Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Peringatan Utk Diriku Yang Lupa

AMARAN !!! Dilarang membaca artikel ini.

Imej
Kenapa tajuk dia 'dilarang membaca'?  Sebab saya memang tak nak korang baca artikel ni. saya beri amaran, Please jangan baca entri ini. Korang FAHAM? saya yakin korang faham dengan arahan ini. So, jangan baca artikel ini... Eh, apasal korang baca lagi. Kan saya dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan anda. saya yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan saya ni. Senang je pun. saya bukan suruh buat benda haram pun. saya cuma nak korang berhenti membaca artikel ini. Itu je... Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul saya. Sanggup korang langgar arahan saya ni. Benda simple pun tak boleh buat ke? saya cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak saya tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni? Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? saya ulang. JANGAN BACA. Lagi sekali... JANGAN BACA ARTIKEL INI, BERHENTI SEKARAN...

Kisah Wanita Berpurdah Membeli Belah

Imej
 Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk membayar. Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya. Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja. Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sa...

Sebenarnya Allah Yang Beri....

Imej
ALLAH bagi kita sihat, jgn kata UBAT bagi kita sihat.. ALLAH bagi kita kaya, jgn kata DUIT bagi kita kaya..... ALLAH bagi kita kenyang, jgn kata MAKANAN bagi kita kenyang.. ALLAH bagi kita hilang dahaga, jgn kata AIR bagi hilang dahaga.. ALLAH bagi kita pangkat, jgn kata MAKHLUK bagi kita pangkat.. ALLAH bagi kita pandai, jgn kta USTAZ/USTAZAH bagi pandai.. ALLAH bagi kita bantuan, jgn kata MAKLHLUK yg bagi bantuan..(makluk hanya asbab) ALLAH bagi sampai disuatu tempat, jgn kata kederaan kita yg bagi sampai.. ~:: SAHABAT SEMUA...MARI KITA BUANG SEMUA SYIRIK KECIL INI.. KITA TANAM YAKIN SUNGGUH2 HANYA PADA ALLAH.. BERSANGKA BAIK HANYA PADA ALLAH... MAKHLUK TIADA KUASA..ALLAH SAHAJA YG MAHA BERKUASA...~:: ~sebagai peringatan & renungan bersama~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LA...

SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN

Imej
Bicara tentang SeSaT.... Dari segi bahasa, sesat bermaksud tersalah jalan atau tidak mengikut jalan yang betul. “Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan” ~ jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah kita menginsafinya dengan segera. Kata sesat dapat diertikan juga sebagai tidak mengikut ajaran yang benar atau menyimpang daripada kebenaran. Jadinya perbetulkan langkah, perbuatan, atau kesilapan yang telah kita lakukan. Yang ni pulak entah macam mana boleh tersesat...       Suatu subuh 31 Oktober...Tak semena-mena  makhluk Allah ni ada dalam rumah..entah bila masuk pun tak tau la...ikut celah mana masuk pun juga tak tau...sedar2 dah ada dalam rumah ke sana kemari mencari jalan keluar.. Mulalah tak jumpa jalan pulang...Opie dan Kitty panjang leher, tak kurang sibuknya ke sana ke mari...Burung ni sekejap bertenggek di kipas...   Sekejap bertenggek pulak atas kabinet...Jenuh ditunjuk j...

Makin Kau Seru, Makin Dekat

Imej
Bila berjaya, ramai bersama. Bila jatuh, berseoranganlah kita. Bila berduka, bersendirilah kita. Bila sakit, tiada sesiapa kecuali kita....... Betul akan ada yang sudi menemani. Tapi sementara, metaforanya: Hari pertama, kekal setia. Hari kedua, mula penat. ... Hari ketiga, masih cuba bertahan. Hari keempat, mulai bosan. Hari kelima, mulai meluat. Hari keenam, sudah tak tahan. Hari ketujuh, "ah sudahlah! kau sedihlah sorang-sorang!" Allah tidak pernah meluat. Makin kau seru , makin dekat. Salam Sayang semua... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Jangan Asyik Mencungkil Kesalahan Orang..

