Satu Hari Yang 'Memeritkan' untuk Ain.

Alhamdulillah.....Masih diberi kehidupan hingga saat ini... Sedar tak sedar , hari ini kita telah berada di 9 Ramadhan rupa-rupanya..Rasa seperti baru semalam kita memasuki bulan Ramadhan. . Nak bercerita sedikit tentang satu-satunya puteri saya..Dari awal lagi memang saya bertekad tahun ni mesti mula melatih Ain berpuasa.. Melatih Ain, memerlukan sedikit kesabaran berbanding Along dahulu.. Di usia 7 tahun baru Ain menyatakan keinginan untuk berpuasa.. Tahun lepas, satu bulan penuh Ain berpuasa separuh hari..Kalau dah dia kata tak nak puasa, memang dia tak akan mahu berpuasa...Jadi, saya pun tidaklah mahu berkeras sangat ... Kalau boleh biar berpuasa itu datang dari kehendak dia sendiri. Dan alhamdulillah, sehari sebelum berpuasa tempoh hari Ain sendiri beritahu umminya ini...
"Ain nak cuba puasa"....walau ada perkataan 'cuba'....

Mengenang hari pertama cubaan Ain berpuasa..... Ain nampak sangat teruja mahu bangun sahur...Lebih-lebih lagi Along pandai memberikan sedikit suntikan semangat dan kata-kata motivasi...Lucu pula saya mendengar perbualan dua beradik ni..
Selepas sahur hari pertama, usai solat subuh Ain bertanya 'Abah bila kita nak puasa?'

'La, sekarang ni kita tengah berpuasa lah..Lepas azan subuh tadi kita dah tak boleh makan , tak boleh minum..itulah namanya puasa...' Apalah agaknya yang digambarkan oleh Ain perbuatan berpuasa tu..hehe..

Menjelang 12 tengahari, Ain mula gosok-gosok perut.."Laparlah ummi"..

'Berpuasa memang lapar, sebab kita tak boleh makan,tak boleh minum.. Semua orang pun rasa macam tu.. tengok orang yang tak ade duit nak beli makanan, dua, tiga hari dia orang tak makan..Kita waktu siang je..malam nanti kita boleh makan semula.. Sabar ye...' itulah antara kata2 pujukan saya.

Termakan dengan pujukan, Ain tenang kembali, dengan pelbagai janji yang saya tabur... Nak bawa ke Pasar Ramadhan lah, kalau habis puasa boleh tidur kat bilik ummi lah.....

Sambil-sambil berbaring melayan perutnya yang lapar, kekadang terdengar di telinga saya...'tak best la puasa'... sesekali 'dahaga betullah'...Saya pula buat dengar tak dengar je....

Sementara menanti waktu berbuka, tiga ,empat kali pula Ain menangis... Hinggalah pukul 5 petang hari tu, Ain menangis lagi...Yang saya tak tahan ayat dia tu...sambil menangis pegang perut..
'Ain lapar ni, tak tahan dah..perut Ain panas...perut Ain panas...' Nak tergelak pun ada...
Akhirnya tepat jam 5.20 petang Ain selamat berbuka... Sebenarnya saya mungkin boleh paksa Ain untuk menghabiskan puasanya pada hari itu... Tapi saya cukup bimbang kalau-kalau dia berpuasa penuh hari itu dalam keadaan perasaaan dan naluri yang sangat terpaksa dan terseksa.. Saya tak mahu perasaan itu wujud dalam dirinya..Saya tak mahu dia rasa serik untuk terus berpuasa pada hari berikutnya....

' Kalau Ain tahan sikit lagi sebenarnya dah tak lama dah kita nak berbuka...lagi 2 jam je..Oke..hari pertama ni ummi bagi Ain berbuka pukul 5.20.. Tapi hari esok Ain kena puasa sampai waktu azan maghrib tau'.. Ain mengangguk sambil menghirup air koko suam tanpa rasa bersalah dan menyesal....Aduh anak dara saya sorang ni... Yang saya geram bila nak diberi makan, tak mahu pun... Sekadar minum saja....Masa menangis tadi bukan main lagi alasannya.. Lapar macam seminggu tak makan..

Hari ini, Alhamdulillah telah 8 hari puteri saya, Ain menjalani ibadah puasa..Bangun sahur pun mudah..Di suruh bersolat pun mudah juga...Benarlah bulan Ramadhan ni bulan seribu Rahmat,bulan yang penuh keberkatan... Walaupun sebelum ni saya cukup risau dengan Si Ain ni...Syukur Allah permudahkan..Benar-benar dipermudahkan..

Ni Suri kucing Ain.. Teruk daripada tuan dia lagi gayanya tu..

RUGI dan SANGAT RUGI
Mampukah Aku..
~JANGAN Hanya Menunggu TAPI Tiada Usaha~
BerCINTA Sebelum NIKAH
Cikgu..???? Sapa kata SENANG...
BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

azievee berkata…
Biasa budak2 anak saya lagi la satu jam terakhir adalah saat2 yang paling mencemaskan..time tu la menangis nak air...
Kakcik Seroja berkata…
InsyaAllah Ain akan dapat terus berpuasa dengan lengkap untuk hari2 berikutnya. :)
Aimacomel berkata…
teringat masa kecik-kecik dulu berpuasa. dr keciklah nak kena latih kan kak, kalau tak nanti susah pulak dia nk teruskan berpuasa.. tahniah utk ain ;)
Cik Ai berkata…
biasalah kak budak2..ank buah sy smp tetidur lembik kat lantai..haha
Natasha berkata…
Suri pn pose ke =)
Puteri_ika berkata…
lawak la ain..=)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...