Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Meneroka Misteri Alam

Khasiat Halia

Imej
Tentang halia....Banyak Khasiatnya.... Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan,. Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut. Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum. halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani. WALLAHUALAM....Segalanya dengan IZIN ALLAH... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang ben...

Rabu...? Bisuuu...?

Imej
# Wordless # 1 Apa tuuu..? Kun Fa Ya Kun... Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~

'Dua Alam'...

Imej
... ALLAH itu MAHA PENCIPTA... Lihat alam sekeliling kita.. Di mana-mana ada keindahannya. Di langit , di daratan mahupun di lautan, ada keajaiban yang terzahir di pandangan mata dan tersembunyi dari terlihat.. "...Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya." Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~

Tasik Pink...

Imej
Kita biasa melihat air tasik atau laut yang berwarna biru kehijau-kehijauan atau mungkin juga airnya kelihatan jernih.... Beralun tenang dan sesekali berkocak kala permukaannya 'dikasari' sang hujan... Nah...Lihat pula keagungan ciptaaNya... Mungkin tak pernah terfikir dek akal fikiran yang cetek ini ada tasik berwarna merah jambu atau lebih mesra dengan panggilan pink .. Tasik ini terbentuk di sebuah pulau di Australia Barat. Matthew Flinders merupakan orang yang dipercayai menemukan tasik ini tahun 1802. Sehingga sekarang sebab musabab air tasik ini berwarna pink masih belum terungkai dan terus menjadi misteri. Ini pula Tasik Retba di Senegal .. Air tasik ini juga berwarna pink. Dikatakan kandungan garam Tasik Retba ini sangat tinggi. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~ "Saat aku menyampaikan suatu kebaikan kepadamu, ...

Indahnya Pelangi

Imej
Kejadian Alam ciptaan Ilahi terlalu hebat di mata kita sebagai hamba yang begitu kerdil. Pandang lah langit yang terbentang luas... tergantung tanpa tiang... Di situ adanya awan, di situ juga turunnya hujan dan sesekali Pelangi turut menghadirkan diri.. Indah bukan..? Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun.Ia biasanya secara semula jadi dan boleh dilihat selepas turunnya hujan.. Mengikut urutan, warna pelangi ialah merah , jingga , kuning , hijau , biru , indigo dan ungu . Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan . Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang ce...

Langit Ilahi...

Imej
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. Baqarah [117] Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). ( Ar-Ra'd 13:12 ) Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui Gafir [57] Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui Az-Zukhruf [9] Ba...

Subhanallah...

Imej
Tiada kata-kata yang mampu dititipkan selain, Subhanallah...... Saat mata memandang hamparan alam ciptaan Yang Maha Agung. Sememangnya suka menghayati keindahan alam, lantas berkira-kira sendirian... alangkah bahagianya jika diri dapat berdiri di kaki gunung, atau di birai-birai tasik yang indah ini... ...SUBHANALLAH... Terbayang-bayang berada di pinggir tebing sambil kaki menyentuh mesra air tasik yang mungkin sejuk dan dingin.. Mengocak-ngocakkan air dan melihat bebayang diri yang pecah di permukaannya. Sesekali tangan melempar batu batu kecil , melihat riak air yang bergembur memercik halus.. "Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. " Surah Luqman:Ayat 10 Akhir Ka...