Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Fakta tentang ibu anda !

Imej
Ibu..
pinjamkan aku sebentar hatimu...
agar ku tahu seberapa beratnya deritamu dalam mengasuhku..

1. Mengandung:
Selama 9 bulan ibu berpenat lelah dan dalam keadaan begitu lemah membawa kita ke mana sahaja ketika di dalam kandungan.

2. Melahirkan:
Ibu bertarung dengan nyawanya demi melahirkan kita ke dunia.

3. Mendidik Dari Kecil Hingga Besar:
Sewaktu kita lahir ke dunia, kita ibarat seperti kain putih. Dari tidak tahu apa-apa, kita menjadi seorang yang berilmu atas didikan ibu sehingga menjadi manusia yang berguna, beriman dan berjaya.

4. Berkorban Masa Dan Tenaga:
Masa yang dikorban oleh ibubapa kita sangat banyak. Antaranya masa bayi, siang malam kita dijaga dengan teliti. Malah mereka juga bekerja mencari rezeki untuk keluarga.

5. Sabar Dan Tabah:
Kerenah kita bermacam-macam. Kadang-kadang tanpa disedari, kita selalu menyakiti hati ibu kita, namun ibu kita tetap bersabar.

6. Melindungi:
Tidak kira apa yang berlaku, ibu dan ayah pasti melindungi kita. Tak percaya? Buktinya kita ada rumah y…

HIDAYAH itu PERLU DICARI

Imej
Dan lihatlah antara mereka yang beruntung telah berhijrah kepada yang lebih baik.


~✿>> Bila bercakap SOAL JODOH, ramai yang memilih untuk BERUSAHA KERAS mencari walaupun SEDAR hakikat jodoh telah ditentukan..tetapi bila bercakap SOAL HIDAYAH, ramai pula MEMILIH untuk MENUNGGU biarpun sedar HIDAYAH itu PERLU DICARI..bukannya tunggu jatuh ke riba..♥♥

~ Apabila BERBUAT JAHAT dan MENGAKU belum mendapat hidayah Allah..padahal diri sendiri yang MENUTUP MATA dan HATINYA ketika hidayah Allah itu datang..ingatlah sahabat, HIDAYAH itu seperti CAHAYA, ia tidak akan menyapa mereka yang masih MENUTUP RAPAT jendela hatinya..♥♥

Kita perlu sentiasa mencari hidayah Allah melalui usaha seharian kita.
Allah telah berfirman di dalam kitab suci A-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 272 yang bermaksud :-
Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa jua harta yang halal yang dibelanjakan mak…

Muhasabah Bersama

Imej
Sekarang kita tak nampak gelapnya kubur, sebab kita duduk di dunia yang cerah.. <<•
Sekarang kita tak merasa sempitnya tanah kubur, sebab kita duduk di bumi yang luas.. <<•
Sekarang kita tak merasa sunyinya kubur, kerana ada orang di sekeliling kita.. <<•
Sekarang kita tak merasa sakit dipukul, kerana tak ada org berani memukul kita.. ... <<•

~•> Tetapi bila kita masuk ke alam itu :

KEGELAPAN ~> tiada cahaya langsung melainkan cahaya amal..
KESUNYIAN~> tiada siapa yg teman, masa tu semua org tak berani..

Bukan setakat malaikat pukul..
ulat dtg makan ,
ular pun belit ..
yang boleh menghalangnya, hanya AMALAN kita sahaja...~
~•> muhasabah bersama...

Merawat Marah

Imej
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
Setiap manusia mempunyai sifat marah..... dan sabar sebenarnya adalah perisai kepada sifat itu.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.Bagaimana kita boleh merawat perasaan marah..? Apabila datang kemarahan dalam diri ...,perkara yang harus kita lakukan adalah seperti berikut:
Baca ta'awuz. Apabila datangnya marah. banyakkan membaca TA'AWWUZ.Brlindunglah daripada syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.Bacaan TA'AWWUZ itu ialah


Maksudnya: aku berlindung diri kepada Allah…

MESTI BACA !!! SERAI PENAWAR KANSER !!!!

Imej
......ASSALAMUALAIKUM......
...Jom Kita baca e3 di bawah ni ..
ambik masa seminit dua untuk habiskan bacaan yang c'jai jumpa kat FB ni...
Mungkin ada manfaat untuk kita,saudara2 atau rakan2 yang berhampiran...
Hari ini nak berkongsi cerita tentang serai.

Rupa pokok serai..daunnya seperti lalang dan sedikit tajam...

Penemuan israel yang disembunyikan !!!.

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalanka…

Resepi : AIR SERAI BERLIMAU.....

