Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

~✿ Wahai Isteri...Renung-renungkanlah.... ✿~

Imej
Seorang Isteri, sudah tentu ingin kan yang terbaik dari seorang suami... Ada ketikanya pengharapan itu mungkin sesuatu yang di luar kemampuan seorang suami... Isteri.. .., Biarkan suami di dalam dirinya... menjadi diri sendiri.. Jangan didesak mereka agar terperangkap di dalam diri orang lain... andai ada kekurangan itu perkara biasa.. Itulah perkahwinan. .bersifat melengkapkan antara satu sama lain.. Keberadaan yang lain untuk menampung kekurangan yang lain... Sama-sama membetulkan .. sama-sama menegur.. sama-sama menasihati ... sama-sama muhasabah diri.. dan Menerima diri pasangan masing-masing seadanya... Mungkin Kisah ini dapat membuka minda ....

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Imej
Daripada Abu Nu'man Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jang

Ke mana Roh Akan Pergi

Imej
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

~✿..Cinta Selepas Nikah (5)..✿~

Imej
Wanita 1 : Betul U sayang I ?? Lelaki : Ye sayang, I tak tipu. Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I.. Lelaki: I pegang sikit je sayang.. Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana? Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u .. Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I? Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je.boleh ye sayang?? Setahun selepas itu. . .

Selamat Tinggal

Imej
Sebelum tu nak jerit dulu kat cik aisha.... cik aishaaaaaaaa ..!!!!!! akak buat n3 macam cik aisha... jangan marah yeeee..serupa tapi tak sama... Selamat tinggal shoutmix.... Terpaksa nyahkan dari laman ini , kerana.... Ala.. tentu pembaca pun sedia maklum... Sesiapa yang tak bertukar lagi , sila la bina shoutbox baru.. Awalnye...buat tak kisah je..tapi kebetulan masuk ke 'rumah' cik aisha , teruja pulak untuk memproses shoutbox baru... Try buat mcm cik aisha.. sahabat saya ni guna link ishoutmix tak jadiiii....percubaan saya GAGAL.. Akhirnya jumpa website ni http://free-shoutbox.net/index ... Macam yang di bawah ni....Free punye..! Sudi-sudi la tetamu ummuainries menaip di dalam kotak baru ni ye... ¸.•*´¯)...Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah.

Catatan Pilu dari Wanita Untuk Wanita

Imej
¸.•*´¯) Assalamualaikum... ¸.•*´¯)* Tak tahu bagaimana mulanya saya bertemu dengan blog 'Mawar Nafastari' ini... Entah mengapa .. membaca catatan si penulis hati dicengkam rasa sayu yang teramat.. Saya tidak mengenali penulis secara jauh mahu pun dekat sekadar 'terserempak' tanpa sengaja dengan lamannya ini.. Tapi .. tergambar di mata saya seorang insan kerdil, seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu yang miliki sifat tabah . begitu kental dalam menongkah ujian hidup... seorang wanita muda yang kehilangan suami tika usia perkahwinannya yang masih hijau... Ditinggalkan oleh sang kekasih.., ditemani dua orang puteri yang masih begitu kecil untuk memahami segala kesedihannya... Sungguh ... Hati saya lebih berganda rasa sendu ..saat saya melewati Laman ini ... Coretan2nya benar-benar meruntun hati wanita saya, tika mengetahui pemiliknya telah dijemput 'pulang'... Sebagai seorang isteri saya dapat menyelami kesedihan seorang wanita bergelar isteri... Ap

~✿❤~ "Kenapa Siti Maslina Tak Patut Mati." ~✿❤~

Imej
Cerita 10 tahun yang lalu di bangku sekolah, aku punyai seorang teman rapat. Namanya Siti Maslina. Seorang pelajar yang sangat sederhana, pendiam, berbicara hanya bila perlu tapi dia seorang yang sangat baik denganku. Ku jadikan dia sahabat sejati ku.

~✿❤~ Tahu tak? ~✿❤~

Imej
.¸.•*´¯) Assalamualaikum .¸.•*´¯) ~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~ "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab : 21). Tahu tak.....! Nabi banyak menangis kerana risau pada umat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

Moh...,Ikut sunnah..

Imej
ISLAM itu INDAH.. Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah.Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Sesiapa mengikut sunnah dia akan mendapat 2 KEUNTUNGAN..

