Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips dan Petua

Jom Timbang Berat Blog

Imej
....Berat maksimum yang sesuai untuk blog adalah 100KB ... Blog yang terlalu berat loadingnya agak perlahan, kebarangkalian untuk ditinggalkan begitu saja oleh pengunjung amat besar. Jadi jom kita timbang berat masing-masing di bawah ni.. Bersedia...???? Boleh mula menimbang sekarang... Masukkan url blog dan klik check !.. Klik gambar untuk besarkan imej Untuk menimbang anda boleh klik gambar penimbang... TIMBAAAANG....!!! Macamana..? Obes ke blog anda... Tahniah kepada yang mendapat berat yang ideal.. Untuk yang obes fikir2kan cara untuk mengurangkan berat blog masing2.. Blog saya awal kemunculannya memang obes..Tetapi sekarang sudah sedikit slim walau pun beratnya masih melebihi paras 100KB...Susah tak sahabat2 nak buka blog saya...?????? p/s: Terima kasih pada ALQASSAM kerana beliau telah menyedarkan saya betapa obesnya blog KMRI satu ketika dulu..

Membina Jati Diri..

Imej
Jati Diri , sepotong rangkaikata yang sering terungkap dan meniti di bibir kita dewasa ini.. Apa itu Jati Diri..? Mengikut kamus Dewan Jilid ke 4, jati membawa maksud sejati, asli, murni tulen atau tidak bercampur. 'Diri' pula bermaksud batang tubuh atau orang perseorangan yang mempunyai badan. Maka, 'Jati Diri' adalah sifat keperibadian atau ciri yang unik,utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Melihat kepada genarasi hari ini yang seakan-akan telah hilang jati diri kerana pegangan agama yang begitu longgar.Lihat sahaja dalam pergaulan seharian, bahasa percakapan, kehidupan yang bergelumang dengan maksiat malah gejala sosial yang kian hari makin berlambak . Bagaimana membina Jati Diri...? Keyakinan yang tinggi ~tidak mudah terpengaruh ~berwawasan dan berpandangan jauh ~idea kritis ~bersedia menerima sesuatu dalam sebarang keadaan ~sentiasa tunaikan kewa...

Petua Nak Pilih Kawan...Baca Sini..!

Imej
Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.. Pertama : PILIH kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati. Kedua : PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.. Ketiga : PILIH kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat. Keempat : PILIH kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah. Kelima : PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa. "SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKUR...

Ada Masalah Nak Tenangkan Hati..? Teliti petua Dr.FK ni...

Imej
Anda stres..???? Ada kalanya bila stres kita akan melakukan pelbagai perkara untuk mengurang dan melarikan diri dari perasaan tersebut...Kadang ada yang cuba menenangkan hati dengan mendengar lagu2, tak kurang juga yang 'menikmati' rokok hingga berbatang..batang..batang..dan batang...Paling tidak berakhlak dan tidak bermoral ada yang meneguk air 'kencing syaitan'..Huh..! Betul ke cara yang dipilih tu..? "Stres bukan untuk dihapus , tetapi untuk diurus . Dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres . Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan , ia akan menyebabkan pelbagai masalah" ~Solusi ISU No 39~ Ni nak kongsi lagi dengan pembaca..Cuba baca, fahami dan hayati..Bukan sekadar baca dan baca sahaja.

Isteri Mengandung...! Ooo.. Suami pun Kena Ada ADAB ye...

Imej
Assalamualaikum... Tahukah suami... betapa sukarnya seorang isteri ketika berada di sepanjang proses kehamilan.. Kadang2 terdapat segelintir isteri yang mengalami alahan yang agak teruk ... Kerana itu suami perlu menghargai isterinya ... Tetapi ada berita gembira untuk wanita di atas 'kesusahan' ini, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk ber ....anak? Bahan bacaan ini ingin saya khususkan untuk LELAKI.. yang rasanya boleh dimanfaatkan sebagai tambahan ilmu rumah tangga... untuk para lelaki yang bergelar suami dan bakal2 suami di luar sana anda perlu tahu ini... Lelaki seharusnya mengetahui adab-adab terhadap seorang isteri, bila mana isterinya sedang mengandung.. Selain isteri yang juga perlu menjaga adab-adab ketika diri mereka sedang hamil.. Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri san...