....Merdeka Raya....
Aktiviti kemuncak untuk bulan syawal bagi sekolah-sekolah di seluruh negara....Apa lagi haruslah jamuan Hari Raya peringkat sekolah... Oleh kerana UPSR berlangsung minggu ke 2 selepas raya, jamuan yang dirancang telah dilewatkan iaitu akan dibuat selepas tamat UPSR... Hari terakhir UPSR hari tu, satu sekolah dok merewang untuk persiapan keesokan harinya.. Kerja-kerja merewang pun dimulakan betul2 sehabis bebudak Tahun 6 menjawab periksa..Takut terganggu kosentrasi bebudak ni nanti..Maklumlah dewan sekolah pulak berhampiran dengan kantin... Kami ni kalau ada acara2 besar memang selalunya bergabung dengan pengusaha kantin dan para ibubapa untuk sama-sama memasak.....Maka riuh rendah lah jadinya serupa macam orang nak berkenduri kendara majlis perkahwinan lagi gayanya...Hai...apa tidaknya..tumbang lembu sekor... Jemputan pulak semua penjaga satu FELDA ni...mau tak meriahnya ... Lemang saja 60 batang..Yang ini Ketua Kampung merangkap pengusaha kantin sponsor... Cikgu-cekgi mana-mana yan...