Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info

UNIK...BATU RUPA KEK LAPIS..

Imej
Pemandangan yang begitu unik. Ini adalah pemandangan kawasan  bukit batu di Utah, Arizon, Amerika Syarikat yang kelihatan seperti kek lapis, coklat. Menurut kajian Batuan ini dipercayai terbentuk kira-kira hampir 190 juta tahun lalu dan saling bertindih di antara satu sama lain. Kini ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik di sana... Masha ALLAH....Cantik mata memandang...Siapa sangka, di atas muka bumi ini ada kawasan bukit batu yang kelihatan seperti kek lapis...Hebat ALLAH kan... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

n3 Merungkai Persoalan...

Imej
Assalam.... Ramai kengkawan yang inginkan kepastian, bonggol apakah sebenarnya yang terdapat di atas Kubah Masjid Nabawi seperti dalam n3 saya di SINI .. Saya menbuat sedikit penyelidikan  berkaitan perkara itu... Dan inilah hasil yang saya temui untuk dikongsi bersama...Sumbernya saya dapati di SINI Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi "Janganlah kita menjaja lagi pendapat-pendapat yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita-cerita masyarakat di persekitaran Madinah Al-Munawwarah. Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela atau pun tutupan kubah yang akan dibuka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid...

'Misteri' Kubah Hijau Masjid Nabawi....

Imej
Kubah Hijau.. Nampak tak ada bonggol di atas kubah ini? Anak panah menunjukkan bonggolan yang terdapat di atas kubah hijau Masjid Nabawi.. Kalau anda pernah terbaca di internet ada satu cerita yg mengatakan itu adalah kubur seseorang lelaki anyg dipanah petir kerana ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik...Dikatakan mayat lelaki tersebut tidak dapat dibawa turun lalu dikambus dan dikuburkan di situ... Sebenarnya itu adalah satu cerita rekaan dan karut yang digembar gemburkan oleh orang Yahudi.. Itulah maklumat yang diterima daripada pembimbing kami, Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman atau dikenali Abu Anas Madani ...Saya juga pernah bertanyakan hal ini kepada seorang mutawif wanita sewaktu kami dalam perjalanan ke Raudhah..Beliau turut mengatakan itu adalah tidak benar.. Pekerja2 masjid Nabawi, BinLaden group , mereka turut mengatakan itu bukan lah sebuah kubur.... Jadi selepas ini andai anda ada terbaca kisah seperti yang saya nyatakan maka jangan lah mempercayainy...

Menariknya De Rhu Beach Resort

Imej
De Rhu Beach Resort terletak dalam Mukim Sungai Karang Balok,  Kuantan. Kedudukannya  di tepi pantai... Sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam dan hamparan laut yang luas terbentang.   Anak2 kegembiraan dapat bercanda sambil disapa angin dingin waktu petang Laut China Selatan.. Sambil menyusur di gigi pantai berpegangan tangan bersama Kekasih Halal... (✿◠‿◠) ... Alangkah seronoknya meluangkan masa sepetang di laut De Rhu Beach Resort. Pandanglah laut...tetapi bukan dengan pandangan kosong...Meneliti kebesaran Maha Pencipta tentu akan terdetik keinsafan betapa diri kita ini sangat kerdil... Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".(Riwayat Abu Daud). Seronok dapat melihat anak2 kegembiraan bermai...

Bangunan Pelik

Imej
Assalamualaikum..Cer tengok bangunan2 kat bawah ni..Pelik tak... Bukan nak kagum dengan ciptaan manusia...apalah sangat berbanding ciptaan ALLAH kan... Cuma nak kongsi cerita dan gambar dengan yang sudi siggah sini... Cubic house from Rotterdamn, Netherlands   Bangunan ini dinamakan rumah berdansa atau "Dancing House". Direka oleh arkitek kelahiran Kroasia, Vlado Milunic bekerjasama dengan arkitek dari Kanada Frank Gehry. Pada a salnya bangunan ini dinamakan 'Fred and Ginger' , dan berada di antara gedung Neo-Baroque, Neo-Gothic dan Art Nouveau yang sangat terkenal di Prague. Bangunan berbentuk piano ini dibina di An Hui,China. Di sisi piano itu pula terdapat bangunan berbentuk biola yang sebenarnya merupakan bahagian eskalator bangunan ini. Bangunan ini dibina sebagai usaha untuk mengembangkan potensi budaya di daerah tersebut. The Urban Cactus, Netherlands. The Basket Building, United States Stone House in Portugal p/s:...

Buah Tarap ????

Imej
Banyak sungguh nikmat Allah berikan pada hambaNya..Hingga ada ketika banyak perkara yang kita tak mampu tahu semuanya...Begitu terbatasnya akal kita.... Saya baru tahu ada buah ni....Buah Tarap..! Pernah dengar tak..Orang lain mungkin ada yang pernah mengenali dan menikmati buah ini..Bagi orang Sabah tentu biasa dengan buah ini. Rasanya manis dan lemak..Sedap...! Itu info yang saya perolehi dari pembacaan..Kalau nak rasa mungkin harus ke Sabah kot..Di Semenanjung ni ada ke.... ?  Sekali pandang nampak macam buah nangka, cuma ia lebih kecil, warna putih & kulitnya yg mempunyai 'bulu2' agak kasar & rapat2... daunnya lebar & bebulu. Pokoknya bergetah, tinggi dan saiz buah, ada yang sebesar penumbuk atau (spesies hutan) ada juga sebesar kepala manusia... Di Sabah, pokok ini memang boleh kelihatan di mana2, tepi2 jalanraya, kebun, di halaman2 rumah... Pada musimnya, ia banyak dijual dgn harga kurang drpd rm4 sebiji..Bila masak, ia tidak boleh disimpan lama ker...

Jom Audit Prestasi Diri..

Imej
Kadang-kadang kita tak pernah perasan pun akan kelemahan diri kita... Moh kita audit diri untuk mengesan kelemahan dan puncanya. Sama-sama muhasabah dan perbaiki kelemahan.Sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Apa tunggu lagi...Jom, sama-sama kita lakukan audit prestasi diri! PANDUAN: Penyataan di bawah berkaitan tanggapan anda tentang usaha mendidik diri. Nilai tahap usaha anda, berdasarkan skala berikut: 1. Tidak berkaitan langsung 2. Kurang berkaitan 3. Lebih kurang 4. Agak berkaitan 5. Sangat berkaitan SOALAN: 1-Saya sentiasa berasa bersyukur dan teringat bahawa setiap perkara yang diperolehi nikmat Allah.[___] 2-Saya tidak keberatan untuk menolong apabila ada orang memerlukan bantuan.[___] 3-Setiap perkara yang akan dilakukan, saya sentiasa ikhlaskan niat kerana Allah.[___] 4-Saya sentiasa memohon ampun dan taubat kepada Allah.[___] 5-Setiap kali berlaku perkara yang tidak diingini, saya sentiasa mengingatkan diri ...

Hikmah 10 jari tangan dan kaki yang ada pada manusia

Imej
Telah beberapa hari membiarkan laman ini tanpa catatan baru... Nak kata beraya sakan tidak juga... Cuma tak berkesempatan mengadap lappy dan mood menulis belum kembali.. Jadi hari ni info yang ada ini pun saya copy paste dari FB... Jom Layaaaaan... ************************* Setiap manusia mempunyai 5 jari.... Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia. Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan.. Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. 1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlahdaripada rebungnya' Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. 2. Jari ke-2 iaitu jari mani...

Cuba Lihat...! Beruntungnya Mereka Punya Ketua Agama Sebegini...

Imej
Sejarah tercipta 'Qiam with me' bersama Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad V YTM, Tengku Mahkota Kelantan dan YAB. Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan, pembesar-pembesar Negeri Kelantan serta rakyat-rakyat Kelantan. di Istana Negeri, Kubang Kerian.... Negeri serambi Mekah.. Merasa rakyat marhain masuk ke dalam istana tanpa ada protokol dunia... Semoga Allah merahmati dan memberkati Sultan Kelantan... Mudah2an akan lahir lebih ramai lagi Raja2 dan bakal sultan Yang Menjulang ISLAM..Baru lah selayaknya digelar Ketua Agama Islam..Allahurobbi.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Rabbul Izzati. Rugi 'melepaskan' lailatulqadar Skodeng Ye...? Mampukah Kita Menjawab Apa Usaha Kita..Apabila diSoal Kelak...? Kunci..Oh Kunci...! Pandangan Mata Selalu Menipu.... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH...

Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin

Imej
Cuba kita bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Kita mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin . Begitu juga halnya jika kita tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan.Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita menyebabkan kita tak boleh menghirup oksigen yang diperlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas . Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun. Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat , serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untu...