUSIA tersebut akan SENGSARA.. Semoga ALLAH memberikan KEKUATAN untuk JIWA-JIWA yang sentiasa berMUJAHADAH kerana-Nya .. Mampukah Kita Menjawab Apa Usaha Kita..Apabila diSoal Kelak...? Pandangan Mata Selalu Menipu.... Cermin Oh Cermin Mata.. 'Kenangan Menjual Botol Kosong..' Kanak2 Dahulu Lebih Menghargai... Kunci..Oh Kunci...! Belajarlah Memaafkan Walau Kalian Terluka...

Iman Semut vs Iman Manusia

Imej
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu. Lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?" Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku." Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan." Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong." Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu b...

BELAJAR Tentang IKHLAS

Imej
Catatan ini benar-benar untuk ingatan diri sendiri dan barangkali ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi.. Silakan ... Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepada kita di hari akhirat kelak. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat. Kamu Tahu Tentang IKHLAS..? “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya. “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.” “Tak payah, bawa sahaja karung guni.” “Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya. “Mari kita ke pasar!” Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu. “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan b...

Rahsia Surah Al-Kautsar

Imej
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di surga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi aitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada...

BerCINTA Sebelum NIKAH

Imej
Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Tentang BERCINTA Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi, mufti global berkata : Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang penting bercinta sebelum menikah kerana cara seperti itu dikhuatiri berbahaya dan syubhah. Ramai orang yang memulai bercinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil, seperti berpacaran melalui telefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan. Sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpacaran melalui telefon ataupun internet tanpa diketahui oleh ahli keluarga. Mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu. Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam...ramaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius. Amat jarang ditemiu mereka yang bercinta sebelum menikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada ...

Baca lah ni, Setelah Berwuduk...

Imej
Sesudah berwuduk..., berapa ramai di kalangan kita yang meninggalkan doa ini..? Atau berapa ramai yang membacanya setelah selesai berwuduk...? Walaupun sunat, tapi mungkin boleh 'menopup' amalan2 kita yang sedia ada. Apa kata, kepada sesiapa sahaja termasuk diri saya jika tidak mengamalkannya selepas ini cuba hafal doa di bawah dan jadikan amalan ya... Berpesan-pesan untuk kebaikan..semoga bersama-sama perolehi manfaatnya.. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan. Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang. Klik butang 'SHARE'.. kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~ "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKA...

Kata-kata Imam Hasan Al-Basri

Imej
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan. Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang. Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~ "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPER...

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Imej
Daripada Abu Nu'man Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jang...

Ke mana Roh Akan Pergi

Imej
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Imej
Diantara Hadith-Hadith Mengenai Kucing Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan ... bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Riba : Jemputan berperang dengan Allah & Rasul-Nya

Imej
Firman Allah SWT: “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang mengulangi, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah: 275) Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi.” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391)

Nenek Pemungut Daun

Imej
Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Ia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh. Usai jualan, ia pergi ke masjid Agung di kota itu. Ia berwudhu, masuk masjid, dan melakukan salat Zhuhur. Setelah membaca wirid sekedarnya, ia keluar masjid dan membungkuk-bungkuk di halaman masjid. Ia mengumpulkan dedaunan yang berceceran di halaman masjid. Selembar demi selembar dikaisnya. Tidak satu lembar pun ia lewatkan.

13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat

Imej
Apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu...?Ini adalah jawapan yang mungkin kita dengar dari bibir orang2 yang 'liat ' untuk mematuhi perintah Allah yang satu ini...

Anak Ikan Yang Degil

Imej
Salam singgah ke blog ummuainries ye.... Hari ni nak selitkan satu cerita yang pernah dikisahkan oleh Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di salah satu kuliah mingguannya di suatu ketika... Perumpamaan tentang mereka yang tidak mahu menerima kata2 ULAMA.. Bacaan buat mereka yang mahu berfikir..Silakan lah.....

Peringkat Solat dan Lima Jenis Manusia

Imej
Jenis Pertama Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat. Mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Imej

Minum Susu Kambing...??Tengok Kelebihannya..

Imej

4 Golongan LELAKI Yg Akan Ditarik ke NERAKA Oleh WANITA.

Imej
Untuk Renungan para lelaki... yang bergelar anak, suami, abang atau adik kepada insan bernama wanita... Wahai wanita.. kasihi saudara lelakimu, suamimu dan anak lelakimu...