Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi

Buat Anak2 Tahun 6...

Imej
Assalam.. Esok keputusan UPSR keluar. Kalau keputusan bagus.Alhamdulillah. Kalau keputusan kurang bagus.Alhamdulillah. Tiada istilah keputusan TAK BAGUS.Anda dah berusaha. Jadi keputusannya hanya bagus atau kurang bagus.Jangan risau. Banyak lagi tangga yang anda perlu tempuhi. Baru satu tangga.Kalau kita jatuh di tangga ini, akan ada selepas ini tangga yang menanti untuk anda naiki.perbaiki.betulkan diri. Kalau anda berjaya dalam tangga ini, jangan bongkak, riyak dan takbur pulak.. Sebab belum tentu tangga yang selepas ini bisa kau naiki.. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Lidi Panjang VS Lidi Pendek

Imej
Pada segengam lidi, ada yang panjang dan ada pendek. Yang panjang biasanya akan terpaksa menyentuh sampah setiap kali disapu. Apatah lagi jika ia berada dibahagian luar dari ikatan. Maka yang untung tentulah lidi pendek yang berada di bahagian dalam ikatan pula. Kalau difikir baik buang saja yang pendek dan berada di dalam pulak. Tahukah anda bahawa lidi pendek bukan diguna untuk menyapu sampah, sebaliknya ia untuk menguatkan ikatan lidi keseluruhannya. Andai semua lidi kecil dibuang, ia akan melonggarkan ikatan lidi seluruhnya. Begitulah dalam jamaah. Kita saling berperanan dalam kemampuan masing- masing. Fikir dan senyum....... Kerana anda pernah membuang lidi lidi kecil ini. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah...

Alkisah Seekor Tikus dan Sahabat-sahabatnya...

Imej
Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan… “Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan. Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus! Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!” Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.” Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus. “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus. Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain...

Pakcik Bawa Bot VS Profesor

Imej
Seorang profesor menaiki boat seorang pak cik ke sebuah kampung di pedalaman... prof       : pak cik pandai membaca tak? pakcik  : maaf la nak, pak cik tak pandai...              membaca prof      : rugi! pak cik dah hilang separuh             kehidupan sebab tak pandai membaca. prof     : pakcik pandai menulis tak? pakcik : maaf la nak, pak cik tak pandai menulis. prof    : rugi! pak cik dah hilang separuh             kehidupan. pakcik :(pandang atas sambil berfikir) tadi separuh ini separuh maknaya aku dah tak ada             kehidupan lah sekarang tapi aku masih boleh bawa boat ni... Kemudian boat pun bocor, air melimpah masuk kedalam dan hampir tenggelam... pakcik : prof pandai berenang ...

Mengapalah Allah Cipta Nyamuk?

Imej
  Apalah fungsi nyamuk kepada dunia ini? Cantik ciptaan Allah ini, pandai terbang tapi mengacau... mengapa diciptanya? Tahukah berapa ramaikah yang mendapat rezeki kehidupan kerana adanya nyamuk di dunia? Disebabkan ada nyamuk, ada kilang ubat nyamuk, adanya syarikat spray nyamuk dan sebagainya.... Berapa orang yang dapat kerja kerana nyamuk kekal di dunia ini? Disebabkan kita tidak tahu hikmahnya, jangan pula kita kata ciptaan Allah sia-sia. Sesuatu itu mungkin mengganggu, mungkin haram untuk orang Islam, tapi jangan pandang hina dan pertikaikan Allah dan kebijaksanaan ciptaanya. Begitu juga apa yang terjadi, lihat ke belakang samada disebabkan dosa yang kita lakukan, kemudian jalan ke depan dengan bertaqwa pada Allah - hikmah-Nya akan muncul jua. Setiap perkara yang Allah lakukan mesti bersebab dan tidak sia-sia. Jangan sangsi, dan sangka buruk sama sekali. Percaya pada Allah. RILEKS SEKEJAP:  Petua halau nyamuk. Apabila tidur pakai kelambu, nyamuk memang ...

Siapa Kata Allah Tidak Sayang Kita?

Imej
Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan,  ketawa tanpa kesedihan,  matahari tanpa hari hujan. Tetapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari,  ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan. Siapa kata Allah tidak sayang kita? Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga. Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit. Setelah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat. Itu bukti kesayangan Allah pada kita. Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut. Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat. *Peringatn untuk diri ini.. Senyum. ~Auto Publish~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya sa...

Kupasan n3 Cari Kesilapannya..?

Imej
Sudah dapat mengesan kesilapan yang ada dalam n3   'Cari Kesilapannya.'. ?  <-- Sila pecek sini bagi yang ingin mengetahui persoalannya.   Lihat ayat di bawah ini... Terdepat 'tiga' kesilapan ejaan di dolam ayat ini. Tentu anda tertanya-tanya ..mana kesilapan ejaan yang ketiga di dalam ayat di atas...Cuma dua sahaja yang ada dan memang jelas pada pandangan mata.. Dan ini pula adalah jawapan dan kupasan yang tersirat disebalik persoalan yang berlegar di minda dalam mencari kesilapan yang ada pada ayat  berkaitan.. Banyak perkara di dunia ini yang Allah jadikan secara terang-terangan untuk dipelajari manusia . Yang mana hati, mata dan minda boleh mengesannya dengan cepat seperti kesilapan pada "Terdepat" dan "dolam" pada ayat di atas. Mana kala ada sesetengah perkara pula Allah ajar kita ia hanya boleh difahami apabila kita mencapai kematangan tertentu, melihat sesuatu perkara daripada sudut yang lain, membuka minda dan mata kita ...