Imej
Jangan asyik mencari aib org,  cermin lah diri sendiri selalu  agar rasa diri ini hanya hamba yang hina tanpa pertolongan Allah. p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Renungan untuk DIRI..

Imej
  ...Peringatan Buat Diri ku Yang Sering Kali KeALPAan...   Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini." p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Pakcik Bawa Bot VS Profesor

Imej
Seorang profesor menaiki boat seorang pak cik ke sebuah kampung di pedalaman... prof       : pak cik pandai membaca tak? pakcik  : maaf la nak, pak cik tak pandai...              membaca prof      : rugi! pak cik dah hilang separuh             kehidupan sebab tak pandai membaca. prof     : pakcik pandai menulis tak? pakcik : maaf la nak, pak cik tak pandai menulis. prof    : rugi! pak cik dah hilang separuh             kehidupan. pakcik :(pandang atas sambil berfikir) tadi separuh ini separuh maknaya aku dah tak ada             kehidupan lah sekarang tapi aku masih boleh bawa boat ni... Kemudian boat pun bocor, air melimpah masuk kedalam dan hampir tenggelam... pakcik : prof pandai berenang ...

Betul Ke 'Ter'....

Imej
" Pada hari ini perbuatan zina dianggap ringan dan orang ramai memanggilnya sebagai terlanjur seolah-olah ia macam satu kesalahan teknikal atau tersilap yang tidak disengajakan. Masakan boleh terlanjur, tersilap atau tidak sengaja kerana Allah SWT sudah berpesan sejak dari awal-awal lagi dalam firman-Nya : 'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan seburuk-buruk jalan.' [Al-Isra:32] Islam arahkan kita tundukkan pandangan tetapi kita langgar. Islam suruh kita jangan berhubung lelaki perempuan tanpa keperluan pun kita langgar. Islam larang kita dari berkhalwat namun kita juga langgar. Kemudian Iman masih mengingatkan kita akan dosa dan risiko selepas zina namun kita tetap pejam mata dan melakukannya. Adakah itu boleh dikatakan sebagai terlanjur atau tersilap ? Tidak, ianya berlaku dengan kesedaran tetapi keghairahan dan seronok menewaskan akal dan Iman ! Untuk membuka baju dan menanggalkan pakaian ianya memakan masa sela...

Manusia Patut Malu...

Imej
Gambar ni benar-benar buat saya terharu... Betapalah seekor binatang pun sangat mengasihi anaknya sehingga rela membahayakan nyawa sendiri... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Bayangkan Dunia Tanpa Waktu dan Masa.

Imej
Apa kelebihan masa? Mengapa ada waktu? Bayangkan dunia tanpa waktu dan masa. Apa waktu sembahyang? Kelam-kabut Apa waktu nak pergi kerja? Kelam-kabut... Bila nak berpuasa? Kelam-kabut Masa diwujudkan untuk manusia mempunyai waktu tertentu untuk melakukan sesuatu - untuk memudahkan urusan seharian. Begitu juga agama  -manusia tidak boleh hidup tanpa panduan - jikalau setiap benda yang dicipta manusia ada manual penggunaan,  mana mungkin Allah mencipta manusia tanpa meninggalkan panduan untuk diikuti. Cuba fikir sejenak. . ~Auto Publish~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Siapa Kata Allah Tidak Sayang Kita?

Imej
Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan,  ketawa tanpa kesedihan,  matahari tanpa hari hujan. Tetapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari,  ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan. Siapa kata Allah tidak sayang kita? Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga. Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit. Setelah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat. Itu bukti kesayangan Allah pada kita. Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut. Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat. *Peringatn untuk diri ini.. Senyum. ~Auto Publish~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya sa...

Kupasan n3 Cari Kesilapannya..?