Imej
Salam Saturinggit..(lawak Berita Hangit) hehe...
Assalamualaikum...
C'jai teringin nak berkongsi dengan kengkawan satu resepi sihat yang sangat mudah ni...
Terima kasih pada insan yang sudi berkongsi resepi ni di alam maya..Moga2 Allah akan sentiasa Merahmati beliau..

Pinjam gambar ni dari Blog Secubit Garam

AIR SERAI BERLIMAU

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.
~Betul c'jai cakapkan..?Memang sangat simple dan mudah...Satu lagi info tentang serai, ia boleh mencegah penyakit kanser jika kita selalu amalkan meminum airnya.Boleh cuba ye....c'jai pun teringin nk buat...Lepas ni terus nak kebelakang rumah nak ambil serai...hehe..

Hujan Meteor Lyrid Bakal Melanda Malaysia 21 dan 22 April Ini

Imej
Sumber dari SINI ---> (Klik Gambar)

Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada korang untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk korang menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.Pegawai NASA menganggarkan kadar hujan meteor adalah sebanyak 15 kali dalam sejam dan ia mungkin akan jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada anggaran tersebut. Ini kerana Lyrid agak sukar diramal namun kadar-kadar maksimumnya adalah dari 10 hingga 100 meteor sejam !!!.Hujan meteor ini dinamakan Lyrid kerana ia dikatakan berasal dari buruj Lyra (The Lyre) yang boleh dilihat di langit pada wakt…

MiaDuniaku 1st Giveaway

Imej
Assalamualaikum.....
Mula-mula nak ucap terima kasih pada pemilik blog mia duniaku....
Terima kasih sebab sudi jemput c'jai sertai GA
yang dianjurkan oleh Pn Izan buat julung-julung kalinya...
Mudah-mudahan ramai yang menyertai...
Ada hadiah lagi..
tapi sebenarnya c'jai tak sedikit pun mengharapkan untuk menang
dan memiliki hadiah yang disediakan...
Blog-blog yang menyertai GA ni pun kebanyakannya
bukanlah calang2 blog ....
jauh berbanding blog c'jai yang baru merangkak-rangkak ni...
Penyertaan c'jai ni kerana begitu menghargai jemputan tersebut
dan seronok sebenarnya berkawan di alam maya..
walau tak pernah bersua tapi bila Izan selalu datang komen
rasa diri hampir dengan Si mama mia ni....


Untuk melengkapkan GA ni c'jai kena tag 2 orang rakan blogger....
hmmmm....sapa lah yang c'jai nak tag ni ye....

okey la c'jai tag.....
i. Aishah Jahirah
ii. Liza @ Adzriel AB

....Salam Sayang dari c'jai untuk semua....
~♥♥ c'jai @ ummuainries ♥♥~

Yang Tak Sanggup di Lihat

Imej
Lama pulak rasanya tak makan jagung... Kalau dapat la jagung bakar yang disapu mentega.., alangkah sedapnya....Ah panjangnya angan2 pasal makan...
Sesekali pandang lah pada saudara kita yang begitu kesempitan untuk mendapatkan setitis air dan sesuap makanan.....



Kasihan mereka....

Kita di sini kadang2 sampai jatuh takbur..membuang makanan sesuka hati.
lebihan sayur mentah yang di buang di tempat pelupusan...



Ordernya melampau-lampau..Makan tak habis...Sisa Makanan dibuang seenaknya..
Sedangkan ada negara-negara di dunia ini yang menghadapi krisis makanan..
(ingatan untuk diri c'jai dan keluarga khususnya)
Lihat kita di sini....
Pandang mereka di sana....
Selalulah Koreksi diri...

Lembut Ku Kenang, Kasihmu Ibu

Imej
Layan video syahdu kat bawah ni sekejap...
Waktu hati begitu mengenang bonda... dia telah tiada untuk ku dakap..
menyentuh bebayangnya pun mustahil...



Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)

"Allahummagh…

Pesanan Untuk IbuBapa...'KECUAIAN SESAAT BOLEH MEMBAWA PADAH'

Imej
Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa selalulah memerhati anak kecil kita...
Mati itu pasti dan menjadi rahsia Allah bila , di mana dan bagaimana caranya...
Cuma jangan sampai cara kematian itu menjadikan kita manusia
yang ralat sepanjang hayat berasbabkan dari kecuaian dan kelalaian kita...
Kejadian di bawah ini cukup menyayat hati kita sebagai seorang ibu mahupun bapa...

Mungkin peristiwa ini telah lama berlaku ..
tapi diharapkan ianya tak akan berulang untuk kedua kalinya..

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~

Tulisan Terbalik La pulaaaak....!!!!!

