Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Saya Suka Kucing

Kucing Mamam Deroyan..

Imej
Musim2 deroyan ni membuatkan saya terkenang kejadian awal tahun ari tu...Balik kampung sebab nak makan buah durian... Takde dusun pun, cumanya kalau di kampung saya musim2 durian ni sepanjang jalan tu memang penuh orang menjual..yang musang queen king tak musang kingnya ade belake... De saya pulak kalau musim2 buah ni macam lah dia berdusun sangat murah hati, berterawih mengajak adik - beradik datang ke rumah makan duriaan...sanggup beli berbakul nak bagi adik2 makan... Itu la kakak saya ....pengganti mak... Kome kalu dah diajak tak menolak lalu..Menderu sampai depan rumah de..Bukan sekeluarga, berkonvoi lagi..Biasanya saya berkonvoi dengan family alang , ateh, Ina..     Ain pulak minat jugalah raja buah ni...Duduklah depan rumah de sambil cik abang-cik abang masing2 mengopek durian.. kami pulak sementara menunggu durian 'kucing tido' menyental buah moktan..... Yang buat saya tertarik..dalam banyak2 kucing peliharaan De , ada sekor yang selera luar bias...

Tolong Prihatin Kawan....!

Imej
Tolong...Tolong cakna dengan persekitaran ye... Mungkin keprihatinan kita dapat menyelamatkan satu nyawa... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Kisah Sedih 'Mereka'....

Imej
Sebenarnya hajat hati ingin berkongsi lagi pengalaman ketika di berada di Bumi Suci.. pengalaman sewaktu melontar di Jamrah dua tahun lepas...Tapi hati saya sedikit kacau sejak petang sehari sebelum raya lagi...Tak tahu nak mula dari mana..dan tak tahu juga nak nyatakan apa yg dirasakan waktu ini.... Hati saya belas...Belas bila saya tengok 'dia'... Petang rabu en zauj saya bergegas ke Kuantan di temani anak buah untuk hantar 'dia' ke klinik.. Kali ke 2 dalam tempoh tak sampai seminggu 'dia' kami rujuk ke klinik... Puncanya 'dia' flue dan akhirnya bleeding ...darah keluar ikut hidung bila terbersin... Petang Khamis, maghrib..Ya waktu maghrib.. ada miss call dari Dr Jawaher... Saya berdebar bila doktor kata ''dia' antara kes yg kritikal... Dan akhirnya sesuatu yg buat saya rasa terkilan bila doktor kata 'dia' +ve HIV ..FIV sebenarnya (Feline Immunodeficiency Virus infection) ..saya terkedu di corong telefon... .Saya cuba sembunyika...

Mood : Rindu Dony...

Imej
Alaaaaa... miss u la Dony....Kami semua rindu keletah Dony.... Semalam doktor bius dan x-ray Dony..Doktor terpaksa bius sebab Dony tak nak beri kerjasama.... Mungkin sebab Dony tak biasa dengan dorang tu yang Dony takut tu...Tadi abah tipon tanya perkembangan Dony..Doktor kata kaki Dony ok..cuma bengkak..Dah beri makan ubat nampak bengkak nya dah semakin surut...begitulah menurut kata doktor...Alhamdulillah.. Esok abah pergi amik Dony ... p/s: Dah 3 malam Dony tidur dalam wad..kaki dia tetiba je hincut2 bila berjalan..Minggu pertama biakan aje kot2 la elok sendiri..Masuk minggu ke dua masih jg tak baik..pilihan yg ada hantar ke klinik.. sayang Dony ketat2..♥♥♡♥♥

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...

