Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Abah

KeHilangan demi Kehilangan

Imej
Berdepan dengan kehilangan demi kehilangan...... Bermula dengan perginya abah 13 tahun lalu....Hampir setahun Hospital menjadi rumah pertama abah..Berulang alik dari Jengka ke HKL atau kadang2 di Hospital Mentakab ketika itu adalah mainan bagi saya dan Ina..Pergi pagi, balik malam..Pergi petang balik esokan harinya..Tidur di kaki lima HKL..?? hehe..pernah dengan De..Tidur dalam kereta di stesen minyak, juga pernah bersama Jefri dan juga Ina yang sarat mengandung sulungketika itu..Tapi kami tak kesah.. Hari Isnin malam selasa.tanggal 8 Februari 1999...Saat Izrail menarik Roh abah keluar dari jasadnya..sangat tenang abah... Dikelilingi anak2 dan emak..juga jiran tetangga yang ramai..Abah telah bersedia kiamkan sendiri tangannya...Jari telunjuk abah dalam keadaan seperti ketika membaca tahiyat...Itulah kali pertama melihat sakaratulmaut ... Dihadapan mereka saya cuba bertahan...jiwa bagaikan sepi seketika... Untuk beberapa bulan menangisi abah secara sembunyi2....pernah terasa dir...

Hasrat Yang Tak Tertunai...

Imej
"Kak Tam ......" aku menunggu kata-kata seterus dari bibir lesu seorang abah.. Barangkali abah ingin meluahkan sesuatu.. " Langsungkan la kenduri sementara abah ada" kata abah penuh pengharapan , di suatu petang sewaktu kami berdua duduk dibirai katil tempat pembaringannya.. sambil itu aku mengurut-ngurut belakangnya.. Lemah dan perlahan suara abah sudah cukup menunjukkan deritanya abah bertarung dengan kesakitan.. Aku...... sekadar diam seribu bahasa di sebelah abah... Waktu itu aku baru 2 bulan lebih melangsungkan pertunangan... Aku pandang abah ... jauh abah merenung ke hadapan... Abah.... sedihnya hati, andai aku tak mampu menunaikan permintaan abah.... Tapi sejujurnya aku sangat malu... malu untuk memohon agar majlis perkahwinan ini di segerakan... Harapan abah itu aku pendamkan begitu sahaja... Tidak ku khabarkan pada sesiapa .. Hanya aku dan abah ..... Aku kebimbangan sendirian... 'Ya Allah berilah peluag untuk abah melihat majlis pernikahan terakhir d...

Bingkisan Untuk Abah

Imej
Sempena Hari Bapa yang jatuh pada tanggal 19 Jun 2011, sedetik saya ingin mengenang insan yang menghadirkan saya ke dunia yang fana ini.. Sesungguhnya rindu saya padanya tak pernah padam buat seseorang yang saya panggil Abah. Abah... Mengenang abah dalam watak lelaki yang begitu tegas..Abah juga menjadi tempat rujukan penduduk setempat dan dihormati....Abah jadi tempat jiran-jiran minta pandangan dan nasihat.Abah memang selalu tolong orang...Sebab tu rezeki abah murah..Rumah kami pula selalu didatangi orang jauh dan dekat..Adakalanya yang datang tu kami tak kenal pun.. ...Kadang-kadang orang datang minta abah tolong buatkan solat hajat, kadang-kadang minta tolong tawarkan air untuk anak demam atau apa-apa saja....Tapi abah bukan bomoh...Abah pernah pergi Haji.., jadi bila ada jiran yang hendak ke Makkah mereka akan datang belajar dengan abah...Abah juga ajar budak-budak mengaji ...