Imej
Sudah dapat mengesan kesilapan yang ada dalam n3   'Cari Kesilapannya.'. ?  <-- Sila pecek sini bagi yang ingin mengetahui persoalannya.   Lihat ayat di bawah ini... Terdepat 'tiga' kesilapan ejaan di dolam ayat ini. Tentu anda tertanya-tanya ..mana kesilapan ejaan yang ketiga di dalam ayat di atas...Cuma dua sahaja yang ada dan memang jelas pada pandangan mata.. Dan ini pula adalah jawapan dan kupasan yang tersirat disebalik persoalan yang berlegar di minda dalam mencari kesilapan yang ada pada ayat  berkaitan.. Banyak perkara di dunia ini yang Allah jadikan secara terang-terangan untuk dipelajari manusia . Yang mana hati, mata dan minda boleh mengesannya dengan cepat seperti kesilapan pada "Terdepat" dan "dolam" pada ayat di atas. Mana kala ada sesetengah perkara pula Allah ajar kita ia hanya boleh difahami apabila kita mencapai kematangan tertentu, melihat sesuatu perkara daripada sudut yang lain, membuka minda dan mata kita ...

Puisi Orang Malas Solat..

Imej
MUHASABAH Untuk diri dan kawan-kawan yang tersayang… Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan beri aku jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam siang… Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang... Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang… Apasal la aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…? Apasal la aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur kita bukannya panjang Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…. Apasal la aku malas sembahyang siksa neraka cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Ta...

SAHABAT… Tolong Ingatkan Aku..

Imej
    SAHABAT…… Tolong ingatkan aku.. Tentang dosa dan pahala, Tentang syurga dan neraka, Tentang dunia ini sementara, Tentang akhirat yg kekal selamanya, ... SAHABAT… Tolong ingatkan aku.. Tentang aku beriman dengan Tuhan yang satu yaitu Allah SWT, Tentang Rosul pengutus yang mulia, Tentang iman hari ini yang aku miliki, Yang dipertarungkan dengan siksa jasad dan nyawa, SAHABAT….. Tolong ingatkan aku... Tentang malaikat si pencatat amal, Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal, Tentang malaikat penanya penyiksa di kubur, Malaikat si penjaga neraka, barangkali aku kan dihambat ke sana, Malaikat si penyambut di syurga, barangkali sedang menunggu ku dengan senyum tawa... SAHABAT…. Tolong ingatkan aku, Tentang mati yang pasti, Esok hidup belum tentu lagi, Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari.. SAHABAT….. Tolong ingatkan aku... Tentang kita adalah seorang, Allah pemilik segala, Tentang aku hamba yang hina semata, Hamba tidak berdaya m...

Untuk Renungan..

Imej
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Menutup Aurat...

Imej
MENUTUP AURAT bukan sekadar MEMAKAI TUDUNG ! p/s: dah macam iras2 tuan belog lah pulak lukisan ni.... Comey lukisan ni sket pada tuan belog..hehe p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Soalan Buat HAWA, Jawapan Dari ADAM

Imej
Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue. Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous. Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo. Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW. *** Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia? Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga? Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nah...

ANTARA MARUAH DAN GAMBAR COUPLE KAMU..

Imej
Gambar muka sendiri diedit cantik dan dipamerkan.... Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.. Apakah mereka fikir, itu suatu bentuk kebanggaan? Wahai muslimah, sedarkah anda sedang menjatuhkan maruah diri anda sendiri. Wanita itu sifat malunya lebih tebal berbanding lelaki. Fitrah penuh hikmah yang diciptakan ALLAH. Islam datang mengangkat martabat mereka dengan pelbagai peraturan dalam syariat. Dan Islam terbukti sebagai sistem paling unggul dalam memuliakan wanita. Ada perintah berhijab, merendahkan suara, menjaga pergaulan dan tutur kata. Secara tersirat, elemen-elemen itulah yang menambahkan lagi harga dan maruah seorang wanita. Mereka menjadi mulia dan mereka dimuliakan.. Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimew...

Simpan Sajalah Gambar2 Kiut Anda..

Imej
Peringatan Khusus untuk pemilik blog ini...dan Untuk renungan bersama pada yang sudi singgah baca.... Ayat yang buat hati kecil saya tersentuh... "Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di SYURGA nanti.." ~ZAR~ Rahsia di sebalik Bentuk Sayur2an dan Buah2an . ZON 10 Malam Terakhir..Mencari Malam Yang Kebaikannya Seperti 1000 Bulan. PERISTIWA-PERISTIWA RAMADAN p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.