Jom Koreksi Diri ~ Semak Pakaian dan Aurat Kita..


Bersempena bulan yang penuh barokah ini mari kita mengambil langkah untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam...Mulakan detik ini, sama-sama koreksi diri..
Mungkin dengan keberkatan bulan yang dilimpahi seribu Rahmat ini segala niat baik akan dipermudahkan dan diperkenankan..
Perbetulkan perkara yang kita anggap biasa.. Lihat pakaian kita, aurat kita..Adakah kita telah menutupnya dengan sesempurna mungkin..Atau pemahaman kita menutup aurat itu sekadar mengenakan tudung... Lihat pula lengan kita, dada kita atau kaki kita... Atau mungkin kita berpakaian tetapi masih tetap kelihatan jelas lekukan di setiap inci tubuh...?

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya.
Nauzubillahiminzalik! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadith ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

(Ingatan buat diri pemilik blog yang sering alpa)

...Berpesan-pesan untuk kebaikan...
Selamat Beramal

RM 100 & RM1.00
Hidup ini seperti MUTIARA
Muhasabah Bersama
Jangan...Jangan..Jangan..
Baiknya ALLAH ♥
Dengar Kata Orang...Ape Pun Tak Bleh...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

azievee berkata…
masih cuba membaiki cara pemakaian...
insan_marhaen berkata…
Akak pun begitu juga...
sal ya berkata…
masih dalam proses memperbaiki diri sendiri.
Nur berkata…
doakan mereka mendapat hidayah bukan di bulan posa ni je, malah di bulan2 lain juga :D

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...