Imej
Jom rehatkan minda sekejap....
sesekali uji kemampuan kita membaca tulisan terbalik kat bawah ni....
Boleh bace agak2nye.....?
cuba laaaa...

˙ʞılɐqɹǝʇ ɐɹɐɔǝs sılnʇıp ƃuɐʎ ƃolq nɐʇɐ ǝʇısqǝʍ nʇɐns ıʇɐdɐpuǝɯ undnɐʇɐ ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ uɐƃuǝp ƃolq ɐpɐd ʇuǝɯɯoɔ uɐʞʇɐdɐpuǝɯ ɥɐuɹǝd ɐpuɐ uıʞƃunɯ

˙ɥɐʍɐq ǝʞ sɐʇɐ ıɹɐp ʞılɐqɹǝʇ ʇɐɯɹoɟ uɐƃuǝp uɐsılnʇ ʇɐnqɯǝɯ ʞnʇun ıuı sɐʇılısɐɟ uɐʞɐunƃ ˙ɹoʇɐɹǝuǝƃ ɹǝʇɔɐɹɐɔ dılɟ nʇıɐʎ uoıʇɐǝɹɔ ɔsǝ ıɹɐp sɐʇılısɐɟ uɐʞɐunƃƃuǝɯ ʇɐnqıp ıuı ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ ¿ ɹɐɔuɐl uɐƃuǝp ıuı ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ ɐɔɐqɯǝɯ ɐpuɐ ɥɐʞɐsıq

˙˙˙ǝɥ˙˙˙ǝɥ ʇnqǝsɹǝʇ uɐsılnʇ ɐɔɐq uɐp ɐpuɐ ɹoʇıuoɯ uɐʞılɐq ɐqoɔ ¿ ʇnqǝsɹǝʇ uɐsılnʇ ɐɔɐqɯǝɯ ɐpuɐ ɥɐʞɐsıq Heheeee..Apalah c'jai ni buat naya kat korang je...
C'jai bimbang ade yang bace sambil menonggeng pulak kang..
Apapun harap semua happy...


Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~

Dialog Manusia, Malaikat dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu

Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.

Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.

Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni…

Tip : Untuk Mudah Bangun Tahajud

Imej
Susahnya kita untuk bangun di sepertiga malam..Sedangkan itulah waktu yang sangat-sangat mustajab untuk mengadu, memohon keampunan Ilahi.. Bukan kah Allah itu akan turun di langit dunia pada ketika sepertiga malam yang terakhir..?

Untuk itu mari kita cuba Tip Untuk Mudah Bangun Tahajud.

1. Tidur awal

2. Niat untuk bangun TAHAJUD.

3. Pastikan tidur dalam keadaan suci (berwuduk) dan membaca doa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.Antaranya membaca 3 Qul (Al-Ikhklas,Al-Falaq dan An-Nas), Lalu ditiupkan ditapak tangan dan disapukan ke seluruh badan.Kemudian tidur dalam keadaan mengiring dengan rusuk kanan ke bawah.

4. Kunci jam loceng.Jangan letakkan jam berhampiran kerana dibimbangi tangan akan cepat menutup bunyi jam dan kita kembali menyambung tidur.

5. Sebaik-baiknya tidur sebentar waktu tengah hari sebelum masuk zuhur atau qailulah.InsyaAllah kita akan lebih selesa untuk bangun TAHAJUD.

Itu antara tip yang boleh kita kongsikan bersama dalam usaha bangun untuk qiamullail..Semoga kita berj…

Dia Buat Hati Saya Tersentuh..

Imej
...Kenangan Suatu Hari di Bulan Februari...

Seusai menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin sempena perkahwinan salah seorang anak pekerja kantin sekolah.....telinga menangkap satu suara halus di sebelah kiri saya..sebaik menoleh saya dihadiahi sekuntum senyuman yang cukup ikhlas di mata saya....
sambil menyapa....

" cikgu..,cikgu...,apa khabar..? Tangan dihulur ...
Saya membalas senyuman . Yakin yang dia belum akil baligh saya menyambut huluran tangannya...Tangan saya disalami dan dicium...

"khabar baik..hmmm... sekolah kat mana sekarang..." Dia tetap juga tak lepas dengan senyuman...

"Sekolah menengah jengka 2.."jawabnya mesra...

"pandai baca dah.."

"emmmm...boleh dah sikit2....."dia menjawab malu-malu...saya tersenyum mendengar jawapan dari mulut remaja lelaki yang separas dada itu sambil menepuk-nepuk mesra belakangnya...

"tak apa..belajar la rajin-rajin ....."dia mengangguk mendengar kata-kata saya itu..