Alkisah Seorang Penjual…

Imej
Ali seorang yang penjual yang tekun… beliau menjual alat-alat pendidikan kanak-kanak. Setiap hari beliau berdoa agar dilancarkan urusan hariannya dipermudahkan Allah, diharap mudah dijual dan selamat dalam perjalanan. Setiap pagi, Ali perlu melalui berpuluh km untuk menyelesaikan tugasnya. Pemanduannya cukup dijaga kerana jalan yang dilaluinya banyak roadblock polis setiap hari untuk mengelakkan saman trafik. Pelanggan Ali pula tidak menentu – ada yang ok, ada yang cerewet, malah ada yang ‘membuli’ beliau. Dengan keyakinan bahawa doa beliau akan dimakbulkan, Ali menekadkan semangat dan terus tekun bekerja mencari rezeki. Namun, setelah setengah tahun mencuba, prestasi jualan Ali tidak baik. Ada bulan yang prestasi jualannya jatuh merudum, Ali merungut bertanya mengapa Allah tidak membantu menguruskan urusan sehariannya. Ali bertanya mengapa Allah tidak membantunya sedangkan beliau tekun setiap hari berulang-alik sana sini untuk menjual barangannya. Ali seorang yang menjag...

Pembancuh Simen, Syiling dan Batu..

Imej
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras palin...

Wanita Tua Cina Dengan Pasu Retak

Imej
Kisah Pasu Yang Retak Cuba hayati kisah ini...Ada kelebihan yang tersirat disebalik kekurangan dan kelemahan kita... Makanya jangan mudah berasa rendah diri dan jauh hati dengan kekurangan itu.... Seorang wanita tua Cina mempunyai 2 bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya. Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual de...

DIA Sedang Mengajar Kita Erti REDHA.."

Imej
Suatu ketika dulu... Allah pernah datangkan beberapa orang yang membuatkan air mata perempuan yang keras hati ini saya jatuh berderai.. Rupa-rupanya hati saya ini belum cukup begitu keras dan kuat dalam menerima kata2 nista dan fitnah yang dilemparkan... Tapi akhirnya bila saya fikir-fikirkan kembali kata2 di bawah ni... "Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata... ALLAH sedang mendidik kita tentang sifat sabar... Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'... Lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi 'musabbabil asbab'... Jika kau disakiti...fahamilah.. DIA sedang mengajar kita erti REDHA.." Ada kebenarannya... dan akhirnya saya menjadi 'tidak kisah' apa yang ingin orang katakan tentang kita saya... lebih-lebih lagi jika apa yang diperkatakan itu bukan satu kebenaran... ...Alhamdulillah...! p/s: sebenarnya saya bukan lah ingin bercerita tentang kisah pahit itu... Lagi pun saya bukan manusia sempurna dan tak akan ada kesempurnaanny...

Kenapa Senyum Itu Sedekah...

Imej
Tahu tak , kenapa senyum tu sedekah...? Saat kita tersenyum air liur bertukar bentuk mejadi nilai yang baik..Apabila menelan air liur waktu tersenyum , ia akan membawa rasa riang, positif dan gembira. Orang yang melihat kita tersenyum, air liur mereka juga berubah menjadi nilai yang baik. Maka bila ditelannya , tanpa disedari dia turut berasa riang, positif dan gembira. Proses ini berlaku amat cepat, kerana kita tidak perasan pun waktu bila air liur ditelan... Dan ia berlaku sepanjang masa..Maka disebabkan itulah 'Senyuman Itu satu SEDEKAH yang baik'.. Dengannya kita telah menyebabkan orang sekeliling menjadi riang gembira dikala kita juga turut riang dan gembira.. Sekarang, cuba pejamkan mata....Bayangkan seseorang sedang memberi senyuman kepada kita... Aapa yang kita rasa..????? Renung-renungkan lah...Senyum selalu.. ( ✿ ◠ ‿ ◠) Diolah dari Sumber Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Menghadapi Susah Hati "Apa Yang Istimewa Tentang Pensel ni ?" Lawan lah Rasa Marah...

Menghadapi Susah Hati

Imej
Fakta mengenai Susah Hati * Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam.Namu ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah. * Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula..? * Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan mencapai keuntungan. * Kita dimarahi ditempat kerja.Kita menjadi marah, kecewa dan putus asa. Adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik...? * Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin. Kita menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan.dengan bersusah hati, adakah kita akan menjadi kaya..? * Ada yang terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh musuh. Sedarkan dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri. * Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajat dan ...

