Air Mata Tertumpah di Sini..
Seronok pulak saat mendengar berita sahabat-sahabat yang pergi melakukan ibadat umrah dalam tempoh terdekat ni..Iringan doa buat kalian moga dipermudahkan..Pada yang telah kembali ke tanah air, harapannya moga umrah kalian ,umrah yang MABRUR.. Lebih-lebih lagi kepada abang ipar, Abang Teh yang berangkat April ini.Semoga dapat merebut peluang untuk beribadah sebanyak dan sebaik mungkin.. * Tips apabila kita berada di dalam Raudhah * Kalau kita hendak dapat lama berdoa di Raudhah, kita berdoa semasa sedang sujud solat sunat Yang dilakukan. Ini ada ... lah supaya, penjaga Arab yang menjaga disitu tidak meminta kita keluar. Kalau kita menadah tangan dan berdoa, kita tak dapat lama untuk berdoa. Pasti kita akan diminta keluar dengan cepat sebab ada kumpulan negara lain pula yang hendak masuk. Kalau orang lelaki memang mewah untuk mengerjakan solat-solat sunat yang lain di raudhah. Itulah bezanya. Pemandangan di dalam Raudhah sangat cantik, lampu-lampu banyak dihiasi dengan ayat Qu...