Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam
membuat jiwa begitu tersentuh dengan ungkapannya...
Satu ungkapan yang begitu bermakna..
Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam'
..menerbitkan seribu rasa jauh di sudut hati...
Betapa akrab hubungan Adam dan Hawa yang berpegang pada 'tali Allah'......
'Buat Mereka yang Berasal Dari Rusuk Kiri Adam'...
Hayatilah setiap bait dibawah ini...
Kamu adalah perhiasan kepada dunia.
dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..
yang menjadi peneman kepada sang suami menemui redha ilahi..
yang menjadi pendidik kepada generasi yang mengejar ukhrawi..
yang akan menjadi pendokong dan juga penguat semangat
kepada sang suami untuk terus berjuang
mencari dan seterusnya menemani Adam..bapamu.
kamu dikurniakan bahu yang cukup halus
nyaman dan lembut hingga dapat menahan bayi yang sedang tertidur..
namun dengan bahu itulah kamu mampu menanggung bebanan
dunia dan juga isinya..
kamu diberikan kekuatan untuk melahirkan bayi dari rahimmu
walaupun dewasa kelak ia berani mencerca mu..
dikurniakan kepada kamu keperkasaan
yang menyebabkanmu kental bertahan
dan pantang menyerah disaat yang lain sudah..
juga dikurniakan kepada kamu air mata yang dapat digunakan
untuk meluahkan perasaan..
ia bukannya sebagai kelamahan namun air mata itu adalah
“air mata kehidupan”.Buat Mereka Yang Tinggi Nilai Kesopananya
Jangan sesekali engkau merendahkan martabatmu
kerana Islam telah mengangkat darjatmu setingginya..
jadilah seperti Khadijah yang sentiasa berada disamping baginda tercinta..
juga jadilah seperti Atiqah binti Zaid yang mengahwini syuhada’
dan menolak pinangan Marwan demi cintanya kepada Rabb yang satu..
atau jadilah seperti Zulaikha yang setia dan mencintai suaminya Yusuf..
atau jadilah sepert ibumu Hawa yang tetap setia......
Ulasan