Hapuskan Word Verification di Comment Blog . Jom !!


Klik SINI
31
Orang Si Comel Mengomen

Berhati-hati..Kita Diintai setiap Masa......

Assalamualaikum....
5 minggu  blog ini terbiar tanpa berusik..Alhamdulillah hari ada sedikit keiginan untuk berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama..Mudah2an ada manfaatnya....

Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari.....
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut."

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar."

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.


Kembara Hati: Untuk tuan belog..takeNote n takeAction....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
28
Orang Si Comel Mengomen

Salam Kerinduan...


Tatkala hati teringatkan teman, 
terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hati kalian, 
tatkala hati rindukan teman, 
terfikir diminda adakah aku juga dirindui, 
tatkala kaki berat untuk melangkah pergi, 
hati tertanya, adakah kalian ingin bersamaku lagi 
 Aku rindu benar pada kalian. 
Moga doaku diterima  agar aku tak kan kehilangan teman seperti kalian. 
Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA.

KembaraHati : Lama tak jengok blog sendiri dan blog kengkawan..Sekadar kerap berinstagram yang dilinkkan dengan FB...Terima kasih pada yang masih sudi singgah dan menjadi follower2 baru..
mama aryan ... Ira ..., akak  alhamdulillah sihat ..Syukran sudi bertanya khabar..
cuma bermula dari kekangan masa , tetiba perasaan untuk menjengok blog pun  jadi pudar , seperti tiada hati untuk berkongsi cerita..... 
entah mengapa...2013 ini, sering di dalam fikir kematian menjadi agenda utama... entah .. sukar untuk diterjemahkan di sini apa yang sering tersirat di hati dan diminda...cumanya sering berharap kita masih punyai sedikit masa untuk terus bersahabat di maya ini...Salam sayang untuk semua  Inshaa Allah.... panjang umur berjumpa lagi...

# comelkan gambar Si Dony saya kat atas tu...Alhamdulillah dah semakin sihat dia... Kata2 dalam gambaar tu tiada kena mengena dengan tuan blog..sekadar renungan bersama...Senyum...

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Transparent Green Star
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...