Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerita Dongeng Dahulu Kala

Ummi Ceritakan Pada Saya Kisah Semut dan Burung Punai

Imej
Ummi2, ibu2, mama2, meh ajak anak-anak dengar cerita meh... Pada suatu hari dalam musim panas, seekor semut telah pergi ke tebing sungai untuk meminum air tetapi nasib tidak menyebelahinya. Semut itu telah terjatuh ke dalam sungai dan tidak berupaya untuk naik semula ke tebing. Semut itu terkapai-kapai di permukaan air sambil berteriak meminta tolong. "Tolong! Tolong!" teriak semut itu yang semakin lemah kerana tertelan air sungai. Seekor burung punai yang sedang mencari makanan di situ ternampak semut itu terjatuh dan sedar yang semut itu akan mati lemas jika tidak diberikan bantuan. "Kasihan semut itu. Saya mesti menolongnya tetapi bagaimana?" fikir burung punai di dalam hatinya. Setelah berfikir sejenak, burung punai itu pun mendapat akal. "Ah, semut itu pasti memerlukan sesuatu untuk berpaut. Saya akan campakkan sehelai daun ke dalam air, mungkin semut itu dapat menaikinya dan menjadikan ...