Gambaran Rumah Rasulullah saw..

.....Assalamualaikum...

~*~*~*~*~*~*~*~

(sebelum membaca dengan lebih lanjut...saya sarankan anda pause lagu blog ini dan sila klik lagu Law Kana Bainana di sebelah kanan blog)


Pernahkah kita terbayang bagaimana keadaan kediaman Rasul kita manusia Agung yang diangkat Allah sebagai Kekasihnya... Luas mana ruang tamunya, sebesar mana bilik tidurnya...

Di bawah ini adalah grafik kediaman junjungan besar kita, Rasulullah saw. Grafik kediaman Rasulullah saw dipersembahkan keseluruhannya oleh penerbit Law Ka Na Bainana, Ahmad Al-Shugairi.

Melalui grafik ini, dapat diketahui bahawa rumah Rasulullah saw bersambung dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawarrah. Di antara rumah Rasulullah saw dan Masjid Nabawi inilah terdapatnya satu tempat yang dikenali dengan Raudhah yang mana segala doa akan dimakhbulkan oleh Allah swt.

Sabda Rasulullah saw daripada Abu Hurairah ra,

“Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-taman surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku.”

( Riwayat Sahih Bukhari)

Bilik Rasulullah dan laluan keluar ke Masjid Nabawi

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.

Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

Sumber : Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

Jemaah sedang menunggu giliran menuju ke Raudhah

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Saiz Rumah Rasulullah saw

Rumah baginda mempunyai ketinggian hanya 3 meter dan selebar 4.5 meter. Manakala bilik baginda pula hanya sepanjang 3.5 meter dan selebar 3 meter. Di dalamnya tiada perabot-perabot mewah melainkan hanya bantal dan sebidang tikar untuk baginda tidur, bersolat dan merehatkan badan. Ia bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra,

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata,

“Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk”

(Hadis Sahih Bukhari dan Baihaqi)

Melalui beberapa hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Rifa’ah Al-Udzri dan beberapa yang lain, terdapat beberapa kelengkapan lain dalam rumah Rasulullah. Walaubagaimanapun, kelengkapan tersebut hanyalah kelengkapan basis seperti kerusi, kendi dan mangkuk.


Saiz rumah Rasulullah SAW


Saiz bilik Rasulullah saw.


Tikar dan bantal Rasulullah saw yang diperbuat daripada kulit berisi serabut.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Rumah Ummul Mukminin

Selain Masjid Nabawi yang berjiran dengan dengan rumah baginda, kediaman Rasulullah saw juga berdekatan dengan kediaman isteri-isteri baginda. Rumah-rumah isteri nabi berada di sekeliling masjid di bahagian tenggara sebelah Bab al-Baqi'U dan dari timur ke barat Bab al-Nisa hingga ke Bab al-Rahmah di bahagian belakang masjid.Urutan rumah-rumah isteri baginda paling dekat adalah seperti berikut:

1. Sayyiditina Hafsah bt. Umar al-Khattab ra

2. Sayyiditina Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah ra

3. Sayyiditina Aisyah bt. Abu Bakar as-Siddiq ra

4. Sayyiditina Ummu Salamah Hindun bt Abi Umaiyah ra

5. Sayyiditina Juwariyyah bt. Harith ra

6. Sayyiditina Zainab bt. Jashy ra

7. Sayyiditina Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufyan ra

8. Sayyiditina Safiyah bt. Huyay ra

9. Sayyiditina Maimunah bt. Harith ra

Deretan bilik atau kamar ummul mukminin.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Di tapak rumah Sayyiditina Aisyah ra, Rasulullah saw kemudian dimakamkan. Kemudian, dimakamkan pula dua sahabat besar baginda, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Walaubagaimanapun, kerana perluasan Masjid Nabawi oleh kerajaan Arab Saudi, ketiga-tiga makam itu kini berada di dalam lingkungan masjid, iaitu di sudut tenggara atau di sebelah kiri depan masjid.

Sewaktu berada di Raudhah, saya sendiri pernah di tunjukkan oleh mutawif dari jauh kedudukan rumah Sayyiditina Aisyah yang juga makam Nabi SAW.Melihat dengan mata kepala sendiri akan lebih menyentuh jiwa kita .

Semoga paparan ini bisa memberi gambaran kepada kita betapa ZUHUDnya seorang insan mulia yang telah dijanjikan syurga.

Di kongsi dari SINI dan telah disunting agar tidak salin dan tampal 100%.
semoga pemilik laman ini diRAHMATI ALLAH...

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~

"Saat aku menyampaikan suatu kebaikan kepadamu, bukannya aku hendak memberikan nasihat akan kekuranganmu sahabat..Tapi aku sekadar menjadikan dirimu sebagai perantara agar nasihat itu sampai kepada diriku."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...