Kenali Kuih Tradisional Kita

Nak cerita pasal kuih tradisioanl yang ada kat Malaysia ni banyak sangat sebenarnya.. Tapi yang biasa kita makan dan tengok seperti kat bawah ni la.... Ada sebahagiannya baru saya tahu sejarah atau asal usulnya..nyah ntah macam mana boleh rajin pilak pulak dok geledah en google... Ni nak kongsi ngan kawan2 yang datang singgah sini...Gambar yang ada semua saya pinjam dari en.google...harap maklum...


Kuih Bakar
Digelar kuih bakar bukan lah kerana pencipta resepi ni suaminya bernama en Bakar ...ngeeee..
Kuih Bakar adalah sejenis kuih tradisional melayu yang agak unik kerana jarang terdapat kuih yang dibakar selain dari dikukus.Kuih bakar biasanya berperasa pandan, ala-ala kek yang sedap dan wangi !

Kuih Seri Muka
Kuih Seri Muka merupakan sejenis kuih tradisional melayu yang diperbuat dari pulut nasi dan lapisan pati santan yang dikukus.Makan kuih ni mungkin boleh jadikan muka kita kelihatan berseri-seri...mungkin laaa....


Kuih keria (atau kuih gelang) 
merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.


Tepung pelita 
sejenis kuih lembut dalam bekas daun pisang. Popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.
Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijai di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.


Kuih benderang 
atau juga dikenali sebagai kuih Peneram atau kuih telinga keling di pantai timur Semenanjung Malaysia, disebabkan warnanya yang gelap, merupakan sejenis kuih manis tradisional yang sedap rasanya.Sejak kebelakangan ini perkataan keling sudah tidak diguna pakai kerana takut menimbulkan isu perkauman.


Kuih Beronok 
juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.

Resepi
Bahan-Bahannya

1/2 gelas sagu biji
3 gelas air
1 senduk besar gula
1/4 biji kelapa
sedikit garam dan pewarna merah

Cara membuatnya:
Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. Kelapa dibuang kulit dan airnya, kemudian diparut dan gaulkan dengan sedikit garam.
(resepi bonus)..hehe..


Kuih Karipap (Curry Puff)
Kuih Karipap merupakan sejenis kuih tradisional melayu yang sangat terkenal dan dimakan biasanya pada waktu sarapan pagi mahupun minum petang. Kuih ini sama konsepnya seperti Samosa cuma berbeza sebatian tepungnya. Berintikan kentang dan daging sederhana pedas.


Kuih bahulu 
adalah sejenis kuih tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. bahulu yang disediakan secara tradisional kerana cara membakarnya pada suatu ketika dahului menggunakan kayu api@ arang.


Putu Beras
Selain dikenali sebagai putu beras, ia juga dikenali sebagai kuih ya. Kuih ini diperbuat daripada beras pulut, gula dan kacang tanah. Untuk menghasilkan kuih tradisional ini, terlebih dahulu beras pulut hendaklah dibasuh dan ditoskan selama setengah jam. Kemudian ia digoreng sehinggga berwarna kuning. Beras pulut yang siap digoreng ini akan dikisar, kemudian digaul bersama gula dan dimasukkan ke dalam acuan. Selepas itu letakkan kacang tanah di tengah sebagai inti. Kemudian masaklah sehingga masak.

Kuih putu beras mempunyai rasa yang agak manis, dengan demikian ia sesuai dijadikan sebagai buah tangan dalam majlis perkahwinan. Selain itu, kuih ini turut dijadikan hidangan semasa menyambut majlis perayaan seperti Hari Raya Puasa.


Korang kenal kuih ni? Pedo'oh la kalu x kenal.
Kuih koci adalah sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu. Terdapat pelabagai jenis kuih koci yang menjadi identiti masyarakat Melayu termasuklah kuih koci pulut hitam, kuih koci pulut putih, kuih koci labu dan kuih koci koleh santan. Kuih koci juga turut menjadi kegemaran masyarakat berbilang bangsa di Malaysia seperti masyarakat Cina, India, Chitty, Portugis dan sebagainya.


Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya.Nama Kuih gulung kemungkinannya disebabkan cara membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti dalam. Kuih gulung ini  popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja.


Kuih Kaswi
Kuih Bujang Lapok atau juga dikenali dengan nama klasiknya, kuih Kaswi amat terkenal dan popular dikalangan penduduk Melaka. Ia sememangnya sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa dan warga emas. Rasanya yang lazat, lembut serta mudah dibuat menjadikan kuih ini sebagai kuih pilihan untuk majlis-majlis kenduri dan santapan untuk minum petang.