Zulkifli....itulah seb…

IBU MALAIKAT KU DI DUNIA

Imej
Suatu ketika seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.
Menjelang diturunkan dia bertanya kepada Tuhan,

“Para malaikat di sini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah,” kata si bayi..

Tuhan menjawab,”Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akanmenjaga dan mengasihimu”

“Tapi di syurga , apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ini cukup bagi saya untuk bahagia.”demikian kata si bayi.

Tuhan pun menjawab, “Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari,
dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih berbahagia”

Si bayipun bertanya kembali,
”Dan apa yang dapat saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?”

Sekali lagi Tuhan menjawab,
”Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa”

Si bayipun masih belum puas, ia pun bertanya lagi,
” Saya mendengar di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya?”

Dengan penuh kesabaran Tuhanpun menja…

Haiwan berCOUPLE

Imej
Allah mencipta makhluk berpasang- pasangan.
Manusia berpasangan lelaki dengan perempuan.
Pokok kayu ada debunga jantan dan betinanya,
udara dan gas ada pasangannya, elektron dan neutron .
Binatang pun demikian juga ada jantan dan betinanya.
Inilah dia tanda Kekuasaan dan KebesaranNya.

Dan diantara tanda - tandaNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri - isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesa dengannya dan denganNya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan balas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang - orang yang berfikir. (Ar-Ruum:21)

Pasangan romantik..ala tomey-tomey

Alalalala..

dua sejoli memadu kasih


bahagianya... dunia ini bagaikan ana yang punya....

pok amai-amai belalang kupu-kupu...hehe..

'santai bahagia'

Ala manja-manja..

Lihat betapa besar Hikmahnya penciptaan lelaki dan perempuan, jantan dan betina. Ia memperinda…

Kisah Sebuah Jam

Imej
Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.
“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.

“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”

“Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu b…

SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM

Imej
Tentu ramai yang di luar sana suka menikmati sup... Anak-anak C'Jai pun sangat suka menghirup sup.. Ni ada satu resepi sup yang sesuai dengan mereka yang ingin mengurangkan berat badan...
Credit la untuk chef yang cipta resepi ni..Sayangnya tak tahu asal usul resepi dari siapa..C'Jai cuma memanjangkan sahaja..moga-moga dia di Rahmati..
Boleh cuba siapa mau...


Hamboiiiii..Tengok cendawan pun dah nampak sedap....


Ada ketam pulak.. jangan tak tahu..Ketam dan cendawan adalah pelakon utama untuk resepi ni..

SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM

BAHAN: 10 keping cendawan kering (direndam dan dihiris nipis) 1 bawang besar (dihiris nipis) 3 ulas bawang putih (dikisar) 500-600ml stok ayam 3 batang cili kering(dibuang tangkainya) 6 keping filamen ketam 4 sudu besar beras perang (brown rice) 2-3 sudu besar cuka epal 2-3 sudu kecil tepung serba guna yang dilarutkan di dalam sedikit air garam dan serbuk lada suluh
CARA MEMBUAT 1. Masukkan cendawan,bawang besar,bawang putih, stok ayam dan beras ke da…

Cinta ♥ Tidak Memerlukan Sebab

Imej
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :

: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
“Baiklah! Abang mencintai …

Gempa Acheh : KAJI NOMBOR DENGAN AL QURAN:

Mungkinkah ini kebetulan....beri teguran dan perbetulkan andai saya silap
“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya”
— Kaab bin Malik RAAcheh has strucked by an earthquake with 8.7 magnitude.

TSUNAMI ALERT:...

GEORGETOWN, PENANG: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI HITTING THE COAST AT 9.11PM

PORT DICKSON: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI HITTING THE COAST AT 2.10AM

SINGAPORE TSUNAMI ALERT: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI: 7.51AM TOMORROW

PLEASE ALERT ALL YOUR FAMILIES AND FRIENDS WHO ARE STAYING ON WEST COAST OF MALAY PENINSULA.--

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan …

Berita : Taufan Matahari 5 x Saiz Bumi

Imej
WASHINGTON – Satu taufan besar bersaiz lima kali Bumi meletus di permukaan matahari melibatkan pusingan gas-gas terpanas lebih daripada 160,934 kilometer (km) sejam dan melebihi dua juta darjah Celsius.
Penemuan bersama taufan, Dr Huw Morgan berkata, taufan unik dan hebat itu mungkin memainkan pera nan penting terhadap cetusan ribut-ribut solar global.
Gas-gas terpanas bermula 50,000 kepada 2 juta Kelvin disedut daripada akar dasar dan berpusar memasuki atmosfera sejauh 200,000 km tidak kurang tiga jam.

Dikongsi dari Harian Metro Online

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~