KeHilangan demi Kehilangan
Berdepan dengan kehilangan demi kehilangan...... Bermula dengan perginya abah 13 tahun lalu....Hampir setahun Hospital menjadi rumah pertama abah..Berulang alik dari Jengka ke HKL atau kadang2 di Hospital Mentakab ketika itu adalah mainan bagi saya dan Ina..Pergi pagi, balik malam..Pergi petang balik esokan harinya..Tidur di kaki lima HKL..?? hehe..pernah dengan De..Tidur dalam kereta di stesen minyak, juga pernah bersama Jefri dan juga Ina yang sarat mengandung sulungketika itu..Tapi kami tak kesah.. Hari Isnin malam selasa.tanggal 8 Februari 1999...Saat Izrail menarik Roh abah keluar dari jasadnya..sangat tenang abah... Dikelilingi anak2 dan emak..juga jiran tetangga yang ramai..Abah telah bersedia kiamkan sendiri tangannya...Jari telunjuk abah dalam keadaan seperti ketika membaca tahiyat...Itulah kali pertama melihat sakaratulmaut ... Dihadapan mereka saya cuba bertahan...jiwa bagaikan sepi seketika... Untuk beberapa bulan menangisi abah secara sembunyi2....pernah terasa dir...