Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Berhati-hati..Kita Diintai setiap Masa......

Imej
Assalamualaikum.... 5 minggu  blog ini terbiar tanpa berusik..Alhamdulillah hari ada sedikit keiginan untuk berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama..Mudah2an ada manfaatnya.... Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari..... Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka. Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.” Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembus