Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kenangan Dhuyuf Ar-Rahman-HAJI

'Misteri' Kubah Hijau Masjid Nabawi....

Imej
Kubah Hijau.. Nampak tak ada bonggol di atas kubah ini? Anak panah menunjukkan bonggolan yang terdapat di atas kubah hijau Masjid Nabawi.. Kalau anda pernah terbaca di internet ada satu cerita yg mengatakan itu adalah kubur seseorang lelaki anyg dipanah petir kerana ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik...Dikatakan mayat lelaki tersebut tidak dapat dibawa turun lalu dikambus dan dikuburkan di situ... Sebenarnya itu adalah satu cerita rekaan dan karut yang digembar gemburkan oleh orang Yahudi.. Itulah maklumat yang diterima daripada pembimbing kami, Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman atau dikenali Abu Anas Madani ...Saya juga pernah bertanyakan hal ini kepada seorang mutawif wanita sewaktu kami dalam perjalanan ke Raudhah..Beliau turut mengatakan itu adalah tidak benar.. Pekerja2 masjid Nabawi, BinLaden group , mereka turut mengatakan itu bukan lah sebuah kubur.... Jadi selepas ini andai anda ada terbaca kisah seperti yang saya nyatakan maka jangan lah mempercayainy...

'Kiamat telah berlaku di pinggir Ka'abah'..

Imej
Menara Jam Tertinggi di dunia.. Salah satu tanda2 akhir zaman.. Memetik kata2 Dr Yusuf Al-Qardhawi ... "kiamat telah berlaku di pinggir Ka'abah".. wallahua'lam Muka jam berwarna putih pada siang hari..tetapi bertukar hijau pada malam hari.. Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu

Imbas Kenangan di MiNa

Imej
~JEDDAH 1 Nov -- Seramai 310 jemaah haji Malaysia menjadi kumpulan pertama berangkat pulang ke tanah air ...~ Alhamdulillah... Hari ni dah masuk 4 November pun....Selamat kembali ke Tanah air buat jamaah2 haji..semoga mabrur hajinya..Lepas ini setiap saat kenangan yang ditinggalkan di sana pastinya membuahkan rasa rindu .. Kenangan saya bersama zauj tersayang sewaktu di Bumi Mina beserta rakan2 jemaah dari As-Har Travel.. Berjalan sejauh 3 kilometer dari khemah untuk melontar ke Jamrat..   Berjalan dalam kumpulan yang ramai , perjalanan sejauh 3 kilometer tak terasa...sambil menuju ke tempat melontar jemaah bertakbir raya bersama2...syahdukan..! Melalui terowong Muassem....Terowong ini telah melakar peristiwa sedih ~ satu tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa para jemaah haji yang jatuh dan mati terpijak suatu ketika dahulu....Tetapi sekarang telah dibina satu lagi terowang dan laluan terowong telah dibuat satu hala untuk keselamatan.. Pemandangan Terowong Muassem yan...

Lena BerBumbungkan Langit Mudzalifah..

Imej
Masih lagi dalam KeNaNgAn..... Teringat..Selepas selesai berwukuf di Arafah usai melakukan solat maghrib dan isyak kami bergerak  pula untuk menuju ke Mudzalifah....Menunggu bas yang datang ...Hati rasa tak sabar..Ingin melihat sendiri bumi Mudzalifah yang batu-batu kecilnya nanti akan kami kutip untuk bekalan ke Mina... Dalam dingin angin malam padang pasir yang berhembus lembut akhirnya bas yang ditunggu tiba juga.... Musim haji ini deretan bas terlalu banyak...Sehinggakan perjalanan antara Mudzalifah ke Mina itu kadang kala mengambil masa yang agak lama walaupun jarak antara keduanya tidaklah sejauh mana pun...Begitu dekat sebenarnya...Sepanjang berada di dalam bas, saya lihat ramai jemaah-jemaah dari Pakistan , Turki atau orang-orang tempatan sendiri (agaknya la..wajah mereka kebanyakan seperti dari Timur Tengah) berjalan kaki menuju ke mudzalifah..terharu memandang suasana begini..Sesungguhnya mereka benar2 mengikut sunnah..Berjalan sambil membawa khemah kecil, beg pakaian,...

Masih Terpahat Dalam Memori..

Imej
Hari ini 9 Zulhijjah Masih juga Dalam Memori....Di sini ... di dalam khemah penempatan jemaah haji Malaysia kami ditempatkan mengikut kumpulan atau pakej haji yang kami ikuti... Saya beserta dengan jemaah yang diurusan oleh Syarikat Ash-Har Travel ditempatkan di dalam dua buah khemah..Sebuah khemah untuk lelaki dan sebuah khemah lagi untuk jemaah wanita..Seusai subuh kami bertadarus Al-quran dalam kumpulan kecil...Selesai bertadarus kami digalakkan memperbanyakan berdoa secara besendirian....Setelah bersolat jemaah Zohor kami mendengar khutbah yang dibacakan oleh Imam yang dilantik... Selepas waktu zohor ini secara individu kami melakukan sendiri solat-solat sunat seperti solat taubat dan solat hajat....selesai ibadah2 solat ini kami akan menyambung dengan berzikir dan berdoa... memanjat keampunanNya...merayu dengan mendayu agar dosa2 kami terampun di sini...kami ingin seolah bagai bayi kecil yang baru dilahirkan tanpa dosa ...bersih suci tanpa noda khilaf.. Suasana ketika ini begitu s...

9 Zulhijjah Dalam Kenangan

Imej
Tanggal ini  menjadi kenangan seumur hidup... Bermula 8 Zulhijjah saya bersama en zauj serta rakan2 yang lain bergerak ke Padang Arafah untuk persediaan Hari wukuf 9 Zulhijjah . Bermula perjalanan sebenar kerja haji kami...berada di dalam khemah  Padang Arafah beserta lautan manusia yang pelbagai rupa , warna kulit, bahasa dan bangsa...Di sini kami berkumpul dengan membawa satu tujuan..satu matlamat..mencari KEREDHAAN-NYA..Memohon KEAMPUNAN-NYA...dalam perhimpunan AGUNG ini.. Arafah telah menjadi saksi betapa basah buminya disirami dengan air mata keinsafan  manusia-manusia berdosa...Hati2 yang keras dan angkuh tersungkur di bumi ini bersama seribu kesalan atas dosa2 semalam..Pada hari Wukuf Allah berasa bangga dengan hambanya yang berkumpul dan memohon keampunan..Saat ini Allah  turun ke langit dunia... Tidak pernah selama hidup ini air mata saya mengalir bagaikan aliran sungai  yang tanpa henti....Inilah ketikanya, sewaktu di Padang Arafah...Segal...

Teringaaaaaat Sangat2.....

Imej
Tadi kebetulan tertengok berita jemaah Haji yang dah berlepas ke Tanah Suci.. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan... Sayuuuuu je rasa hati.... Dah 2 tahun berlalu.... Rasa nya sangat pantas masa meninggalkan kita... Sedangkan ianya seolah-olah bagaikan baru semalam saya dan en zauj menjadi Dhuyuf Ar Rahman 2010 tempoh hari. Teringat kali pertama memijak bumi Haramain..Kami tiba di sana ketika itu dalam pukul 12.oo tengah malam waktu tempatan.. Ketika kaki melangkah ke Masjidil Haram, minda masih tak mampu membayangkan bagaimana keadaan Masjidil Haram... Hati sentiasa berdebar-debar bila langkah kaki kian hampir... Di kala Masjidil Haram tersergam di depan mata , Debaran semakin kencang..    Segala macam rasa berkumpul menjadi satu..Tak sabar waktu tu untuk menatap sendiri Kaabah yang sering dilihat di kaca tv dan di dalam gambar...Bila memasuki  ruang dalam Masjidil Haram tiba2 perasaan sayu , sedih, hiba, gembira semakin kuat  .. Pandangan m...

Nostalgia : Dhuyuf ArRahman 1431H

Imej
Panggilan haji telah tiba lagi menunaikan ibadah panggilan baitullah..... @ Labbaikallah hummalabbaik labbaikala syarikalakalabbaik innalhamda wannik'matha lakawalmulk lasyarikalak Sayu hati tika telinga menangkap bait2 lagu tersebut... Lebih-lebih lagi sekarang ini , tiada bermusim, malah sepanjang masa orang akan berziarah ke Tanah Suci menunaikan umrah... Menerima undangan sebagai TETAMU NYA.. cukup membuat diri antara percaya dengan tidak.. Kedatangan musim haji semusim yang lalu... begitu membangkitkan nostalgia... Ingatan dua musim kelmarin, lantas menari-nari di benak fikiran... Saat persediaan dan persiapan di jalankan.. saat keluarga tercinta ingin di tinggalkan.. Hingga...sedar2 bangunan hitam telah tersergam di depan mata... Waktu ini air mata bagaikan aliran sungai yang mengalir tanpa penghujung.... sayu, sebak, penuh rasa keinsafan.. Terlalu banyak kenangan sewaktu menjadi Dhuyuf Ar rahman 1431H... Menjadi tetamuNYa..Berada dibumi suciNya... Sangat menuntut kesabara...

Di cium wanita Morocco...

Imej
Selesai memberi salam dan berdoa sesudah solat maghrib , saya mengeluarkan Quran kecil dari beg sandang berwarna merah. Sementara menunggu waktu isyak saya mengambil peluang beriktikaf dan membaca Quran.Sesekali hawa aircond di ruang solat bawah tanah itu terasa sangat dingin..Kedinginannya ada ketika , menyebabkan tubuh sedikit menggigil , lebih-lebih lagi pada waktu malam dan subuh... Tiba-tiba wanita di sebelah mencuit saya...Dia berada di sebelah kiri, saya memandang ke wajahnya. Dia tersenyum..Kulitnya yang putih dengan hidung mancung terletak.. Cantik..! hati saya berbisik.Susuk tubuhnya tinggi..Saya menjadi kecil disebelahnya.. Dia memberi isyarat dengan jarinya...Mungkin melihat saya tidak menggunakannya, dia ingin meminjam tasbih yang ada di tangan saya. Sambil tersenyum saya menghulurkan tasbih... Lagi pun saya memang ingin membaca Quran dan sangat berazam untuk khatam dua kali di Masjidil Haram dan kalau berpeluang sekali lagi ketika di Masjid Nabawi nanti.. Saya memberhent...

Tanah Haram Kian menggamit Hati….

Imej
Assalamualaikum Menyambung sedikit lagi catatan Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah.. yang tertangguh tempoh hari... ALLAHUROBBI..!! Terasa diri semakin hampir dengan BAITULLAH... Penerbangan kami di awalkan iaitu 27 Oktober 2010 … Sebaik mendapat kesahihan ini, barulah saya dan en.zauj menyediakan kelengkapan haji, membuat pasport dan visa serta mengambil suntikan yang untuk Jemaah haji.. Terasa begitu hampir untuk meninggalkan tanahair.Tidak sabar rasanya untuk berada pada tarikh 27 Oktober… Bermula saat ini saya mula berpesan kepada Along dan Ain..walaupun sebelum ini saya selalu bercerita tentang kemungkinan kami akan berhaji dan meninggalkan mereka di tanah air pada tahun ini… Dan setiap kali saya seusai solat…saya panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan saya di sana dan permudahkan juga orang yang akan saya tinggalkan.. Along akan ditinggalkan bersama Mak Tehnya kerana senang untuk ke sekolah.Sedangkan Ain mahu bersama wan dan ibunya iaitu adik ...

Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah..

Imej
Ini merupakan sinambungan dari kisah Terkenang-kenang tempoh hari.. Izinkan saya menyambung coretan dengan perasaan dan Semangat Membara .. Selesai berpantang saya berkesempatan menghantar ibu mertua dan abang ipar,ke Kelana Jaya.... Terbit di hati.. kalau tidak, saat ini saya dan en.zauj yang akan dihantar oleh saudara mara. Saya memasang azam, tahun 2010 nanti giliran kami berdua pula…. Sejak itu saya tidak putus-putus berdoa supaya Allah merezekikan kepada saya dan suami untuk ke Tanah Suci pada tahun berikutnya… ........2010........... Selepas apa yang berlaku…saya tidak menoleh ke belakang… Saya ingin lupakan apa yang telah terjadi dalam hidup ini.Sebaik 2010 membuka tirai, bermula sahaja kursus haji saya dan en.zauj berusaha meluangkan masa menghadirinya.. Walaupun ada ketikanya kami terlepas peluang kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan…dan saya sangat berterima kasih kepada GPK 1 sekolah tempat saya bertugas,kerana begitu memahami dan memberi keizinan kep...

Terkenang-Kenang

Imej
Kehidupan ini bagaikan pelangi ........ Penuh warna warni Dan warna-warna pelangi itu sentiasa terlakar saban waktu.. Tanpa kita sedar... Sarat dengan kenangan... kenangan-kenangan indah dan pilu untuk diingati.. Suatu Saat yang terindah , ketika dijemput untuk menjadi TetamuNYA ke Tanah Suci.. Maha Suci Allah..tiada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan ini.. Namun disebalik JEMPUTAN itu Allah sulamkan perjalanannya dengan peristiwa yang meruntun jiwa saya, hambaNya yang KERDIL dan LEMAH ini.... Sebelum Allah benar-benar mengizinkan saya menjejakkan kaki ke sana, Dia beri saya beberapa ujian sebagai tanda KASIH SAYANG NYA. Ada hikmah yang terselit di sebalik apa yang terjadi.. Saat Hati Terpanggil untuk ke Tanah Suci..