Kuih Bujang Lapok atau Kaswi ini berasal dari Semenanjung Malaysia dan mula dicipta oleh penduduk Selatan seperti di Melaka dan Johor. Dipercayai bahawa kuih ini merupakan kuih tradisional yang menjadi santapan golongan biasa sewaktu era kegemilangan Kesultanan Melaka. Kuih ini dihidangkan pada majlis keraian rakyat bawahan ketika itu. Namun, mengikut penceritaan orang-orang lama di Melaka, kuih Kaswi menjadi kuih kegemaran isteri Sultan Sultan Mahmud Syah, Permaisuri Tun Fatimah yang berasal dari golongan biasa.


Kuih lompat tikam 
 merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

  Lompat tikam Kelantan

Banyak lagi sebenarnya kuih muih tradisional yang ada...Ini hanyalah sebahagian daripadanya.. Tentu salah satu yang di atas ni menjadi kegemaran kita..kan.. Saya suka sangat kuih kaswi..kalau mak saya buat mesti getar-getar, tak keras sangat..huiiiii mabeles...!
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Kakcik Seroja berkata…
Banyaknya kuih muih. Kenyang kakcik menatap gambarnya. :)
yan's cottage berkata…
kuih tradisional nie yang paling sedap yan suka dengan semua kuih tu...dan yang paling suka lompat tikam dan kuih pelita.....
Masya berkata…
banyakkan kuih tradisional ni.. tp x semua pandai buat.. selalu beli jer...
Ratu Hatiku berkata…
semuanya sedap.....semua saya makan :P
hnahdy berkata…
owh kueh sagu tu namanaya kueh beronok. hana panggil sagu ja
Suraya Baharun berkata…
semua kuih di atas saya suka...
Jahirah berkata…
sedap ni kak kalau buat hidangan makan petang dgn keluarga.owh nama lain kuih sagu bronok eh baru taw.lain tempat n negeri lain nama kuih tu kan...
aizu's life berkata…
encik bAkar.. hehehe.. lawak laa..
tepung pelita - bln puasa
seri muka - ayah suka
telinge keling - best mkn panas2
kuih keria - best mkn ms bekfes
kuih sagu - kuih yg slalu sy buat
hmm.. pe lg ek.. yg pntg, smue mmg best la kak :)
LydSunshine berkata…
Saya paling suka kuih lompat tikam. Dengan putu kacang. Yang KA cerita kat atas ni putu beras kan? Yang penting kuih tradisional ni, yang dibuat oleh orang2 veteren memang takleh lawan la. Air tangan orang2 lama memang lain macam. Padahal derang main agak2 je sukatan.
Cik Ai berkata…
yg 1st tu dipanggil kueh bakar eh?
kat sbni pnggil nama lain.
ingt lg ms puasa dulu beli smp x abis mkn..sbb besar sgt,huhu
are_lin@yu berkata…
wahhh sedap nya..ni yg terigin ni..hihi
IntaNBerliaN berkata…
ohhh lompat tikam... bestnya.... !!
TiranaAduka berkata…
salam sis.

Memang jarang amat makan kuih lompat tikam..thanks info sis..

Maaf sis ta myusahkan sis je..
Si Matatajam berkata…
Kuih koci ngan seri muka tu mmg feberet M..tambah2 kalau my mak yg buat..mmg sedap..
sal ya berkata…
banyak jugak kuih yang saya suka nih. hehehe...
TiranaAduka berkata…
almaklumlah server laju lak ari ni.

Repead blik entry sis disini.ahakz..
@LeenShamsh berkata…
hadoii sedapnyeee..semue UM suke! hehe
semua kuih muih di atas fav nurul nak2 lompat tikam.hehe..sagupun sedap=)
mama aryan berkata…
sedapnya kuih lama2 nih..lompat tikam tu dulu bulan posa selalu arwah mak buat skang dah lama tak makan.. sbb nak makan kuih tu kitorg adik beradik paksa arwah mak belajar ngan mak cik jiran sebelah rumah..hehe
Shasha berkata…
Banyaknya kuih traditional kita. Apa2 pun sila ke blog - https://www.shashabakery.blogspot.com
Shasha berkata…
Banyaknya kuih traditional kita. Apa2 pun sila ke blog - https://www.shashabakery.blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...