Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

~JANGAN Hanya Menunggu TAPI Tiada Usaha~

Imej
Entri sempena tarikh yang akan ditemui empat tahun sekali....



JANGAN menunggu dimotivasi baru bergerak,
Tapi bergeraklah, maka anda akan termotivasi...

JANGAN menunggu boleh baru lakukan,
Tapi lakukan, InsyaALLAH.... Anda Pasti Boleh..

JANGAN menunggu bahagia baru tersenyum,
TAPI tersenyumlah, maka anda semakin bahagia..

JANGAN menunggu kaya baru bersedekah,
TAPI bersedekahlah, maka anda semakin kaya..

JANGAN menunggu pasangan yang sempurna baru menikah,
TAPI menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..

JANGAN menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
TAPI pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…

JANGAN menunggu orang memahami anda baru kita memahami dia,
TAPI fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda..

JANGAN menunggu terinspirasi baru menulis,
TAPI menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

JANGAN menunggu projek baru bekerja,
TAPI berkerjalah, maka projek akan menunggumu..

JANGAN menunggu dicintai baru mencintai,
TAPI belajarlah mencintai, maka a…

...SAKIT MATA SEMBUH DENGAN WUDHU.....

Imej
Kisah Junaid Al-Banghdadi



Suatu hari Junaid Al-Banghdadi sakit mata.
Ia diberitahu oleh seorang tabib,
jika ingin cepat sembuh jangan sampai matanya terkena air.
...
Ketika tabib itu pergi,
ia nekad berwudhu membasuh mukanya untuk sholat kemudian tidur.

Anehnya, sakit mata yang ditanggung menjadi sembuh.
Saat itu terdengar suara
“Junaid menjadi sembuh matanya kerana ia lebih redha kepada-Ku.
Seandainya ahli neraka minta kepada-Ku dengan semangat Junaid niscaya Aku luluskan permintaannya.” Kata suara itu.

Tabib yang melihat mata Junaid sembuh itu menjadi kehairanan,
“Apa yang telah engkau lakukan?”

“Aku telah membasuh muka dan mataku kemudian sholat”, ujarnya.”

Tabib itu beragama Nashrani,
dan setelah melihat peristiwa itu, dia beriman.
“Itu ubat dari Tuhan yang menciptakan sakit .
Dia pulalah yang menciptakan ubatnya.
Aku ini sebenarnya yang sakit mata hatiku, dan Junaidlah tabibnya.”

Wallahua'lam

Anak Perempuan Cantik yang Melihat Pelangi

Imej
Tidak banyak, pasti tetap ada sebibit kebahagian untuk manusia yang menatap pelangi.
Itu yang saya percaya, dan itu yang semua manusia percaya.
Sehinggalah pada hari itu, menatap pelangi itu memberi makna lain kepada saya.
Pelangi itu bukan berkenaan bahagia tetapi berkenaan sesuatu yang membuatkan hati saya terjatuh ke daerah gusar.

Ibu.

Saya adalah ibu yang sangat bahagia.
Saya fikir itulah semua perasaan ibu-ibu di dunia
yang mempunyai anak perempuan yang cantik, dan beberapa bulan sebelumnya,
saya melahirkan anak yang kedua yang juga cantik.
Saya berasa diangkat ke langit hanya kerana status saya
sebagai seorang ibu yang punyai dua anak yang meneduhkan hati.
Segala-galanya terlihat sempurna, sehinggalah pada suatu hari, anak perempuan saya yang cantik itu datang menemui saya, berkata sesuatu yang saya sangkakan bahagia.

Pelangi.
"Ibu, mengapa saya nampak pelangi?" "Sayang, mana ada pelangi di sini," kata saya lembut. Rambutnya yang ikal saya belai penuh kasih. "…

KHASIAT KASTURI

Imej
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam
terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam,
maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat.



Antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”
(Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8)Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18) Mencegah wabak…

BerCINTA Sebelum NIKAH

Imej
Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Tentang BERCINTA


Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi, mufti global berkata :
Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang penting bercinta sebelum menikah kerana cara seperti itu dikhuatiri berbahaya dan syubhah. Ramai orang yang memulai bercinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil, seperti berpacaran melalui telefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan. Sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpacaran melalui telefon ataupun internet tanpa diketahui oleh ahli keluarga. Mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu. Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam...ramaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius. Amat jarang ditemiu mereka yang bercinta sebelum menikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada perbu…

Membina Jati Diri..

Imej
Jati Diri , sepotong rangkaikata yang sering terungkap dan meniti di bibir kita dewasa ini..
Apa itu Jati Diri..?
Mengikut kamus Dewan Jilid ke 4, jati membawa maksud
sejati, asli, murni tulen atau tidak bercampur.
'Diri' pula bermaksud
batang tubuh atau orang perseorangan yang mempunyai badan.
Maka, 'Jati Diri' adalah
sifat keperibadian atau ciri yang unik,utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa.
Melihat kepada genarasi hari ini yang seakan-akan telah hilang jati diri kerana pegangan agama yang begitu longgar.Lihat sahaja dalam pergaulan seharian, bahasa percakapan, kehidupan yang bergelumang dengan maksiat malah gejala sosial yang kian hari makin berlambak.



Bagaimana membina Jati Diri...?
Keyakinan yang tinggi~tidak mudah terpengaruh
~berwawasan dan berpandangan jauh
~idea kritis
~bersedia menerima sesuatu dalam sebarang keadaan
~sentiasa tunaikan kewajipan Latihan berdik…

Petua Nak Pilih Kawan...Baca Sini..!

Imej
Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali ada menerangkan
tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..




Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh
kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat
kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik
kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak
kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong
kerana akan memusnahkan jiwa.


"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HA…

Ingatan Buat Diri...

SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin

kisah Nabi Luth dan Laut Mati

Imej
Laut mati yang panjangnya 67 km dan lebar 18 adalah danau garam antara Tepi Barat Palestin,Israel dan Jordan barat ke timur.
420 meter di bawah paras laut, pantainya adalah titik terendah di bumi.

LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir. Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sadum (Sodom) di wilayah Jordan.

Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan homoseks.

Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, sebaliknya beriman kepada Allah, selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu. Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, malah berani memberi amaran kepada Nabi Luth: “Jika kamu tidak …

Mampukah Kita Menjawab Apa Usaha Kita..Apabila diSoal Kelak...?

Imej
Apa usaha kita tika saudara seagama dizalimi di Syria sana..
Apakah kita bisa menyepi seribu bahasa .Atau hanya menonton tanpa rela...
Melihat kanak2 kecil dan wanita yag tidak berdaya disembelih dan dibunuh
seumpama memijak dan memicit sang semut hitam yang melata di atas batu oleh Rejim Basyar...

Fikirkan, Apa yang akan kita jawab di depan Allah nanti...
Sewaktu disoal 'apa usaha' kita.....
Ambillah iktibar dan belajarlah dari kisah burung kecil sewaktu Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud.Seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya sehingga berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain .
Ketika ditanya bagaimana mungkin usahanya itu mampu memadamkan api,
dengan yakin ia menjawab :
“kalau nanti ketika Allah bertanya padaku yang berada dekat dengan kerosakan ini mengenai apa yang telah aku buat, aku akan menjawab, aku telah mengangkut air dengan paruh kecil…

'Kenangan Menjual Botol Kosong..' Kanak2 Dahulu Lebih Menghargai...

Imej
Terpandang botol-botol kosong tetiba menggamit kenangan...
Sape yang sempat buat aktiviti ni..

Masa penulis berada di bangku sekolah rendah dan dia awal sekolah menengah pantang botol kicap dan sos dalam rumah kosong....
Mesti amik dan 'simpan' di perdu pokok pisang belakang rumah..
Bila di satu pagi ada suara lemak 'merdu dari apek yang bawa lori keliling kampung dari Blok A ke Blok B menjerit

'boooootol '.....
'botol'.....
'botol'.....
' botooooool'.....

maka bergegaslah kanak-kanak mengambil botol-botol yang telah dikumpul termasuk penulis. Rozana Za , Zahzahraa Sharif , Naziah Riffin korang ingat tak saat-saat ni di Jengka 13 dulu...

