Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bingkisan Untuk Guru...

Bersenamrobik La Pulak Kami Ni..

Imej
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Hari ini Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah berlangsung di peringkat kebangsaan, membabikan lebih 3.6 juta murid . Senamrobik ni dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara bermula pukul 8 pagi. Ini pula aktiviti yang berlansung di sekolah saya tepat jam 8 pagi tadi... Banyak juga la peluh jantan yang keluar... Semangat sangat bersenamrobiknya.. Jom la layan gambar2 di bawah ni. Murid-murid sedang mengikut rentak irama senamrobik..... Ni gelagat cikgu-cikgu lelaki..... Tengok betapa semangatnya kami.... Yang mana satu tuan blog pun tak tau dah... SUMBER GAMBAR ( sini ) Setengah jam berlalu tak terasa..... Bergambar kenangan selepas selesai aktiviti mengeluarkan peluh.... Senamrobik ini telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui pembabitan lebih 3.6 juta murid .. Penyudahnya sampai di rumah, memengsankan diri .. Bila dah berumur ni stamina pun dah ke laut, habis bongkar urat saraf gara2 senam...

Cikgu..???? Sapa kata SENANG...

Imej
Biar sebesar apa pun ujian dan cabaran yang menanti di hadapan... Kepada insan-insan yang bergelar cikgu teruskan perjuangan.. Semoga amal yang dil akukan dalam mendidik anak bangsa seagama akan menjadi 'pencen' yang mengalir berterusan di dalam kubur nanti... Apa pun kata-kata yang dilemparkan oleh mereka, usah diambil peduli... Kerana kebiasaannya hanya cikgu yang MEMAHAMI cikgu. sesungguhnya cikgu itu juga manusia BIASA yang tak lepas dari melakukan KESILAPAN... Sentiasalah kita tegur menegur ke arah KEBAIKAN. Apa pun kepada mereka yang memahami dan memberi sokongan kepada insan guru SYUKRAN ya.. Semoga anda diRAHMATI ILAHI... Jadilah seorang MURABBI... Terima kasih cikgu .... Akhir Kalam.... ¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)* Sesiapa yg nak kongsi silakan. Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang. Sila Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿) Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya... ~♥♥ ummuainries ♥♥~

Puisi Buat Guru...

Imej
Senyuman guru sentiasa manis SEMANIS KURMA... Biarpun penat, tidak pernah mengadu pada ADUAN RAKYAT... Guru pencetus kejayaan kerana gurulah MENTOR... Hingga ramai melahirkan IMAM MUDA... Senda guraumu menghiburkan, walaupun guru bukan RAJA LAWAK... Kerenah para pelajar, guru hadapi mengikut MELODI... Guru berpesan, nak berjaya janganlah ponteng AL-KULIYYAH... Nak berkat, bawalah berbincang dalam HALAQAH... Yang pasti, kata guru, tuntutlah ilmu tanpa jemu kerana ia adalah KALAM SUCI... Selamat Hari Guru... Moga kita semua sentiasa mendapat AL-HIDAYAH... Obor Hemah Guru adalah awan indah terbang rendah, melimpahkan hujan pada musim gersang, menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; ia renjis embun pada tanah bakat, suara ihsan ketika manusia kalah, sepi yang syahdu dalam dunia resah. Guru - atap ganti ketika pondok bocor, ketika sejarah dalam bilik darjah, senyum penyembuh bagi wabak sengsara, ...

Cikgu...Terima Kasih Cikgu...SELAMAT HARI GURU..

Imej
Guru... Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawanya ada mesra, Dalam diamnya ada bijaksana... Berbahagialah menjadi GURU . Saban tahun 16 MEI pastinya dinantikan oleh warga pendidik dan para pelajar serta murid-murid sekolah. Sesungguhnya angka keramat ini telah dinobatkan sebagai Hari Guru seMalaysia setiap tahun... Tema hari guru 2011 adalah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Menjadi seorang cikgu tidaklah semudah yang dibayangkan. insan yang bergelar cikgu perlu banyak bersabar dalam melaksanakan amanahnya. Cikgu juga perlu mendidik dirinya supaya menjadi guru yang serba boleh...Perlukan banyak pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan perasaan.. Setiap kali ditanya tentang cita-cita oleh cikgu semasa saya dibangku sekolah, cita-cita saya tidak pernah berubah..Tentunya Guru... Hingga ada cikgu-cikgu di waktu itu memberitahu kami... "Awak tak payah la jadi cikgu, cari kerja lain"...Timbul juga rasa tidak puas...