Berhujung Minggu di Telaga Biru dan IKIM...
Dah nak masuk hari ke 2 peristiwa ni berlalu tapi tetap nak berkongsi juga kenangan ni...
Ahad kelmarin encik zauj bawa saya dan anak-anak ke jualan gudang buku-buku keluaran Telaga Biru.... Memandangkan saya dan anak-anak 'hantu buku'... maka sesampai saja di tapak jualan kami memang tak bertangguh terus sahaja membelek-belek buku yang ada... Majalah Solusi, 3 naskah 10 henggek..mana mak tak teruja nak oiiii...hehe.. Dalam pada asik membelek majalah Solusi tetiba mata terpandang encik zauj sedang berpelukan dengan hamba Allah... Masya Allah... di sini rupanya jodoh kami , bertemu dengan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.... Tulisan-tulisan ilmiahnya boleh dibaca di dalam Majalah Solusi dan Majalah Al-Ustaz.. Alhamdulillah Ustaz masih mengenali kami walau telah dua tahun tak bersua wajah... Sekadar berhubung di alam maya...
Capai situ, capai sini.. tak sedar dah dua tiga beg buku dibimbit... Maklum sahajalah diskaunnya gila-gila...Pulak tu Ada lagi potongan setelah diskaun, bila kita menjadi ahli...Wah teruja sungguh...!
Sebahagian terpaksa disembunyikan ...hehehe...
Cadangnya selepas selesai 'melontar' di Telaga Biru terus nak bergerak pulang..Tapi encik zauj ajak pulak ke majlis sambutan Ulang tahun ke 11 Radio IKIM... Saya no problem... orang nak bawa ikut kan ajelah... Alang-alang dah turun key el katanya..Jualan di Telaga Biru dan Majlis Ulangtahun Radio IKIM ini kedua-duanya merupakan hari terakhir..
Dari jauh dah kelihatan meriah... Orang punya lah ramai... Memborong kat sini pulak kami...Bermacam-macam produk makanan kesihatan yang kita jumpa..segala macam ada... Rambang mata melihat jubah-jubah yang tergantung... Penyudahnya satu pun tak beli... Sekadar membeli produk kesihatan dan sedikit barang2 untuk Along dan Ain..

Dapatlah tengok kumpulan nasyid UNIC yang sedang perform...
Yang penting anak-anak seronok hari ni..
Yang penting anak-anak seronok hari ni..
Laaaa..Dah habis ke ceritera..Haish..! belum lagiiiiii... Nak cerita kisah perjalanan pulang kami dari KL ke Pahang.... Masa kat higway Karak(kampung saya tuuuu..) ada kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan.... Agak-agak dalam 15 km juga la panjangnya kereta yang menghala ke KL jem..mak aiiii..tak tahu pukul berapa lah mereka yang tersekat dalam jem tu sampai ke destinasi masing-masing...
Nak dijadikan cerita...mata ni mengantuk yang teramat...Melihat papan tanda,Tol Chenor pun dah tak jauh mana..sat2 lagi sampai la jengka ..dan saya akhirnya terlena di sebelah...
Tersedar bila encik zauj berhenti di tol mengambil kad . Bila pandang keluar rasa macam asing je tempat tu...Bukan tol Chenor ni....

"kat mana ni bang"
"hehe....kat tol Maran, abang terlajak" kata zauj saya sambil ketawa....
...hahaha ...
Jadi satu kerja la pulak kami ni dok main patah balik... Memang kami berjalan sakan lah hujung minggu baru2 ni..Nasib baik sampai kat tol Chenor tak terlajak ke Temerloh pulak.... Alhamdulillah...selamat sampai juga akhirnya..Nasib baik lagi sekali, sempat bermaghrib di rumah... "hehe....kat tol Maran, abang terlajak" kata zauj saya sambil ketawa....
...hahaha ...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan