Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..
Teringat semasa mengandung anak sulung 12 tahun lalu, sangat2 teringin akan buah delima... Terpaksa pula menunggu bulan september untuk mendapatkannya. Dari Pahang turun ke Kuala Lumpur waktu itu semata-mata mencari delima.. Alhamdulillah ... dapat juga saya merasa delima, seronok tak terhingga... Entah macam mana saya boleh mengidamkan delima ...
2010 sewaktu di Tanah Suci, rakan sebilik membeli beberapa biji delima.. Subhanallah , delima di sana saiznya lebih besar dari yang saya temui di sini.. Sungguh bagai di kata 'merah bak delima' lihat sahaja isinya..
Saya ingin berkongsi dengan pembaca khasiat dan fakta berkaitan delima.Dikatakan khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
Buah delima atau dalam bahasa Arab ar-rumman disebut tiga kali dalam Al-Quran. Pokok delima antara pokok yang ada di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Keunggulannya ialah susunan dalamannya...Maha Suci ALLAH yang mencipta. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Daun delima yang direbus bersama daun teh dan diminum airnya mampu mengubati sesak nafas, menurunkan tekanan darah dan menghilangkan gatal kulit.
Manakala ramuan daun delima, halia dan isi buah delima yang dilumatkan dan diperah airnya kemudian diminum dapat melegakan demam. Untuk yang sakit tekak pula, bunga delima yang direbus dan diminum airnya boleh meredakannya.
Kulit dan isi buah delima yang dikisar mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing dan meredakan cirit birit termasuk cirit yang kronik dan berdarah serta digunakan untuk mengubati buasir, bengkak usus, sakit dalam perut, membuang angin dan menguatkan usus.
Untuk masalah keputihan yang sering menghantui golongan wanita, Kulit biji delima yang telah dikeringkan kemudian direbus dan dibancuh dengan air suam serta sedikit perahan limau nipis boleh merawat penyakit ini.
Jika ingin melangsingkan badan pula, ambil sedikit biji delima, tumbuk dan campur dengan air suam serta secubit garam.Tapis dan minum airnya setiap pagi selama seminggu.
Sekiranya ada ahli keluarga atau kita sendiri ditumbuhi bisul atau bengkak, asah kulit buah delima dan campur dengan lendir lidah buaya dan sapu pada kulit yang sakit...SUMBERisi delima yang merah
Seeloknya di rumah kita perlu ada sebatang dua pokok delima..
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Inilah rupa pokok delima.
~ .KISAH AMING GI SEJID.~
Segarkan ROHANI...
Wahai Lelaki..
Hargailah isteri anda.....
Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..
✿CINTA SELEPAS NIKAH (1)..✿~
2010 sewaktu di Tanah Suci, rakan sebilik membeli beberapa biji delima.. Subhanallah , delima di sana saiznya lebih besar dari yang saya temui di sini.. Sungguh bagai di kata 'merah bak delima' lihat sahaja isinya..
Saya ingin berkongsi dengan pembaca khasiat dan fakta berkaitan delima.Dikatakan khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
Buah delima atau dalam bahasa Arab ar-rumman disebut tiga kali dalam Al-Quran. Pokok delima antara pokok yang ada di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Keunggulannya ialah susunan dalamannya...Maha Suci ALLAH yang mencipta. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99Antara Khasiat buah Delima.
- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat ‘sinus’
- Meningkatkan tenaga
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
- Antioksida yang tinggi
- Menstabilkan paras kolesterol
- Mencegah penyakit jantung
- Mencegah penyakit barah
- Merangsang tenaga batin ~ SUMBER
Daun delima yang direbus bersama daun teh dan diminum airnya mampu mengubati sesak nafas, menurunkan tekanan darah dan menghilangkan gatal kulit.
Manakala ramuan daun delima, halia dan isi buah delima yang dilumatkan dan diperah airnya kemudian diminum dapat melegakan demam. Untuk yang sakit tekak pula, bunga delima yang direbus dan diminum airnya boleh meredakannya.
Kulit dan isi buah delima yang dikisar mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing dan meredakan cirit birit termasuk cirit yang kronik dan berdarah serta digunakan untuk mengubati buasir, bengkak usus, sakit dalam perut, membuang angin dan menguatkan usus.
Untuk masalah keputihan yang sering menghantui golongan wanita, Kulit biji delima yang telah dikeringkan kemudian direbus dan dibancuh dengan air suam serta sedikit perahan limau nipis boleh merawat penyakit ini.
Jika ingin melangsingkan badan pula, ambil sedikit biji delima, tumbuk dan campur dengan air suam serta secubit garam.Tapis dan minum airnya setiap pagi selama seminggu.
Sekiranya ada ahli keluarga atau kita sendiri ditumbuhi bisul atau bengkak, asah kulit buah delima dan campur dengan lendir lidah buaya dan sapu pada kulit yang sakit...SUMBER
Pendek kata delima memang sangat berkhasiat...Jika kita lihat pada khasiat buah delima, banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya.
Seeloknya di rumah kita perlu ada sebatang dua pokok delima..
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Inilah rupa pokok delima.
~ .KISAH AMING GI SEJID.~
Segarkan ROHANI...
Wahai Lelaki..
Hargailah isteri anda.....
Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..
✿CINTA SELEPAS NIKAH (1)..✿~
Ulasan
mekasih singgah blog saya orang jengka, saya orang jerantut ;)