Ada Masa Kita Senang Ada Masa Kita Susah

Imej
ASSALAMUALAIKUM... Di dunia ini, segala kebaikan ada kemungkarannya. Di sebalik nikmat ada azab. Di sebalik gembira ada susah. Di sebalik susah ada senang. Semuanya berpasangan. Hujan dengan panas. Siang dengan malam. Allah buat dunia ini seimbang dan segalanya dalam gelombang. Ada masa kita seronok, ada masa kita sedih. Ada masa kita ada duit, ada masa kita kering. Ada masa kita senang, ada masa kita susah. Contohnya..., bila bawa kereta dengan anak-anak di belakang kereta, ia merupakan satu gelombang juga. Bila aktif, mereka riang bermain, lepas itu berkelahi, lepas itu ditegur semua senyap, lepas itu mereka tidur, bangun cari makan, bertenaga kembali ....Kemudian bermain dan berkelahi semula... Jadi setkan di minda kita, semuanya dalam bentuk gelombang. Bila tinggi ingat masa rendah. Bila masa rendah, usah rasa tersepit, ia sementara saja.. kerana Allah buat semua ini dalam bentuk gelombang, Selepas susah, senang pasti datang. Dengan ini, kita akan tersenyum dengan lebih mudah. S...

"Apa Yang Istimewa Tentang Pensel ni ?"

Imej
Pernah seorang anak lelaki bertanya kpd ibunya yg sedang menulis. "Apa ibu sedang tulis ? Ibu menulis tentang siapa ? Atau pengalaman ibu ?" "Ibu menulis tentang diri kamu, tp ada yg lebih penting drpd itu iaitu PENSEL ni." "apa yg istimewa tentang Pensel ni ?" tanya si anak. "Ibu berharap hidupmu adalah spt Pensel ... ni. Walaupun sebatang Pensel, ada 5 Nilai yg boleh kita pelajari drpdnya. Mahu tahu ?" "Ya, ibu." 1. Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dlm hidup ini. Jgn lupa, ibarat Pensel, ada tangan yg memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya. 2. Ketika menulis, Pensel kerap menjadi tumpu. Ibu terpaksa berhenti utk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dlm hidup kamu. Kamu mesti berani menemp...

RM 100 & RM1.00

Imej
Sama-sama dibuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Sama-sama keluar dan berpisah dari Bank dan beredar ke tangan masyarakat. 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan antara ke duanya. RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan b au busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet" Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tida...

Lawan lah Rasa Marah Itu..

Imej
Sekiranya kita berasa marah dengan seorang sahabat.... Ucaplah dalam hati.. Wahai sahabatku...Saya mengasihimu kerana Allah. Semoga Allah memperbaiki kelelamahan mu.. Nescaya air liur penawar akan dihasilkan, dan apabila ditelan tanpa sedar, kemarahan akan berkurangan. ~SeNyUmLaH~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

pUTARAN hIDUP...

Imej
Ketika burung hidup, ia makan semut dan ketika burung mati, semut makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman, siklus kehidupan terus berlanjut. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup. Akan tetapi kita harus menunjukkan penghargaan pada orang lain. Bukan kerana SIAPA mereka .. tetapi kerana siapakah diri kita sendiri .. ....... Aku Membacanya Dengan Air Mata.... Buah Tangan Untuk PEROKOK.. Tingkat 60 Tentang keutamaan Ramadhan POHON ANEH.....???? TAHUKAH ANDA...?

...Segenggam Garam...

Imej
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung. “Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Kemana perginya wajah bersyukurmu?” Sang Guru bertanya. “Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda. Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.” Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta. “Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru.”Setelah itu coba kau minum airnya sedikit.” Si murid pun melakukannya.Wajahnya kini meringis karena meminum air masin. “Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru. “Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. Sang Guru terkekeh-k...

Cara Berfikir Orang Berjaya

Imej
Teringat saya kepada sebuah kisah popular tentang keluarga seekor kura-kura. Suatu hari Mereka pergi ke taman untuk berkelah sekeluarga. Apabila si ibu mengeluarkan makanan, mereka dapati makanan yang terhidang itu kekurangan garam. Lalu salah seorang daripada anak mereka, diminta untuk pergi mendapatkan garam. “Saya tidak mahu. Nanti semasa saya tiada, kalian akan habiskan semua makanan” kata si anak. “Tidak. Mana mungkin. Kami akan tetap menunggu” jawab si ibu. “Betul. Lagi pun tidak enak makan tanpa garam. Pergilah!” pinta si ayah. “Adik janji, adik tak usik makanan itu sampai abang pulang!” ikrar si kecil. Setelah puas dipujuk, akhirnya kura-kura itu bersetuju. Dengan hati yang berbelah bagi, beliau pergi mencari garam. 10 minit. 20 minit. 1 jam. 2 jam. Kura-kura itu tidak pulang. Keluarganya sudah amat kelaparan. Mereka hairan mengapa sukar benar hendak mendapatkan garam. Dek rasa lapar yang bersangatan, akhirnya si bapa mencubit makanan yang terhidang, demikian j...