Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Pantun Suke Suki...

Imej
Assalamualaikum..ceria-ceria sokmo.. Hari ni rasa nak berpantun pulak..... Jom pantun sama-sama.... Pulau Pandan So Far Ke Tengah, Gunung Daik Bercabang Triple, Benda Mungkar Together Kita Cegah, Dosa Maksiat Jangan Ambil Simple. Two Three Kucing Berlari, Mana Nak Sama The Kucing Belang, Make Sure Istifar Setiap Hari, Just In Case Ajal Menjemput Senang. Pantunnye dua rangkap je...Saja la nak release tension.. Baca tanpa prejudis ye..Jangan kata C'jai perosak bahasa pulak... Sesekali hidup perlu gurau senda.. Pantun ni bukan rekaan sendiri, tapi c'jai jumpa kat FB.. Walaupun rojak bahasanya abaikan yang penting ada isi dan nilai yang baik di dalamnya.. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~

'Dua Alam'...

Imej
... ALLAH itu MAHA PENCIPTA... Lihat alam sekeliling kita.. Di mana-mana ada keindahannya. Di langit , di daratan mahupun di lautan, ada keajaiban yang terzahir di pandangan mata dan tersembunyi dari terlihat.. "...Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya." Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~

Kisah Malaikat Kecil

Imej
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu

Air Mata Tertumpah di Sini..

Imej
Seronok pulak saat mendengar berita sahabat-sahabat yang pergi melakukan ibadat umrah dalam tempoh terdekat ni..Iringan doa buat kalian moga dipermudahkan..Pada yang telah kembali ke tanah air, harapannya moga umrah kalian ,umrah yang MABRUR.. Lebih-lebih lagi kepada abang ipar, Abang Teh yang berangkat April ini.Semoga dapat merebut peluang untuk beribadah sebanyak dan sebaik mungkin.. * Tips apabila kita berada di dalam Raudhah * Kalau kita hendak dapat lama berdoa di Raudhah, kita berdoa semasa sedang sujud solat sunat Yang dilakukan. Ini ada ... lah supaya, penjaga Arab yang menjaga disitu tidak meminta kita keluar. Kalau kita menadah tangan dan berdoa, kita tak dapat lama untuk berdoa. Pasti kita akan diminta keluar dengan cepat sebab ada kumpulan negara lain pula yang hendak masuk. Kalau orang lelaki memang mewah untuk mengerjakan solat-solat sunat yang lain di raudhah. Itulah bezanya. Pemandangan di dalam Raudhah sangat cantik, lampu-lampu banyak dihiasi dengan ayat Qu

Tasik Pink...

Imej
Kita biasa melihat air tasik atau laut yang berwarna biru kehijau-kehijauan atau mungkin juga airnya kelihatan jernih.... Beralun tenang dan sesekali berkocak kala permukaannya 'dikasari' sang hujan... Nah...Lihat pula keagungan ciptaaNya... Mungkin tak pernah terfikir dek akal fikiran yang cetek ini ada tasik berwarna merah jambu atau lebih mesra dengan panggilan pink .. Tasik ini terbentuk di sebuah pulau di Australia Barat. Matthew Flinders merupakan orang yang dipercayai menemukan tasik ini tahun 1802. Sehingga sekarang sebab musabab air tasik ini berwarna pink masih belum terungkai dan terus menjadi misteri. Ini pula Tasik Retba di Senegal .. Air tasik ini juga berwarna pink. Dikatakan kandungan garam Tasik Retba ini sangat tinggi. Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~ "Saat aku menyampaikan suatu kebaikan kepadamu,

Jom Timbang Berat Blog

Imej
....Berat maksimum yang sesuai untuk blog adalah 100KB ... Blog yang terlalu berat loadingnya agak perlahan, kebarangkalian untuk ditinggalkan begitu saja oleh pengunjung amat besar. Jadi jom kita timbang berat masing-masing di bawah ni.. Bersedia...???? Boleh mula menimbang sekarang... Masukkan url blog dan klik check !.. Klik gambar untuk besarkan imej Untuk menimbang anda boleh klik gambar penimbang... TIMBAAAANG....!!! Macamana..? Obes ke blog anda... Tahniah kepada yang mendapat berat yang ideal.. Untuk yang obes fikir2kan cara untuk mengurangkan berat blog masing2.. Blog saya awal kemunculannya memang obes..Tetapi sekarang sudah sedikit slim walau pun beratnya masih melebihi paras 100KB...Susah tak sahabat2 nak buka blog saya...?????? p/s: Terima kasih pada ALQASSAM kerana beliau telah menyedarkan saya betapa obesnya blog KMRI satu ketika dulu..