~✿~RENUNGAN : Gurauan Rasulullah SAW~✿~

Imej
•*¨*•.¸¸❤ ....Assalamualaikum... ❤¸¸.• *¨*• Rakan Pembaca Budiman .. Kali ini terpanggil untuk membawa minda kita semua melihat dan mengupas cara rasulullah bergurau senda.Mari kita kongsikan gurauan cara Baginda SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4)

~✿❤~ Penebang Pokok dan Kapak Tumpul ~❤✿~

Imej
AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

~✿❤~ PETUA-PETUA DIDAPUR.. ~❤✿~

Imej
•*¨*•.¸¸❤ ... Asssalamualaikum... ❤¸¸.• *¨*• Salam Hari Jumaat kepada semua pembaca. Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat... Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). Di hari yang penuh keberkatan dan penghulu segala hari ini.., saya ingin berkongsi sedikit petua2 di dapur.. petua yang saya kutip dari blog Chef Kegemaran saya.. CHEF SABRI HASSAN Seorang yang menitik beratkan segala hal keberkatan dalam makanan.. Seorang Chef yang begitu ISLAMIK dari sudut pandangan mata saya... Silakan berkongsi petua di bawah..

~✿❤~ Cinta Selepas Nikah (4) ~❤✿~

Imej
Si Jejaka : Hi awak, boleh berkenalan, dah lama saya perhatikan awak. Si gadis : Assalamualaikum…sape ni? Si Jejaka : waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum? Si gadis : Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

~✿❤~..Lagi Kisah Tentang Aurat ..~❤✿~

Imej
✿ ✮ ✿ ✮ ✿ "saya TAK PAKAI TUDUNG !!! saya TAK TUTUP AURAT !!! SUKA HATI SAYA LA!!! MENYIBUK JE HAL ORANG!!! APA MASALAH AWAK??? ✮ ✿ ✮ Awak Nak Saya JAWAB???

~✿❤~ HEBATNYA WANITA SOLEHAH ~✿❤~

Imej
•*¨*•.¸¸❤ Assalamualaikum ❤¸¸.• *¨*• Salam ceria di hari yang indah ini.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam... Saudara saudari... Mari kita teliti secebis kisah teladan tentang seorang wanita.. Betapa hebat seorang wanita yang disaluti keimanan yang utuh... lalu tatkala disuakan perbuatan maksiat, seorang wanita solehah mampu menangkisnya dengan kata-kata.. lantas menghadirkan rasa GERUN kepada ALLAH di hati seorang lelaki..... ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~♥ * ~ ♥ * ~♥ * ~ Terdapat dalam riwayat yang shahih.... Ketika seorang wanita solehah akan berangkat ke sebuah tempat yang jauh bersama kafilah, maka seorang lelaki mengikutinya kerana dia menyukai wanita itu.. Tidak berapa lama kemudian ketika semua orang mulai tidur.., lelaki itu mendekati wanita tersebut dan mengajaknya untuk berbuat maksiat..., Wanita itu berkata : “apakah engkau yakin semua orang sudah tidur dan tidak ada yang akan melihat kita?”

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Imej
(✿◠‿◠)..Assalamualaikum..(✿◠‿◠) Artikel ini telah dikutip dari NOTA FB Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ... Di bawa ke blog ini dengan tujuan untuk dikongsi bersama dengan sahabat2,Para Ibubapa di luar sana, mahu pun yang bakal menjadi ibubapa pada hari ini , esok , lusa , bulan depan , tahun depan atau bila2 masa sahaja .......(✿◠‿◠) Moga ianya berguna dan dapat dimanfaatkan bersama... Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Bulu Kucing Lekat Pada Pakaian... Solat Tak Sah..????

Imej
♥.❤••❤ ...Assalamualaikum... ❤••❤.♥ Pernah tak anda mendengar pendapat yg mengatakan tidak sah shalat sekiranya pakaian shalat kita dilekati oleh bebulu kucing....? Pendapat ini terbit berdasarkan ~ bulu haiwan yang tidak boleh dimakan jika disembelih hukumnya najis apabila tercabut dari badan haiwan tersebut... Untuk 'membebaskan' diri dari belengu kekeliruan harap anda dapat menghabiskan bacaan ini hingga ke noktah TERAKHIR ..

♥♥..Panduan Muslimah..♥♥ ♥♥ Wanita Solehah ♥♥

Imej
Assalamualaikum... Wanita SOLEHAH tidak akan sekali2 MENYUKAI dirinya DIGODA atau membuatkan lelaki bukan mahram TERGODA dengannya..

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Imej
Diantara Hadith-Hadith Mengenai Kucing Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan ... bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Hati Tempat Simpanan Iman...

Imej
~✿ MENJAGA HATI lebih perit dan susah daripada menjaga sekandang biri-biri.. tetapi apabila hati sudah dijinakkan, ianya LEBIH SUSAH untuk menjadi liar berbanding biri-biri....✿~

::....ALLAH Tahu....::

Imej
~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~ ♥:: SAHABAT ::♥ ALLAH SWT tahu apa yang terbaik bagi kita. Jadi mengapa kita harus mengeluh. Kita selalu ingin matahari bersinar tapi Dia tahu harus ada hujan.

Kucing Nabi nama Mueeza.

