Ada Pelangi selepas Badai..
Mindset ketika menghadapi ujian hidup: 1. Kenapa ujian seberat ini ? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya” Al-Baqarah: 286 2. Rasa frust? “Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” Al-Imran: 139 3. Bagaimana harus aku menghadapinya? “dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang kusyuk.” Al-Baqarah: 45 4. Apa yang aku dapat daripada semua ini? “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” Al-Taubah: 111 5. Tidak! Aku dah tak dapat bertahan!! “dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kufur” Yusuf: 87 ...