Berkongsi Resepi Sihat

Imej
Cara pemakanan masyarakat moden hari ini terlalu banyak menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik... Manakan tidak, jika setiap hidangan itu terlalu mewah dengan minyak, tinggi kandungan gula dan garam. Semuanya bermula dari perut .. Jika perut dapat dijaga .. InsyaAllah kita akan dapat mengawal penyakit-penyakit kronik singgah di tubuh kita.. Di sini saya ingin berkongsi dan sebarkan resepi sihat dari Chef Islamik ... Chef Sabri Hassan . Gambar sekadar hiasan ehsan Pakcik google SALAD APPLE DAN CELERY 1 biji buah Epal hijau di potong mayang 1 batang celery- dibuang kulit dan dipotong mayang 1 cawan buah anggur merah - dipotong 4 4 sdm lobak merah - dibuang kulit dipotong mayang 2 sdm kismis 3 sdm minyak jagung 1 biji jus perahan buah lemon garam dan gula secukup rasa cara: Masukann semua bahan-bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga rata. Sangat mudah bukan.. Terima kasih kepada Master chef Sabri .. Kawan-kawan Selamat mencuba.. Saya juga tak

Dengar Kata Orang...Ape Pun Tak Bleh...

Imej
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI Bila jadi baik, ORANG MELUAT Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR' Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!" Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?" Bila kita tak tolong apa-apa, ad

Indahnya Pelangi

Imej
Kejadian Alam ciptaan Ilahi terlalu hebat di mata kita sebagai hamba yang begitu kerdil. Pandang lah langit yang terbentang luas... tergantung tanpa tiang... Di situ adanya awan, di situ juga turunnya hujan dan sesekali Pelangi turut menghadirkan diri.. Indah bukan..? Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun.Ia biasanya secara semula jadi dan boleh dilihat selepas turunnya hujan.. Mengikut urutan, warna pelangi ialah merah , jingga , kuning , hijau , biru , indigo dan ungu . Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan . Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang ce

Subhanallah...!Dia Tahu Ini Ainul Mardhiah....

Imej
"Ainul Mardhiah...?" sapa seorang lelaki Arab yang sedikit meluru menghampiri, sambil jarinya menunjuk kepada puteri kami... Abah yang sedang menuntun Ain menuju ke arah van menjual ais krim sedikit kaget... 'Ainul Mardhiah....?" ulang lelaki tersebut masih lagi menunjuk ke arah Ain ... "Yes..Ainul Mardhiah.." jawab abah mungkin teragak-agak.. Abah kata sempat mereka berbicara untuk beberapa ketika .... dan lelaki Arab yang tak dikenali itu lantas ketawa seperti sangat gembira, saat mengetahui puteri kami bernama Ainul Mardhiah. Dia menyeluk poket seluarnya lalu membawa keluar duit kertas satu rial.. Duit tersebut dihulurkan kepada Ain.. Dengan malu-malu Ain menyambut huluran dari lelaki tersebut.. Sebaik duit bertukar tangan lelaki itu terus menuju ke keretanya.... masuk ke perut kereta... senyuman masih bersisa diwajahnya. Beberapa saat kemudian meluncur lalu hilang dari pandangan... Inilah 1 Rial yang diterima dari Pak Arab ... Disimpan hingga ke hari i

Gambaran Rumah Rasulullah saw..

Imej
.....Assalamualaikum... ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ ( sebelum membaca dengan lebih lanjut...saya sarankan anda pause lagu blog ini dan sila klik lagu Law Kana Bainana di sebelah kanan blog ) Pernahkah kita terbayang bagaimana keadaan kediaman Rasul kita manusia Agung yang diangkat Allah sebagai Kekasihnya... Luas mana ruang tamunya, sebesar mana bilik tidurnya... Di bawah ini adalah grafik kediaman junjungan besar kita, Rasulullah saw. Grafik kediaman Rasulullah saw dipersembahkan keseluruhannya oleh penerbit Law Ka Na Bainana, Ahmad Al-Shugairi . Melalui grafik ini, dapat diketahui bahawa rumah Rasulullah saw bersambung dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawarrah. Di antara rumah Rasulullah saw dan Masjid Nabawi inilah terdapatnya satu tempat yang dikenali dengan Raudhah yang mana segala doa akan dimakhbulkan oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw daripada Abu Hurairah ra, “Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-tam

Langit Ilahi...

