Ada Masa Kita Senang Ada Masa Kita Susah

ASSALAMUALAIKUM...

Di dunia ini, segala kebaikan ada kemungkarannya.
Di sebalik nikmat ada azab.
Di sebalik gembira ada susah.
Di sebalik susah ada senang.
Semuanya berpasangan.
Hujan dengan panas.
Siang dengan malam.

Allah buat dunia ini seimbang dan segalanya dalam gelombang.
Ada masa kita seronok, ada masa kita sedih.
Ada masa kita ada duit, ada masa kita kering.
Ada masa kita senang, ada masa kita susah.

Contohnya...,
bila bawa kereta dengan anak-anak di belakang kereta, ia merupakan satu gelombang juga.
Bila aktif, mereka riang bermain, lepas itu berkelahi, lepas itu ditegur semua senyap, lepas itu mereka tidur, bangun cari makan, bertenaga kembali ....Kemudian bermain dan berkelahi semula...

Jadi setkan di minda kita, semuanya dalam bentuk gelombang.
Bila tinggi ingat masa rendah.
Bila masa rendah, usah rasa tersepit, ia sementara saja..
kerana Allah buat semua ini dalam bentuk gelombang,
Selepas susah, senang pasti datang.

Dengan ini, kita akan tersenyum dengan lebih mudah.
Senyumlah....


Jom Klik untuk Join ~ Segmen : Nostalgia Ramadhan..
Masa berbaki 3 hari lagi..

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Jahirah berkata…
cara yg baik utk motivasikan diri...hadapi semuanya dengan tabah dan senyuman...
Allah cipta semuanya berpasangan :)
CtAyue berkata…
sungguh sy suka sangat entri ni...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...