Imej
Buat Pencinta2 Kucing Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang dib eri nama Mueeza. Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Di Caci..??? Apa Tindakan Anda..?

Imej
Assalamualaikum sahabat dan pembaca Budiman..., Pernahkah anda di marahi, dicaci, dimaki hamun atau seumpamanya..? Apa yang anda lakukan jika berada dalam situasi itu..? Melenting..? Membalas kembali kata-kata cacian itu..? Mendiamkan diri..? Atau bagaimana..? Pernahkan pembaca tahu satu kisah ini..? Abu Bakar r.a juga pernah menerima cacian... Apa yang sepatutnya kita lakukan..? Mari kita habiskan kisah di bawah ini untuk kita berfikir tindakan terbaik dan sewajarnya yang perlu kita ambilbagaimana dalam menangani atau mendepani situasi tersebut...

10 Muharram ~ Kelebihan Bulan Asyura

Imej
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)

Kisah Hijrah Rasulullah SAW

Imej
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baitul Muslim Contoh : "Kisah Solat Jemaah Bersama keluarga"

Imej
Assalamualaikum... Hari ini..., mari kita berkongsi sebuah kisah yang saya kutip dari FB seorang rakan.... Cukup terharu membaca kisah pendek ini. Terasa diri begitu kerdil, adakah kita juga mampu menjadi ibu yang berjaya mendidik permata hati setaat ini....? Sama-samalah kita jadikan kisah ini sebagai panduan dan perkongsian yang sangat bermakna...

Riba : Jemputan berperang dengan Allah & Rasul-Nya

Imej
Firman Allah SWT: “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang mengulangi, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah: 275) Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi.” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391)

Tolong Cari...! (2)

Imej
Assalamualaikum..... Seronok pula rasanya berteka teki dengan gambar ni.... Ada satu lagi haiwan tersembunyi dalam gambar di bawah ..... Saya sendiri mengambil masa yang agak lama menenung gambar ini.... Apa kata sekarang sahabat2 pula cuba mencarinya...

Tolong Cari....!

Imej
Assalamualaikum.... Semoga hari ini adalah hari yang CERIA dan menGEMBIRAkan buat semua... Apa kata kita uji ketajaman mata kita.. Perhatikan gambar di bawah ni... Cari, apa yang ada dalam gambar... Nampak tak..??? Cari betul-betul...

Nenek Pemungut Daun

Imej
Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Ia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh. Usai jualan, ia pergi ke masjid Agung di kota itu. Ia berwudhu, masuk masjid, dan melakukan salat Zhuhur. Setelah membaca wirid sekedarnya, ia keluar masjid dan membungkuk-bungkuk di halaman masjid. Ia mengumpulkan dedaunan yang berceceran di halaman masjid. Selembar demi selembar dikaisnya. Tidak satu lembar pun ia lewatkan.

Maaf...,, Saya Lebih Takutkan Allah..

Imej
Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Set ibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.

~✿Cinta Selepas Nikah (3)✿ HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM NIKAH.

Imej
Cinta Sebelum Nikah..dah Nikah jangan macam ni pulak.. Hati-hati dengan pertunangan (istilah berlapik ganti ‘couple’ ), Hati-hati dengan cinta sebelum Nikah. Mula-mula ustaz-ustazah, Kemudian awak-saya, Kemuncaknya abang-ayang

Sanah Helwah Sahabat....

Imej
Tanggal 12.11.2011..... Inilah harinya ....

Siapa Wanita dimurkai .. ???

Imej

Walaupun BERTUDUNG..,masih tidak membuahkan rasa kehambaan..

Imej
NILAI TUDUNG WANITA... ~~~~Assalamualaikum~~~~ Entri kali ini masih juga berkisar tentang pemakaian tudung oleh wanita... Harap ada ramai yang sudi membaca catatan2 sebegini... Hasil pemerhatian , entri2 sebegini biasanye agak kurang mendapat sambutan .. Tidak seperti sambutan hangat yang diberikan pada catatan2 yang berkaitan tentang kisah2 dan gosip terkini dunia artis...Apa pun saya akan paparkan juga bahan yang saya temui dr FB ini untuk tatapan mereka yang sudi menelaahnya. Terima Kasih pada yang ambil peduli dan cakna akan isu-isu yang melibatkan aurat wanita muslim.. Ayuh..! kita mulai meneliti dan 'membedah' artikel di bawah ini..

"Astaghfirullah!!!Ampunkan Aku Ya Allah...

Imej
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

KISAH BERANI GAGAL PARA TOKOH DUNIA..Anda BERANI..????

Imej
Adakah kita berasa kita telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tetapi bangkit kembali,malah mampu menguasai dunia!!

Ditimpa musibah kerana belakangkan suami

Imej
MAZNAH (bukan nama sebenar), ibu lima anak dan isteri Bahari (bukan nama sebenar), seorang pesara. Hidup mereka tidak mewah, tetapi cukup segala-galanya. Bahari pula sering berulang- alik ke hospital untuk menerima rawatan kerana menghidap penyakit kronik. Suatu hari, dua adik lelaki Maznah datang ke rumahnya dan membawa berita gembira iaitu ingin mengajaknya menunaikan haji.

Tujuh perkara ganjil.

Imej
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Imej
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w. . Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat

Imej
Apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu...?Ini adalah jawapan yang mungkin kita dengar dari bibir orang2 yang 'liat ' untuk mematuhi perintah Allah yang satu ini...

Menjaga batas pergaulan di 'dunia nyata' ...TETAPI cuai di 'alam maya'.....

Imej
Assalamualaikum akhwat sekalian.... ana nak kongsikan disini terutama batas ikhtilat di ... alam maya risau dan gusar hati ana melihat ramai kini akhwat yang menggunakan alasan mahu menuntut ilmu dan mahu mendalami agama di group2 yang bercampur lelaki perempuan dengan sewenang-wenangnya berkomunikasi dengan lelaki tanpa ada sebab musabab yang benar-benar kuat. bila dah tanya soalan contohnya 'apa pendapat korang pada perempuan yang tak tutup aurat?'

Beza Perempuan Lawa dan Tidak...BETUL KEEEE???

Imej
Harap Maaf..! Gambar adalah sangat2 tidk berkaitan "Kalau perempuan lawa pendiam Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman... kalau perempuan tak lawa pendiam Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

Anda di Mata Orang Lain

Imej
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, “Siapa yang nak duit ini?”.

SubhanaAllah..Mayat Lemas Tapi Keluar Darah..

Imej
.::: KEMATIAN YANG DICEMBURUI :::. KISAH ALLAHYARHAM HUZAIFAH (1) Laporan ini ... disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Aku Tahu Aku Memang Keliru

Imej
Sudah lama Abu Jahal bersahabat akrab dengan Abu Dzar Al Ghiffari. Bahkan sebelum Islam masuk. Tidak heran, karena keduanya adalah saudagar yang sama-sama mengadu keuntungannya dengan berdagang. Keduanya terkenal sebagai rakan kongsi dagang yang saling menguntungkan. Setiap kali Abu Dzar datang ke kota Makkah, ia selalu membawa barang-barang dagangan yang hanya dijual dengan perantaraan Abu Jahal. Tetapi hari itu alangkah hairannya Abu Jahal, ketika kedatangan Abu Dzar ternyata tidak disertai dengan barang apapun seperti biasanya. Apalagi wang perniagaan. “Kau membawa barang dagangan, hai sahabatku,” Abu Jahal yang mempunyai nama asli Amr bin Hisyam ini bertanya. “Seperti yang kau lihat, tidak,” Abu Dzar menjawab. “Engkau membawa wang?” tanya Abu Jahal semakin bingung dan hairan. “Wah, juga tidak.”

Anak Ikan Yang Degil

Imej
Salam singgah ke blog ummuainries ye.... Hari ni nak selitkan satu cerita yang pernah dikisahkan oleh Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di salah satu kuliah mingguannya di suatu ketika... Perumpamaan tentang mereka yang tidak mahu menerima kata2 ULAMA.. Bacaan buat mereka yang mahu berfikir..Silakan lah.....

Peringkat Solat dan Lima Jenis Manusia

Imej
Jenis Pertama Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat. Mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

ZaujKu ~ Selamat Memasuki Usia Baru

Imej
Alhamdulillah.., syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kasih dan sayangnya Dia meminjamkan sedikit masa lagi untuk diri ini meniti kehidupan bersama en. zauj... dan meminjamkan seketika lagi en.zauj untuk diri ku.. Selamat Ulang tahun Kelahiran En zauj ku.... En. Zauj ku.... Tiada hadiah yang mampu kuberikan selain setitis kasih dan rasa sayang pada mu... Semoga Baitul Muslim yang terbina ini kukuh hingga ke hujung usia kita.. En.Zauj ku.. Dengan pertambahan usia ini.. moga dirimu sentiasa terpelihara dalam keimanan dan meningkatnya sifat ketaqwaan.. Semoga bisa terus menjadi suami yang sepanjang waktu dapat memimpin tangan ku... menjadi zaujku yang selalu meminjamkan bahumu di kala aku berduka.. bisa menjadi abah yang dapat menuntun petera dan puteri kita menjadi zuriat yang soleh dan solehah... Selamat Ulang Tahun Zaujku... ~ZULKARNAEN ABDULLAH~ Semoga bisa merasa bahagia sepanjang keberadaan mu di sisi kami... Doakan kami bahagia selamanya