Imej
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. Baqarah [117] Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). ( Ar-Ra'd 13:12 ) Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui Gafir [57] Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui Az-Zukhruf [9] Ba

Hasrat Yang Tak Tertunai...

Imej
"Kak Tam ......" aku menunggu kata-kata seterus dari bibir lesu seorang abah.. Barangkali abah ingin meluahkan sesuatu.. " Langsungkan la kenduri sementara abah ada" kata abah penuh pengharapan , di suatu petang sewaktu kami berdua duduk dibirai katil tempat pembaringannya.. sambil itu aku mengurut-ngurut belakangnya.. Lemah dan perlahan suara abah sudah cukup menunjukkan deritanya abah bertarung dengan kesakitan.. Aku...... sekadar diam seribu bahasa di sebelah abah... Waktu itu aku baru 2 bulan lebih melangsungkan pertunangan... Aku pandang abah ... jauh abah merenung ke hadapan... Abah.... sedihnya hati, andai aku tak mampu menunaikan permintaan abah.... Tapi sejujurnya aku sangat malu... malu untuk memohon agar majlis perkahwinan ini di segerakan... Harapan abah itu aku pendamkan begitu sahaja... Tidak ku khabarkan pada sesiapa .. Hanya aku dan abah ..... Aku kebimbangan sendirian... 'Ya Allah berilah peluag untuk abah melihat majlis pernikahan terakhir d

Aku..., Bagaikan Menuntun Tangan Emak..

Imej
Sedang dalam perjalanan menuju ke Masjid Setengah jam sebelum azan zohor berkumandang dari corong menara Masjid Nabawi kami sekeluarga telah bersiap untuk ke masjid.. Usai mengunci bilik , saya meminta suami menunggu seketika di hadapan lift.. Sambil melintasi bilik-bilik bersebelahan mata memandang dan mencari-cari nombor bilik wanita Bangladesh yang saya temui pagi tadi. Tiba-tiba mata tertumpu pada bilik yang kedudukan agak di hujung .. "Inilah biliknya" "Ada ke mak cik tu, sunyi je" Saya bermonolog sendirian. Meringan kan tangan lantas mengetuk pintu tersebut sambil memberi salam. "Look, she's come..she's come" terdengar suara dari dalam. Sebaik pintu terbuka wanita tua dan anaknya menghampiri saya dengan wajah ceria. "Thank youuuu..Thank youuuuuu...." kata si ibu kegembiraan sambil memegang-megang tangan dan mengusap wajah saya.. Saya terharu melihat reaksi mereka. "Saya dah cakap dia tentu akan datang" "Lihat , dia

...Tiba-tiba Dia diHadirkan..

Imej
Telah dua hari kami sekeluarga berada di bumi Nabi... Terik mentari pagi mula terasa membahang ke muka... Biar pun ketika itu jam baru menunjukkan angka 9.00 pagi. Sememangnya di bulan Jun ini bumi Madinah cuacanya agak panas. Begitu rindu untuk mendengar kembali suara nyaring dalam loghat Indonesia... Suara milik gadis-gadis dan wanita berniqab yang bertugas untuk mengawal jemaah wanita.. "Masuk ibu..." "Masuk ibuuuu.. Masuuuuuk... Sambil tangan mereka ligat menunjukkan arah.. Beberapa kali pipi Ain di cubit manja oleh mereka.. "masyaALLAH...MasyaALLAH' sambil mengusap lembut kepala puteri saya. Selesai bersolat dhuha saya dan Ain duduk menunggu along dan abahnya di dataran masjid di bawah tiang berpayung. Kami memang berjanji untuk menunggu di sini jika siapa antara kami yang selesai dahulu. Telefon saya sengaja diberikan kepada suami sebelum kami berpisah menuju ke pintu masjid tadi.. Bagi jemaah wanita peraturannya sedikit ketat untuk memasuki masjid.Tele