Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info dan Politik

Mat Indera .. Kembali menjadi Sebutan..

Imej
Sejarah Mat Indera Assalamualaikum.... Tak semena-mena Nama Mat Indera kembali meniti dari bibir ke bibir.. Mat Indera menjadi dekat di hati rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun kematiannya..Mungkin masih ada lagi yang samar-samar dengan sejarah Mat Indera @ Mat Indra . Berikut adalah sedikit research dan hasil dari Wikipedia . Namun begitu bukan 100 % catatan ini dari Wikipedia, saya turut membaca dan mengutipnya dari sumber yang lain...Harap Maklum..

Dr Lo' Lo Dalam Kenangan : Hilangnya Sebutir MUTIARA..

Imej
Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil. Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof. Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun. Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga. Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir...

Peludah Warna

Imej
Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuning nya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. A.Samad Said

Tak ramai, ada la dua tiga orang... kahkahkah...

Imej
Malas nak cakap banyak....cerita selanjutnya... Sila klik http://shalehudin.blogspot.com/2011/07/tak-ramai-ada-la-dua-tiga-orang.html Buatlah penilaian sendiri bagi yang mahu berfikir...

PATRIOT Batal Perhimpunan 9 Julai ini..????

Imej

Bersih 2.0: PAS junjung tinggi titah Agong

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. “Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Berikut kenyataan penuh beliau.