Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Ummi Anak Tiga Yang Ada Cuma Dua

Imej
Kisah Setahun Dulu... "Allah.... Terngiang-ngiang lagi di telinga ayat dia.." "Dua?"....Hehehh.. Ada bunyi tawa halus sambil dia menyandar pada kerusi..." "Baik tak payah beranak" . Dia menyambung lagi sambil  melemparkan senyuman tanpa rasa bersalah.. Senyumannya sangat sinis dipenglihatan saya.. Mungkin kerana hati yang baru dirobek sebentar tadi menjadikan pandangan mata saya juga berprasangka. Kata-katanya saya balas dengan senyuman... Orang tidak tahu disebalik senyuman ini mengalir air mata,,jatuhnya jauhhhhhhh ke lubuk hati yang dalam... Sekurang-kurangnya dapat sorokkan rasa hati yang baru tercalar. "Baik takpayah beranak......" Ah...Terdengar-dengar lagi.... Macam hina pula bila ada anak sedikit...hingga keluar ayat begitu... Saya mengerling pada cermin tingkap yang ada dihadapan... Ternampak raut wajah sendiri yang memerah menahan rasa. Sabarlah , mungkin Allah nak uji hati kita...Mungkin juga Allah nak didik hati kita