Sebarkan SALAM..

Sebarkanlah salam kerana salam itu merupakan amalan ahli syurga...
Allah menyatakan didalam al-Qur'an bahawa penghormatan yang akan diberikannya kepada makhluk ciptaannya ialah ucapan salam.

Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera) dan Dia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. juga menunujukkan peradaban yang menjadi contoh pada kita walau kepada budak-budak sekalipun.
Hadis Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w pernah datang kepada kanak-kanak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka
Dan Rasulluah s.a.w. juga bersabda akan pentingnya memberi salam ini sebagai salah satu dari kewajipan umat sesama islam.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.


KAMAR-KAMAR DI SYURGA - Bagi pemberi SALAM

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."
Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Berpesan2 untuk KEBAIKAN
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKANLAH SAYA dengan HIKMAH,moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS dan kerana kamu adalah saudara Saya (seagama) dan padamulah saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Dr Marwa Al-Sherbini Syahid Mempertahankan Hijab..
Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa yang Sudah Meninggal Dunia
...: Cara-cara Nak Cover Malu Bila TERJATUH:...
MENARIK Bukan...?
Kaabah.., Aku Datang Lagi.
Cis..! Kita di Tipu Rupa-rupanya...
UJUB ZAMAN MODEN

Ulasan

Jahirah berkata…
banyak kebaikan beri salam...mulut kdg2 berat nak beri salam,lebih suka hai2 je...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...