Imej
Ni ada terapi sket untuk sesiapa yang menyayangi haiwan nih....! Tengok la,Macam-macam aksi tidur dorang... Ni la kerja saya, pantang nampak aksi comey  mula la hambek tipon .... Kalau dalam tipon tu penuh la ngn gambar bebudak ni... Sekarang penyakit saya ni dah berjangkit kat Along dan abah dia... Ain pun dah pandai jg dok merakam aksi2 bebudak kat bawah ni...Pendek kata panjang tak kata ape2 pun satu keluarga berkongsi minat yang sama dalam bab ni..hehe.. Kalau sudi meh la layan gambar2 cik Kitty. incik Opie, cik Suri dan incik Dony.. Hari ni abah angkat dorang bawa incik Dony jumpa doktor..Tak tau kenapa tiba2 je kaki budak Dony ni hencut..Dah 2 minggu begitu....Harap2 kakinya tak apa2 la..Kesian pulak... Sambil2 tu sesape yang ada masalah ngn kucing belaan yang suka berak merata kat dalam rumah boleh try tips kat bawah ni ye... PETUA ELAK KUCING KENCING DALAM RUMAH Cuka Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kenc...

Fuh...! Alhamdulillah ..LEGA nyaaaa...!

Imej
Maghrib tadi waktu nak menutup segala pintu dan grill rumah, tetiba along bersuara.. "ummi..Kitty mana balik lagi ummi...dari pagi tadi dia keluar.." "Ye ke.." Tanpa berlengah saya menjenguk kepala keluar pintu sambil memanggil.... "Kittyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy".. dua tiga kali dipanggil pun masih tak muncul, akhirnya saya merapat dan menguncikan gril, juga pintu... Lepas maghrib sekali lagi saya menjenguk ke pintu belakang manakala along mengintai di pintu depan... Hampa! Kelibat Kitty masih juga belum kelihatan... Hati saya berdebar sebenarnya... Saya cukup bimbang  dan berdoa sangat2 jangan lah Kitty 'dicolek' orang..atau janganlah Kitty terserempak dengan Orang Vietnam yang mungkin tetiba lalu di depan rumah kami... Dengar cerita Orang Vietnam yang berumah tangga di Matau tu sangat berselera dengan kucing... Kucing dan anjing yang dulu berkeliaran di kawasan Matau dah 'licin' katanya...Dibenak saya sebenarnya ter...

Opie Oh Opie...

Imej
Assalamualaikum ' tawan-tawan '.. Tempoh hari saya ada berkisah pasal budak jantan sekor tu, Si Dony...Boleh baca kat SINI kalau anda peminat kucing (mesti gigit lidah nanti...geraaaaaam)..... Kali ni nak bercerita tentang Opie saya pulak...Ni la dia budak Opie tuuuu...ensyem la sangaaaaat.. Sejak dah dikasi ni dia punya badan macam dibaja-baja.. gemuk kau sekarang ye Opie... Dulu pun Opie pernah jg gemuk walau pun tak segemuk macam ni...Tapi sejak dia mula  'miang' (istilah yang doktor budak2 bulu ni gunakan) Opie mula lupa makan dan minum...selalu saja bergaduh..Dalam rumah pun sedar-sedar dah hancing setaman..... Opie pernah masuk wad hampir seminggu gara-gara luka akibat bergaduh... Besar sangat lukanya untuk seekor kucing seperti Opie... Lubang lukanya tembus dari atas ke bawah...Bayang kan lah... Bila Opie dah keluar wad terpaksalah saya jadi nurse pulak..tiap-tiap hari kena cuci luka Opie, kena isi ubat, kena bagi makan antibiotik...Punya la culas makan...

Fakta Menarik Tentang Kucing!

Imej
Sebelum menulis dengan panjang lebar, nak cerita sikit kisah dulu2...Teringat masa kecik-kecik kalau ada kucing baru beranak jika baby kucing tu ada tiga kaler , awal2 lagi mak akan cakap yang tu betina, walau pun tak tengok lagi jantina sebenar dia ..Bila saya chek memang betul..Pelik juga macam mana mak boleh tau.. Bila baca ni baru tahu..Kepada pencinta kucing boleh la share jika sudi.. Nak berkongsi sedikit Fakta mengenai kucing dengan pencinta2 kucing.. Kalau korang nak tahu Sekiranya seekor kucing tu mempunyai bulu 3 warna, 99.97% kucing tersebut berkemungkinan adalah betina! Sebab itu kebiasaanya kucing yang ada 3 warna itu betina.. Tetapi sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul! Memang jarang-jarang sekali lah nak jumpa kucing jantan ada 3 warna kan... Kucing Jantan 3 Warna? Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya? Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Klein...