Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin


Cuba kita bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Kita mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Begitu juga halnya jika kita tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan.Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita menyebabkan kita tak boleh menghirup oksigen yang diperlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin. ~SUMBER~

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Kak iman berkata…
tapi kak iman xley xd kipas tala kt iman...sesak nafas la.melaenkan sejuk bebno la..mknyer pah nh iman kena elakkanla
Jahirah berkata…
baru tahu...kalau kipas atas tu pun sama ke?panas2 ni mmg dok bawah kipas bersantai.
Unknown berkata…
alamakkk.. sy suka tido dpn kipas.. thanks for sharing..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...