Waktu ini kita orang akan menyusun botol-botol kosong di bibir-bibir jalan di hadapan rumah,sambil mengira jumlah yang ada...
Pernah penulis mengumpul sehingga seratus lebih botol kosong...
Sambil menunggu apek tua itu lalu untuk pusingan ke dua
kami akan terconggok di tepi jalan menunggu ,
bimbang botol yang ada akan d…

Rahsia Jari...Allahuakbar..!!

Imej
1. Cuba tengok jari anda.
Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar".
Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam.
Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put your hand on the table, perhatikan.
Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis.
Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita.
At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena …

Cikgu..???? Sapa kata SENANG...

Imej
Biar sebesar apa pun ujian dan cabaran yang menanti di hadapan...
Kepada insan-insan yang bergelar cikgu teruskan perjuangan..
Semoga amal yang dilakukan dalam mendidik anak bangsa seagama akan menjadi 'pencen' yang mengalir berterusan di dalam kubur nanti... Apa pun kata-kata yang dilemparkan oleh mereka, usah diambil peduli...
Kerana kebiasaannya hanya cikgu yang MEMAHAMI cikgu.
sesungguhnya cikgu itu juga manusia BIASA yang tak lepas dari melakukan KESILAPAN...
Sentiasalah kita tegur menegur ke arah KEBAIKAN.
Apa pun kepada mereka yang memahami dan memberi sokongan kepada insan guru
SYUKRAN ya.. Semoga anda diRAHMATI ILAHI...

Jadilah seorang MURABBI...

Terima kasih cikgu


....Akhir Kalam....
¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Sila Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Imej
Penulis Nak berkongsi tentang hobi mengupload gambar2 di laman sosial...
Kekadang penulis turut melakukan perkara ini...
Jadi ini adalah pesanan dan ingatan buat diri penulis khususnya
dan sesiapa yang mahu berfikir amnya..

Benar Dosa dan pahala itu urusan Allah,
tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas segala perbuatan yang kita lakukan..




Hanya ingin mengajak sama2 berfikir. contoh2nya adalah seperti berikut :

1) * Kalau diikutkan hati, semua gambar yang kita suka, mesti kita nak LIKE kan,. tapi sedarkah kita, jika kita LIKE gambar seorang wanita yang cantik tetapi tidak bertudung contohnya,. tidakkah kita seperti memberi sokongn terhadap pendedahan aurat wanita itu? Tidakkah ia menyebabkan wanita itu berasa dirinya cantik jika berkeadaan demikian? Lantas wanita itu terus berpenampilan seperti itu,.

((mengapa tidak kita menegur?))

2) * kalau kita upload atau share gambar yang te…

Seronok sangat ke Valentine's Day .....Apa hukumnya..?

Imej
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih

Velentine's Day atau Hari Kekaasih .....
disambut khususnya di negara barat..,
Amerika dan Eropah pada tanggal 14 Februari setiap tahun.
Kononnya hari untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

Pada hari tersebut pasangan kekasih akan saling bertukar-tukar bunga ros merah,
mengirimkan kad ucapan dan hadiah,
mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara,
membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko
bersama minuman arak,
mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin,
bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga
sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri
demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing.
Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

Sedihnya perayaan ini telah menular dikalangan umat Islam di negara kita.
Ada yang turut meraikan Hari Valentine.
Mereka meraikan hanya kerana suka-suka
dan teriku…

Sejarah dan Hukum: Sambutan Maulidur Rasul

Imej
MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Sejarah ringkasSambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen …

Ada Orang Lain Yang Pernah Melaluinya..

Imej
Setiap Orang...
Akan ada sesuatu yang dia simpan
Akan ada sesetengah yang disembunyikan
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan..
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia,
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis,
Pasti ada...
Kerana dia juga manusia .
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan,
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk
dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada..
Cuma, mungkin kamu yang tidak pernah tahu,
kamu yang tak pernah nampak,
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada..
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya,
yang lebih berat penderitaannya...