Mufti Saudi Menangis apabila.......


Mufti Saudi menangis semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"
(Ini versi yang saya perolehi dari FB)

Tapi menurut seorang hamba Allah (Abu Yusra) ....
video Syeikh Al Fauzan yang sedang menitiskan airmata ini bukanlah berkaitan dengan soalan seperti yag digambarkan di atas sebaliknya ia berkaitan masalah zat Allah yang ditulis oleh seorang wanita.

Untuk lebih jelas sila buat perbandingan gambar dia atas adalah sama situasinya pada minit 1:03
dalam video di bawah ini..Dan video ini tiada kena mengena dengan masalah Iftar atau sahur.


http://youtu.be/Rk7EMsOtCtw


Saya mengandaikan mungkin ada terjadi soal jawab sehingga menimbulkan persoalan seperti di atas , tetapi mungkin penggunaan gambar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar...Wallahualam..

Cuma apa yang ingin di high light di sini betapa dhaifnya saudara2 kita di somalia...
Betapa sukarnya mereka mendapatkan bekalan makanan ketika menjalani ibadah puasa, sehingga mereka tidak mampu berbuka dan bersahur berbanding kita di sini.... Kita yang diberi limpahan rezeki jangan pula bersikap takbur pada makanan..Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika menyediakan juadah berbuka puasa sehingga berlaku pembaziran..
(Kenyataan ini sebenarnya lebih ditujukan kepada diri pemilik blog..)

Terima kasih pada yang sudi membetulkan keadaan..
Moga Allah merahmati Kamu, saya dan kita semua...

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Ruse Sulaiman berkata…
Saya pun sedih dgr soalan mcm tu. Lama sungguh penderitaan rakyat Somalia ni.
Jahirah berkata…
sebak pula baca soalan macam tu.kita ni makanan mmg berlebihan...
Umialya berkata…
Alhamdulillah 5 hari berpuasa belum ader pembaziran lagi, selalu ingatkan diri sendiri, masak untuk sekali makanw/pun banyak jenis lauk (mklm ahli ramai, selera makan berbeza)

belum jenguk Param lg, tak tau selama mana dapat kuatkan hati
umiawadah berkata…
terbayang penderitaan mereka...sedih rasanya...
Abu yusra berkata…
Benarkah perkhabaran ini...
Walaupun matlamat gambar & khabar ini sangat mulia, namun, sebagai seorang mukmin, kita diperintahkan untuk bersifat "tabayyun" - memastikan khabar yang diterima.

Sila tonton video ini dan situasi Syeikh Al Fauzan diatas adalah sama pada minit 1:03
Dan video ini tiada kena mengena dengan masalah Iftar atau sahur tetapi masalah zat Allah yang ditulis oleh seorang wanita.

http://youtu.be/Rk7EMsOtCtw
insan_marhaen berkata…
terima kasih atas teguran....belum meneliti lagi video yang dimaksudkan... akn menontonnya kemudian dan jika benar ia suatu kesilapan , saya akan edit kembali entri di atas supaya tidak berkait lagi dengan video yang di maksudkan..Terima kasih..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...